Monday, January 11, 2010

Grup Pemikir & Intelektual (GPI)

Pada mesyuarat ITTIFAQ yang baru lalu, sempat saya mengemukakan cadangan untuk mengerakkan Grup Pemikir & Intelektual (GPI) di sini. Walaupun baru dalam peringkat cadangan namun respon yang diberikan sedikit sebanyak menunjukkan react yang positif.

Rasional utama Grup ini dicadangkan adalah bertujuan membudayakan ilmu sebagai teras kepada amalan pengabdian diri kepada Allah azza wa jalla. Ia juga menjadi platform terbaik kepada juru dakwah untuk menyalurkan ilmu dalam kepelbagaian bidang kepada komuniti yang memerlukan.

Asas kepada platform ini juga adalah untuk mengumpul tenaga-tenaga pemikir dalam kepelbagaian pengetahuan demi untuk memugarkan budaya ilmu yang lebih syumul.

Asas ini juga adalah untuk menjadikan sistem nilai yang lebih baik bagi mewujudkan insan-insan yang kamil seterusnya menjadi modal insan yang terbaik bagi membentuk sebuah masyarakat atau komuniti yang berilmu.


Objektif Grup ini adalah untuk memperkasakan budaya ilmu, menghimpunkan tenaga-tenaga pemikir dan intelektual dalam kepelbagaian bidang, melaksanakan program-program memperkasa ilmu serta melahirkan modal insan yang syumul bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang berilmu.

0 comments: