Sunday, July 23, 2006

Qunut Nazilah Untuk Umat Islam Di Palestin Dan Beirut

Di dalam keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh Yahudi/Israel yang sudah pasti tiada penghujungnya, seharusnya umat islam di seluruh dunia perlu mengambil tindakan yang drastik untuk mempertahankan saudara-saudara islam daripada terus di zalimi dan diceroboh.

Hilangnya ruhul jihad dan ketidakkesatuan di antara umat islam di seluruh dunia menyebabkan tidak ada pembelaan dan semangat untuk mempertahankan saudara-saudara di Palestin, Beirut mahupun di seluruh negara yang ditindas. Hilangnya pertimbangan dan kewarasan musuh-musuh Islam akan menyebabkan umat Islam dan Islam akan terus dikecam dan di pandang serong. Sesungguhnya usaha musuh-musuh Islam ini akan terus digembelingkan untuk melenyapkan umat Islam dan Islam itu sendiri.

Allah berfirman "Dan berpeganglah kalian semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati kalian, lalu jadilah kalian kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan kalian telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kalian daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kalian, agar kalian mendapat petunjuk. (Ali Imran: 103)

Di dalam suasana yang sangat genting ini, umat Islam diseluruh negara harus mengembelingkan tenaga dan upaya sedaya boleh untuk memberi perlindungan bahkan mempertahankan umat Islam daripada terus ditindas dan dizalimi. Di antara usaha yang paling tidak yang boleh dilakukan oleh umat Islam dengan melakukan Qunut Nazilah untuk umat Islam yang ditindas dan di zalimi oleh Israel/yahudi. Seperti mana yang pernah difatwakan oleh Mufti Saudi Fadhilah al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin Abdullah Aali Syeikh yang menyeru umat Islam melakukan qunut nazilah untuk umat Islam Palestin yang berdepan dengan kekejaman penjajah Israil.

Wednesday, July 12, 2006

Mufti Lain Harus Contohi Mufti Perak

Pendedahan demi pendedahan yang berani yang dilakukan oleh mufti perak Dato Harussani Zakaria seharusnya menjadi contoh dan ikutan mufti-mufti yang lain. Bermula isu pengharaman konsert sure heboh sehinggalah saranan beliau untuk mengkaji balik amalan kongsi raya seharusya perlu diberi perhatian. Baru-baru ini juga beliau mendedahkan lebih 100,000 ribu umat islam di Malaysia telah murtad. Dan berita hari ini beliau mendedahkan bahawa orang Melayu telah membelanjakan 4billion untuk minum arak dan berjudi.

Pendedahan-pendedahan ini, menunjukkan beliau berani untuk mendedahkan segala kepincangan yang berlaku di dalam negara terutamanya melibatkan kepentingan Islam dan umatnya berbanding mufti-mufti yang lain. Bahkan juga lebih berani berbanding dengan institusi-institusi yang kononnya menjaga kepentingan islam dan umatnya di dalam negara ini. Saya boleh menyifatkan bahawa badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab tehadap islam di negara ini jauh lebih lembap dan tidak bersepadu di dalam menjaga kepentingan islam dan umatnya.

Namun yang amat menyedihkan pendedahan beliau ini seolah-olah tidak diambil peduli oleh kerajaan yang kononnya betamadunkan konsep Hadhari ini. Kita dapat lihat setiap kenyataan yang diberikan oleh mufti perak ini sering kali dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan Hadhari ini. Bahkan tanpa di timbang tara dengan sewajarnya saranan mufti ini di tolak mentah-mentah. Begitulah prinsip yang cuba di bawa oleh kerajaan hadhari ini yang kononnya membela Islam.

Namun di atas kesedaran yang menunjukkan umat islam di negara ini semakin terhakis daripada ajaran islam yang tulen masih ada parti politik islam dan beberapa NGO Islam yang prihatin dan memberi sokongan terhadap pendedahan Mufti Perak ini. Sokongan yang padu daripada mereka kumpulan ini akan mempastikan kepentingan Islam dan umatnya tidak akan tergugat oleh mana-mana pihak termasuklah kerajaan yang kononnya mengamalkan prinsip Hadhari.