Saturday, January 09, 2010

Selesai Mesyuarat ITTIFAQ kali pertama sesi 2010

Alhamdulillah tepat jam 12.32 tghari tadi telah selesai mesyuarat kali pertama ITTIFAQ bagi permulaan tahun ini 2010. ITTIFAQ merupakan nama singkatan kepada Majlis Permuafakatan Guru-guru j-QAF daerah Besut.

ITTIFAQ telah secara rasminya dilancarkan pada akhir tahun lalu iaitu 2009, merupakan platform kepada guru-guru j-QAF daerah Besut untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan ummah keseluruhannya. Matlamatnya adalah untuk membentuk generasi hasanah hasil daripada sistem pendidikan atau madrasah j-QAF itu sendiri.

Pelbagai perancangan dan aktiviti telah diperbincangkan tadi bermula pada minggu ini diikuti program-program ke arah pemantapan matlamat dan arah tuju ITTIFAQ itu sendiri.

Projek pertama hasil permuafakatan majlis ini telah pun berlangsung pada 26 Disember yang lalu iaitu Kem Anak Soleh yang mendapat sambutan yang agak luar biasa daripada orang ramai dan anak-anak generasi hasanah.

Di atas dorongan inilah semangat untuk sama-sama memartabatkan generasi hasanah semakin berkobar-kobar dikalangan para pengerak ITTIFAQ.

0 comments: