Monday, March 13, 2006

Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy'ari324H (SIRI 1)

Setelah beberapa isu yang berkaitan isu semasa yang saya sentuh pada tulisan yang lepas, pada tulisan kali ini insyaAllah saya kembali menyentuh isu yang berbentuk ilmiah sedikit. Pada tulisan kali ini saya ingin berkongsi tentang satu tulisan yang berbicara tentang seorang tokoh yang sudah pasti dikenali umum. Beliau ialah Al-Imam Abu al-Hassan al-Asya'ari (324H).

Kita secara umumnya mengetahui bahawa ramai dikalangan kita apabila ditanya apakah aqidah yang dianuti, maka sudah pastilah ada dikalangan kita yang menjawab mereka berpegang pada aqidah 'Asya'irah. 'Asya'irah adalah disandarkan pada nama beliau iaitu Abu Hassan al-Asya'ari. Namun secara tuntasnya adakah kita benar-benar mengenali siapa dia sebenarnya Al-Imam Abu Hassan Asya'ari ini? dan apakah iktikad yang dipegang oleh beliau?Adakah beliau berpegang pada akidah yang menta'wil sifat-sifat Allah seperti "istiwa" yang dita'wilkan sebagai kuasa ataupun beliau berpegang pada akidah salafus soleh yang berpegang teguh pada setiap khabaran dari Allah ta'ala tentang sifat-sifatnya dan khabaran dari Rasulullah tanpa menta'wilkannya?

Namun kita tidak menafikannya bahawa ada dikalangan kita yang betul-betul memahami siapa dia Al-Imam Abu hassan Asya'ari ini dan apakah iktikad beliau. Tulisan ini hanyalah untuk berkongsi dan mengenali siapakah tokoh yang asyik kita berbicarakan ini.

Nama sebenar beliau adalah Ali bin Ismail bin Abi Basyar bin Ishak, Abu al-Hassan dari keturunan sahabat Nabi iaitu Abu Musa al-Asy'ari. Beliau dilahirkan pada tahun 260 H. Seperti yang terdapat di dalam kitab-kitab para ulama, mereka menyatakan bahawa Imam Abu Hassan al-Asya'ari telah melalui beberapa peringkat aqidah seperti berikut:
  • Aqidah Muktazilah yang kemudian bertaubat daripadanya
  • Setelah keluar daripada Muktazailah beliau telah mengisbatkan sifat al-Aqliyyah yang tujuh iaitu Hayat, Ilmu, Qudrat, Iradat, Sami', Basar dan Kalam. Beliau masih menta'wil(mengubah) sifat-sifat khabariah yang disebutkan di dalam al-Quran sepeti muka, dua tangan, tapak kaki dan lain-lain.
  • Diakhir hayatnya beliau kembali kepada aqidah ahlu sunnah wal jamah iaitu mengisbatkan semua sifat dengan tidak menentukan kaifiyat dan tidak mentasybihkan sifat-sifat Allah, iaitu mengikut jalan salafus soleh yang mengikuti al-Quran dan sunnah

Al-Imam Ibn Kathir (774 H) di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah(jilid 11 m/s 139) menukilkan dari Bn Khalikan menyatakan bahawa Abu Hassan al-Asya'ari pernah duduk di dalam majlis syeikh Abi Ishaq al-Mawarzi. dan adalah Imam al-Asy'ari muktazilah kemudian dia telah bertaubat daripadanya di atas mimbar Jami al-Basrah sambil menyebutkan keburukan dan kesalahan muktazilah.

Al-Subki (771 H) di dalam al-Tabaqat al-syafieyyah al-Kubra(m/s347) menyatakan Imam Abu Hasan al-Asya'ari pada mulanya berguru dengan Abu Ali al-Jubbai dan mengikutinya dalam aqidah Muktazilah. Beliau berpegang dengan mazhab Muktazilah selama 40 tahun sehingga beliau menjadi seorang Imam dalam Muktazilah. Tatkala Allah mengkehendaki untuk menolong agama-Nya maka Allah menerangkan hatinya untuk mengikuti kebenaran. Kemudian beliau duduk di dalam rumahnya selama 15 hari. Selepas itu beliau keluar ke masjid Jami' dan naik ke atas mimbar untuk memberitahu bahawa beliau telah bertaubat dari aqidah Muktazilah.

Bersambung...

(ikuti seterusnya, Apakah yang menyebabkan Abu Hassan Asya'ari keluar dari Muktazilah)

Monday, March 06, 2006

Kenaikan Harga Minyak:Bebanan Untuk Rakyat

"Dalam isu ini, pihak kerajaan tidak seharusnya menjadikan rakyat sebagai korban. Sepatutnya pihak kerajaanlah yang terlebih dahulu berkorban untuk rakyat. Apa guna kita melaungkan slogan "bekerja untuk rakyat" walhal realitinya rakyatlah yang bekerja untuk kerajaan. Rakyat terpaksa bertungkus lumus dan berhempas pulas demi mencari kos untuk sara hidup sebaliknya para pemimpin hidup di dalam keaadan mewah lagi memewahkan. "

Kenaikan harga minyak secara mengejut oleh kerajaan baru baru ini benar-benar memberi impak yang besar kepada rakyat di pelbagai peringkat. Kenaikan harga runcit bagi produk petroleum termasuk diesel daripada RM1.62 kepada RM1.92 selitar bagi gred RON 97 manakal harga Petrol RON 92 pula naik kepada 1.88 seliter. Kenaikan harga yang tertinggi setakat ini benar-benar memberi bebanan kepada rakyat terutama rakyat termiskin.

Sudah menjadi lumrah apabila kenaikan harga minyak di pasaran secara tidak langsung harga barangan-barangan keperluan yang lain juga akan turut meningkat. Ini kerana kesan kenaikan ini bukan hanya dirasai oleh pengguna tetapi juga kepada mereka yang menjadi pembekal barangan-barangan kepada pengguna yang lain. Walaupun jaminan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk mengawal sebarang kenaikan harga di pasaran namun ianya tidak dapat dielakkan kerana pelbagai kos pengeluaran dan pembekalan juga akan meningkat. Secara tidak langsung peningkatan perbelanjaan para pengguna akan turut meningkat.

Image hosting by Photobucket
Rakyat merasai bebanan ini!


Walaupun dikatakan kenaikan ini berpunca daripada kenaikan minyak di pasaran antarabangsa, tetapi kerajaan juga harus memikirkan kesan yang akan dihadapi oleh rakyat yang akan menanggung kos perbelanjaan hidup yang meningkat. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi mungkin tidak akan mengalami kesan yang begitu serius tetapi bagaimana pula mereka yang mempunyai pendapatan yang rendah? sudah pasti akan merasai kesan yang amat sangat.

Kerajaan juga harus menjawab secara jujur adakah kenaikan harga minyak ini ekoran ekonomi negara berada pada tahap yang membimbangkan? ataupun kerajaan sudah tidak mempunyai duit untuk menampung keperluan ekonomi negara? seharusnya kerajaan tidak harus bersembunyi dengan mencari pelbagai alasan yang akhirnya menjadikan rakyat sebagai korban.

Image hosting by Photobucket
Tidak kasihankah pemimpin pada kanak-kanak ini?

Kenaikan harga minyak dan barangan keperluan yang lain akan membebankan bagi rakyat termiskin. Kos sara hidup yang sudah sedia tinggi ini akan menambahkan lagi bebanan kepada mereka ekoran daripada kenaikan ini. Tidak ada guna kita menjalankan pelbagai projek-projek besar padahal tidak mendatangkan faedah kepada golongan seperti ini. Bagaimana pula kepada mereka yang masih menuntut terutamanya para pelajar? sudah pasti merasai kesan daripada kenaikan ini. Bagi mereka yang datang daripada keluarga yang senang mungkin tidak terasa kesannya. Tetapi bagaimana mereka yang datang daripada keluarga yang susah seperti petani, nelayan dan sebagainya sudah pastilah akan amat merasainya.

Dalam isu ini, pihak kerajaan tidak seharusnya menjadikan rakyat sebagai korban. Sepatutnya pihak kerajaanlah yang terlebih dahulu berkorban untuk rakyat. Apa guna kita melaungkan slogan "bekerja untuk rakyat" walhal realitinya rakyatlah yang bekerja untuk kerajaan. Rakyat terpaksa bertungkus lumus dan berhempas pulas demi mencari kos untuk sara hidup sebaliknya para pemimpin hidup di dalam keaadan mewah lagi memewahkan.

Monday, February 27, 2006

Tidak Ada Apa-apa Tindakan Terhadap NSTP????

Tiada apa-apa tindakan dikenakan kepada NSTP, segalanya diterima baik oleh Pak Lah. Inilah keputusan yang diambil oleh Pak Lah yang mengecewakan majoriti rakyat Malaysia. Disaat semua pihak mendesak agar di ambil tindakan kepada NSTP termasuklah pimpinan-pimpinan kerajaan sendiri dan tidak ketinggalan juga oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir, namun inilah hakikatnya.

Sedih lagi menyedihkan. Sehingga tidak dapatku katakan lagi, tidak ada harapan lagi yang dapat ku sandarkan kepada Pak Lah lagi. Tidak dapat ku rasakan lagi sinar baru keagungan memartabatkan maruah bangsa dan agama, yang hanya dapat ku dengar ha.....nyalah kata-kata bak pujangga yang menyinari kabus pagi kan hilang dek sinar mentari kan layu dikala mimpi di malam hari. Allah.....apa nak jadi!.

Namun di dalam tuntutan menegakkan yang ma'aruf dan mencegah yang mungkar tidak akan ku mudah berputus asa. Ku mohon pada Allah ta'ala agar diberikan petunjuk dan hidayah kepada ku, seluruh kaum muslimin dan juga kepada pemimpin yang berkuasa. Kepada pemimpin yang diberikan tanggungjawab ku seru dengan hati ingin dekatkan kepada kebenaran agar menjadikan tanggungjawab itu sebagai amanah yang akan dipersoalkan kelak di depan Allah a'za wajalla.

Kepada kaum muslimin rapatkan saf di dalam menghadapi pelbagai bentuk fitnah yang dilakukan oleh pembuat makar ini. Gesaan dan pembelaan di dalam menegakkan kebenaran seharusnya dijadikan titik tolak dalam merapatkan kekuatan ummah. Penghinaan terhadap Nabi junjungan besar hendaklah dibela dengan menunjukkan kebenaran risalah nubuwwah ini. Kecintaan terhadap melakukan sunnah Rasulullah sallahua'laihiwassalam seharusnya perlu diperhebatkan lagi, Hapuskan segala bentuk kesyirikan,kefasikkan, bida'ah dan kemaksiatan yang boleh menjauhkan diri dari kecintaan kepada Nabi Muhammad sallahua'laihiwassalam. Seharusnya cinta kepada Nabi hendaklah ditunjukkan dengan amal perbuatan yang selari dengan yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallahu a'laihi wassalam

Wallahua'lam

Friday, February 24, 2006

Bantah NST

Image hosting by Photobucket
Dewan Pemuda PAS akan terus berkumpul di perkarangan Masjid Abu Bakar Bangsar selepas Jumaat hari ini walaupun NST sudah memohon maaf sebagaimana mereka minta. "Kita telah kumpulkan orang dan kita akan tetap berhimpun. Berarak atau tidak ke NST akan diputuskan selepas itu," kata Salahudin Ayub. Timbalan Presiden PAS Ust. Nasaruddin Mat Isa, Naib Presiden Hj. Mohammad Sabu, Ketua Pemuda PAS, YB. Salahuddin Ayub, Pimpinan NGOs serta seluruh umat Islam akan menyertai perarakan sempena himpunan dan juga penyerahan memorendum kepada NST.

Wednesday, February 22, 2006

Satu Lagi Akhbar Tempatan Bersekongkol Menghina Nabi s.a.w

Hina dan biadap! itulah antara kata-kata yang boleh diberikan kepada satu lagi akhbar tempatan (NST) yang menyiarkan karikatur penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w semalam, akhbar itu telah menyiarkan kartun yang dilukis oleh wiley miller di halaman lapan life & times yang boleh disifatkan menghina Nabi.

Di dalam keadaan umat islam seluruh dunia marah dan mengutuk tindakan yang dilakukan oleh akhbar Denmark yang menyiarkan karikatur penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w amat dikesali dan kecewa ianya juga berlaku negara kita sendiri. Di dalam usaha umat islam di Malaysia menentang isu tersebut dan menganggapkan hina dan jijik tanpa segan silu akhbar-akhbar tempatan kita juga melakukan penghinaan yang sama.

Sebelum ini akhbar tertua di sarawak, Sarawak Tribune juga mengambil langkah yang sama menyiarkan semula karikatur tersebut. Tanpa memikirkan perasaan umat islam di negara ini dan dunia keseluruhannya mereka mengambil langkah yang jijik dan biadap. Walaupun tindakan telah di ambil terhadap mereka namun masih tidak memadai. Sepatutnya penyiar-penyiar tesebut di heret dan dikenakan tindakan yang setimpal sekurang-kurangnya di bawah akta keselamatan dalam neger (ISA) kerana boleh menyebabkan keadaan huru-hara.

Tidak ada guna kita memarahi tindakan yang dilakukan oleh akhbar Denmark sekiranya perkara yang sama juga berlaku di dalam negara kita sendiri, dan amat menyedihkan kalau tidak di ambil tindakan yang setimpal terhadap mereka yang jijik, biadap dan hina ini. Kerajaan harus mengambil tindakan yang serius untuk di beri pengajaran kepada mereka dan yang lain, ini agar menjaga kesucian dan keperibadian Nabi sallahua'laihiwasalam dan menjaga ketinggian agama Islam itu sendiri.

Kepada mereka yang bukan Islam seharusnya menjaga dan bersifat beradap terhadap kebenaran agama Islam, sesungguhnya Islam tidak menjadikan penghinaan itu sebagai senjata untuk menunjukkan kebenaran sesuatu agama. Sifat saling hormat menghormati merupakan budaya yang di anjurkan oleh Islam, melainkan kepada mereka yang ingin mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang ditunjukkan oleh Islam.

wallahua'lam

Friday, February 17, 2006

Rombakan Kabinet Abdullah mengecewakan?

Image hosting by Photobucket
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Rombakan kabinet yang dibuat oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mendapat reaksi pelbagai pihak. Ada pelbagai pihak menyambutnya dengan gembira dan ada juga yang berasa kecewa. kecewa yang bagaimana? mungkin kerana tidak ada apa-apa pembaharuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, hanya menampilkan muka-muka lama dan ada yang kecewa kerana Pak Lah masih mengekalkan mereka yang perasuah.

Saya secara peribadinya turut merasa sedikit kecewa dengan rombakan yang dilakukan oleh Perdana Menteri. Salah satu puncanya kerana masih mengekalkan mereka yang terang-terang menyapu duit rakyat. Memang betul pengalaman penting untuk menjayakan satu-satu agenda. Tetapi apa salahnya kita mencuba mereka yang baru dengan menggunakan kepakaran mereka yang ada, mungkin mereka lebih baik daripada "mereka-meraka" yang ada sekarang. Apa pun diharapkan mereka yang diberi amanah ini dapat menjalankan tugas dengan baik, dengan mementingkan agenda kepada rakyat bukannya agenda untuk kepentingan diri sendiri.wallahua'lam

Monday, February 13, 2006

Umat Islam Harus Bertindak Bukan Sekadar Beretorika

"Tidak ada usaha yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara umat islam. Langkah "bacul" yang diambil oleh pemimpin-pemimpin ini hanyalah untuk menjaga kepentingan diri masing-masing. Seharusnya untuk mengubah suasana ini kita memerlukan pemimpin yang betul berjuang demi agama dan umat. "kebaculan " orientasi pertubuhan-pertubuhan kononnya membela umat islam dan islam itu sendiri harus dirobah.Perjuangan harus disertai dengan tindakan, sama juga bantahan ini harus disertai dengan gerak kerja yang strategik. "

Kes penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w masih belum reda, kesannya amat membahangkan suasana. Penghinaan yang strategik yang dilakukan oleh pihak musuh-musuh islam ini semakin melampau dan menjijikkan. Agenda kononnya mendokong hak kebebasan media dilaung-laungkan untuk menutup segala kebobrokan yang dilakukannya. Penghinaan demi penghinaan dilakukannya. Namun yang pasti ini bukanlah untuk pertama kalinya.


Image hosting by Photobucket
Umat Islam bangkit membantah penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w

Maka, bangkitlah umat islam dari seluruh perlosok dunia menunjukkan kemarahan yang amat sangat. penghinaan ini tidak boleh dikompromi langsung. Penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w begitu melampau dan menjijikkan yang dilakukan oleh musuh islam. Beraraklah umat islam dari seluruh pelosok dunia sambil melaung-laungkan slogan anti-Denmark, membantah ke atas penghinaan tersebut. Langkah memboikot setiap barangan dari Denmark malah juga barangan Amerika dan Yahudi merupakan langkah yang bijak namun seharusnya diimplementasikan dengan bersungguh-sungguh. Seluruh dunia islam harus menyahut langkah tersebut.

Namun, dengan tercetusnya isu yang "panas" ini masih belum mampu untuk membangkitkan semangat kesatuan dikalangan dunia umat islam. Langkah yang begitu "slow" yang dilakukan oleh pelbagai pertubuhan majoriti negara islam khususnya OIC begitu mengecewakan. Malah dapat kita lihat di dalam akhbar tempatan baru-baru ini kenyataan oleh negara pengerusi OIC itu sendiri bahawa mereka belum memikirkan lagi sama ada mahu atau tidak untuk memboikot barangan dari negara-negara tersebut. Yang dapat kita dengar hanyalah suara-suara bantahan mengutuk langkah penghinaan tersebut. Amat menyedihkan belum ada langkah yang drastik yang diambil sebaliknya hanya mengambil langkah "membantah" sambil menjaga kepentingan negara masing-masing. Amat menyedihkan.

Image hosting by Photobucket
Boikot barangan Denmark

Ini bukanlah isu yang pertama yang dilakukan oleh musuh-musuh islam, isu palestin, serangan ke atas negara-negara islam dan pelbagai lagi, hanyalah membangkitkan rasa kemarahan umat islam namun belum mampu untuk mengkerahkan tenaga-tenaga umat islam demi mengatasi isu ini. Tidak ada usaha yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara umat islam. Langkah "bacul" yang diambil oleh pemimpin-pemimpin ini hanyalah untuk menjaga kepentingan diri masing-masing.

Seharusnya untuk mengubah suasana ini kita memerlukan pemimpin yang betul berjuang demi agama dan umat. "kebaculan " orientasi pertubuhan-pertubuhan kononnya membela umat islam dan islam itu sendiri harus dirobah.Perjuangan harus disertai dengan tindakan, sama juga bantahan ini harus disertai dengan gerak kerja yang strategik. Umat islam harus bekerja untuk mengubah suasana ini bukan hanya beretorik semata-mata.




Wednesday, January 18, 2006

Muslimah dan Dakwah

"dia harus menjadi tauladan dalam menjaga iffah (kehormatan), hijab dan amal soleh. Hendaknya dia menjauhi tabarruj dan ikhtilath (bercampur-baur antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim) yang itu adalah terlarang hingga dia berdakwah dengan ucapan dan perbuatan dalam meninggalkan apa yang diharamkan Allah atasnya."

Di dalam tuntutan menyeru kepada ma'ruf dan mencegah pada yang munkar, timbul persoalan akan peranan muslimah/wanita di dalam berdakwah. Apakah muslimah juga mempunyai kewajipan yang sama dengan muslimin di dalam beramar ma'ruf dan nahi munkar? apakah ada dalil2 yang memberikan kewajpan berdakwah kepada muslimah/wanita dan adakah wujud batasan-batasan yang perlu dijaga oleh seseorang muslimah di dalam menunaikan tuntutan tersebut. Ya, sudah pastilah terdapat penerangan-penerangan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh para ulama didalam menguraikan permasalahan tersebut.

Sepertimana penerangan yang diuraikan oleh Syaikh Abdul `Aziz bin Abdullah bin Bazz Rahimahullah di dalam Majmu`Fatawa wa Maqaalat, 7/323-326), beliau mengariskan dengan dalil2 Al-Quran dan As-sunnah yang mencangkupi semuanya. Di antara dalil-dalil dari Al-Quran:

"Kaum mukminin dan mukminat, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian lainnya. Mereka menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar.” (At-Taubah : 71)

“ Kalian adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi manusia. Kalian menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar serta kalian beriman kepada Allah.” (Ali Imron : 110)

Beliau juga menguraikan akan kewajipan muslimah/wanita agar menjada adab-adab yang sesuai dengan shari'ah sepertimana juga kepada muslimin/lelaki dan juga harus bersabar di dalam mengharapkan pahala dari Allah ta'ala.

“ Bersabarlah kalian, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Al-Anfal : 46)
Dan juga firman Allah azza wajalla yang menceritakan ucapan Luqman kepada anaknya:“Wahai anakku, dirikanlah solat, suruhlah kepada yang ma`ruf, laranglah dari yang mungkar dan bersabarlah engkau menghadapi apa yang menimpamu, kerana itu adalah perkara yang diwajibkan Allah.” (Luqman : 17)

Beliau juga menegaskan agar muslimah/wanita yang berdakwah agar menjaga ada-adab yang digariskan oleh shari'ah sepertimana tegas beliau: dia harus menjadi tauladan dalam menjaga iffah (kehormatan), hijab dan amal soleh. Hendaknya dia menjauhi tabarruj dan ikhtilath (bercampur-baur antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim) yang itu adalah terlarang hingga dia berdakwah dengan ucapan dan perbuatan dalam meninggalkan apa yang diharamkan Allah atasnya.

Beliau juga ditanya apakah perlu disediakan waktu untuk wanita agar dia berdakwah kepada Allah? beliau menjawab: Saya tidak dapati ada larangan dalam hal itu. Jika ditemui ada wanita solehah yang boleh berdakwah, maka selayaknya dia dibantu, diatur waktunya, diminta darinya untuk membimbing para wanita sejenisnya, kerana memang para wanita perlu kepada para pembimbing wanita. Adanya wanita seperti ini di kalangan wanita lainnya kadang lebih bermanfaat dalam menyampaikan dakwah untuk mengajak kepada jalan yang benar daripada lelaki. Kadang kala wanita-wanita itu malu bertanya kepada da`i yang lelaki, sehingga dia menyembunyikan apa yang seharusnya dia tanyakan. Kadang pula dia terlarang untuk mendengarkan dakwah daripada lelaki. Namun jika da`inya wanita, dia tidak demikian. Kerana dia boleh berdekatan dengannya dan menyampaikan apa yang perlu baginya serta hal itu lebih besar pengaruhnya.

Maka dengan adanya penguraian ini yang dilakukan oleh para ulama' dapat kita ketahui bahawa muslimah/wanita juga menpunyai kewajipan sama dengan lelaki di dalam berdakwah kepada Allah. Hendaklah wanita yang mempunyai ilmu agar menjalankan kewajipan dakwah ini serta memberi nasihat pada yang lain dengan membawa kebaikan semampu yang boleh. sepertimana firman Allah ta'ala:

“Ajaklah mereka kepada jalan Rabb-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta debatlah mereka dengan cara yang paling baik.” (An-Nahl : 125)

“Katakanlah: Inilah jalanku, aku berdakwah kepada Allah berdasarkan bashiroh (ilmu), aku dan orang yang mengikutiku.” (Yusuf : 108)

“Dan siapakah yang lebih baik ucapannya daripada orang yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh dan dia mengatakan: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (Islam).” (At-Taghabun:16)

Menurut syaikh Abdul Aziz bin Baz ayat-ayat seumpama ini cukup banyak dan mencakupi lelaki dan wanita.

wallahu'lam

Wednesday, December 21, 2005

Resolusi Kongres Kepentingan Bangsa: Mansuhkan Akta Kolej Dan Universiti (AUKU)

Mansuhkan akta universiti dan kolej (AUKU) dan mengembalikan pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia adalah antara 29 resolusi yang diluluskan dalam Kongres Kepentingan Bangsa yang diadakan 16-17 Disember 2005 di Universiti Teknologi Malaysia.

Berikut adalah antara resolusi itu:

* Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu mengembalikan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi matapelajaran Sains dan Matematik. Pada masa sama mempertingkatkan pengajaran Bahasa Inggeris.

* Mengembalikan semula peruntukan geran perkapita Sekolah Agama Rakyat supaya ia dapat berfungsi seperti asal bagi mengembangkan pendidikan aliran agama.

* Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) secara tuntas kerana ia mewujudkan suasana yang tidak sihat bagi pertumbuhan dan kecerdasan minda serta kebebasan berfikir di kalangan ahli akademik dan mahasiswa.

* Mengambil usaha mempertahankan tanah orang Melayu/ Rizab Melayu di seluruh negara.

*Menjadikan Petronas berperanan sebagai agensi penjana yang bertanggungjawab melahirkan usahawan Melayu dalam bidang gas dan minyak.

* Memperkenalkan Akta Makanan Halal supaya industri makanan halal berkembang di kalangan orang Melayu Islam.

*Menyubur dan menerapkan kebudayaan Melayu yang berteraskan Islam dalam pentadbiran, pendidikan dan lain-lain bidang.

* Penginstitusian zakat dilakukan mengikut proses undang-undang.

Resolusi tersebut dibaca oleh Dr Muhammad Nor Manuti dan diserahkan kepada Pengerusi Kongres, Tengku Razaleigh Hamzah.

Tuesday, December 13, 2005

Isu Matematik dan Sains Dalam BI Belum Selesai

Image hosted by Photobucket.com
TANDA SOKONGAN... Ribuan rakyat berbilang kaum di Kajang baru-baru ini
mengangkat tangan mereka tanda sokongan bagi meluluskan
Resolusi Membantah Sistem Pengajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris

Lebih 600 pertubuhan dan 4,000 individu yang berkumpul di Kajang pada hari Sabtu menggesa kerajaan supaya mengkaji semula pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Persidangan itu dianjurkan oleh pergerakan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong (DJZ) di ibupejabatnya di Kajang. DJZ – Gabungan Persekutuan Lembaga Persatuan Sekolah Cina (Dong Zong) dan Persatuan Guru Cina Malaysia (Jiao Zong) – merupakan kumpulan paling lantang membantah pelaksanaan dasar tersebut.Peserta persidangan itu kemudiannya meluluskan resolusi empat perkara, yang menggesa supaya dasar tersebut dikaji semula. Resolusi tersebut akan diserahkan kepada pihak berkuasa berkenaan.

Resolusi tersebut menggesa kerajaan, pertama, menambah pelajaran bahasa Inggeris di sekolah; kedua, mengkaji kesan negatif pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris; ketiga, kembali mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda; dan keempat, menggesa parti-parti politik dan pertubuhan supaya menyokong pendidikan dalam bahasa ibunda. Resolusi tersebut diluluskan sebulat suara secara mengangkat tangan.

'Pelajar Melayu terjejas'

Mewakili Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami), Ahmad Lutfi Othman memberitahu persidangan tersebut bahawa pelajar Melayu adalah golongan yang tpaling eruk terjejas dengan dasar tersebut. Katanya, kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, menunjukkan 96 peratus pelajar Melayu tidak berminat mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Tambahnya dasar adhoc itu yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kini jelas menunjukkan kelemahannya. Dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris diperkenalkan dalam Tahun Satu sekolah rendah pada 2003. Bagaimanapun, di sekolah Cina, formula 2-4-3 digunakan dua masa belajar untuk bahasa Inggeris, empat masa belajar untuk Matematik dan tiga masa belajar bagi Sains, pada setiap minggu. Sehingga ini, belum ada keputusan yang dibuat mengenai jumlah masa belajar bagi dua matapelajaran tersebut apabila murid masuk Tahun 4 tahun depan. Presiden Dong Zong, Dr Yap Sin Tian (foto) berkata, pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah melemahkan peranan sekolah Cina dalam sistem pendidikan vernakular. "Jika medium pengajaran di sekolah rendah ditukar, maka sekolah Cina menghadapi risiko kehilangan identiti mereka," katanya. Dr Yap juga membidas parti-parti politik yang bersikap tidak konsisten dalam pendirian mereka berhubung isu tersebut.

'Bertindak sekarang'

Presiden Jiao Zong, Ong Chiow Chuen pula berkata, masalah yang timbul akibat daripada dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris itu perlu diselesaikan segera atau kesan negatifnya akan menimpa semua bangsa di negara ini. "Kajian pakar dalam bidang pendidikan tempatan dan luar negeri, telah menggesa supaya kanak-kanak menggunakan bahasa ibunda dalam proses pembelajaran, terutama dalam matapelajran Sains dan Matematik," kata Ong. Turut berucap ialah Pengerusi Kumpulan Rakyat Prihatin, K Arumugam; Pengerusi Yayasan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil Malaysia, M Manogaran dan Presiden Jemaah Islamiah Malaysia, Zahir Hassan. Ahli-ahli politik tidak disenaraikan berucap di persidangan tersebut. Penganjurnya berkata, pihaknya mahu persidangan dan resolusi itu tidak berunsurkan politik dan mencerminkan pandangan masyarakat.

Wednesday, October 26, 2005

Surat Terbuka Untuk Pimpinan PKPIM 2005/2006

Oleh: Mohd Nor Zaiman Che Mansor

“Dan mereka yang berjihad pada (jalan) Kami pasti Kami berikan petunjuk kepada mereka tentang jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah Al-‘Ankabut: Ayah 69)


Kehadapan sahabat-sahabat sekalian, semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan senantiasa berada di bawah naungan Rahmat Ilahi. Terlebih dahulu, rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan tahniah di atas perlantikan sahabat-sahabat sekalian sebagai pemacu utama saf kepimpinan PKPIM Pusat bagi sesi 2005/2006. Sudah pastilah kelayakkan sahabat-sahabat sekalian yang meletakkan kalian berada di posisi penting pergerakan PKPIM ini. Tahniah sekali lagi. Semoga perlantikan barisan yang kuat ini juga akan menjadi pemangkin kepada proses kelahiran gerakan islam yang tulen.

Di sini juga saya ingin meminta maaf sekiranya kehadiran surat yang tanpa di undang ini menganggu komitmen sahabat-sahabat sekalian. Sesungguhnya surat ini bukanlah untuk mengancam mahupun menganggu gugat mana-mana pihak, tetapi hanya sekadar coretan dari seorang sahabat yang ingin melihat kepada kesinambungan perjuangan yang membawa mesej rahmatan lil a’lamin agar lebih berkesan dan progresif. Kesinambungan perjuangan ini juga merupakan harapan besar majoriti pendokong visi dan misi yang di bawa oleh PKPIM.

Sahabat-sahabat sekalian,

Melihatkan senario perkembangan umat islam secara keseluruhan, ianya amat mencengkam hati naluri sekalian para pendakwah. Pelbagai bentuk cabaran yang terpaksa ditempuhi, pelbagai bentuk ranjau yang terpaksa dilalui apatah lagi pelbagai mehnah dan tribulasi yang terpaksa diharungi. Kedudukan umat islam sekarang begitu goyah dari pelbagai sudut. Serangan-serangan yang yang dilakukan oleh musuh islam begitu mencangkupi segenap ruang yang ada. Tidak cukup serangan melalui fizikal, akidah umat islam juga cuba diratah dan digoyahkan. Label keganasan juga tidak terlepas untuk disinonimkan dengan umat islam. Akidah anak-anak muda islam juga digoyahkan dengan pelbagai bentuk hiburan yang melampau. Budaya hendonistik juga cuba disebatikan dengan jiwa anak muda.Apatah lagi ianya bukan hanya dilakukan oleh musuh islam yang sudah jelas kekafiran mereka, tetapi turut sama mereka yang mengucap kalimat la ila haillah tetapi disertakan sifat yang hipokrit terhadap kalimat itu sendiri.

Maka sudah pastilah sekalian para dai’e tidak akan dapat melelapkan mata dengan lenanya.Sudah pasti jugalah sekalian gerakan islam tidak dapat duduk dengan selesa, memikirkan apakah strategi yang terbaik untuk menangkis serangan-serangan tersebut. Maka terpaksalah kita yang terlibat dengan gerakan ini merangka pelbagai gerak kerja dan strategi agar ianya dapat dicantas daripada terus menjadi barah yang akan menghancurkan jiwa umat islam keseluruhannya.

Memperhebatkan arah dan matlamat asal

Oleh itu, antara langkah awal yang harus dilakukan ialah kembali memperjelaskan arah, matlamat dan tujuan asal gerakan ini. Misi meneruskan perjuangan yang diperjuangan oleh Nabi Muhammad sallahua’laihi wassalam harus diperkuatkan Dokongan kepada perjuangan menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah harus diperhebatkan. Teringat saya pada kata-kata Imam Hasan Al-Banna untuk sekalian para ahli ihkwanul muslimin, pesannya “ Wahai pemuda, seandainya kamu menyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat. Allah akan membuktikan kepadamu apa yang telah dibuktikan kepada generasi pertama dahulu. Setiap orang yang bekerja dengan penuh ikhlas dan setia dalam medan dakwah ini akan mendapati sesuatu yang mengisi hemah dan cita-citanya. Ia akan mendapati sesuatu yang mengisi segala daya dan tenaga yang ada padanya. Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih sikap yang serba salah dan tidak jelas terumbang ambing di antara seruan-seruan dan kefahaman yang mengecewakan dan menyesatkan, maka sesungguhnya angkatan Islam dan tentera-tentera Allah akan meneruskan perjalanan mereka tanpa mengira bilangan sama ada sedikit atau ramai”. (sila rujuk buku Jalan Dakwah karangan Mustafa Masyhur muka surat 11).

Apatah lagi antara pesanan dan pegangan yang tidak dapat dinafikan kepada kaum muslimin iaitu sabda Nabi Muhammad sallahua’laihi wassalam “Aku tinggalkan sesuatu untuk kalian. Bila kalian berpegang teguh dengannya maka kalian tidak akan tersesat selamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku.” (HR. Imam Malik, Al-Hakim).

Memperhebatkan Budaya Ilmu

Kalau bukan kita siapa lagi? Mungkin inilah antara kata-kata yang harus kita renungi bersama apatah lagi kita yang mendokong akan perjuangan ini meletakkannya sebagai dasar perjuangan. Walaupun pelbagai alasan dan halangan kepada keperluan tuntutan ilmu, namun sesungguhnya manusia memang “membutuhkan” ilmu. Sepertimana manusia memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup, begitu jugalah dengan keimanan yang amat “membutuhkan” ilmu sebagai pelengkap. Seandainya keimanan tidak di pupuk dengan ilmu, maka ibarat tanaman yang layu bahkan hancur.

Al Imam Ahmad menyatakan : “Manusia sangat memerlukan ilmu dari sekadar menyantap makanan dan minuman, kerana makanan dan minuman diperlukan oleh manusia sekali atau dua kali dalam sehari. Sedangkan ilmu diperlukan setiap saat.” (Thobaqot Al Hanabilah 1/147)

Sesungguhnya orang yang tidak berilmu tidak mengetahui hakikat keimanan dan ketaqwaan. Dan tidak mengetahui pula jalan untuk menuju keselamatan berdasarkan ilmu dan keyakinan yang mantap. Tentu saja hal ini semakin membuka peluang bagi syaitan untuk menggiring orang tersebut kepada kemaksiatan dan kesesatan. Tatkala kebodohan telah bermerajalela, maka akan meningkat pula kemaksiatan, kriminasi, cinta kepada dunia yang malampau dan takut kepada kematian.

Sesungguhnya diantara sifat-sifat penuntut ilmu yang diajarkan oleh rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam adalah ihklas dalam menuntut ilmu. Sebab dengan keikhlasan ini akan menghantarkan seseorang kepada tingkatan hamba yang sangat perlu kepada ilmu dan membentenginya dari riya’ (ingin dipuji oleh orang lain) dan sebagainya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa yang mempelajari ilmu dari apa-apa yang dia cari dengannya wajah Allah Azza wa Jalla. Tidaklah dia belajar kecuali untuk memperoleh bahagian dari dunia, maka dia tidak akan mencium wangi syurga pada hari kiamat.” (HR Ibnu Majah, Al Muqadimah 1/252 dan Ahmad, AlMusnad2/338)
Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, walaupun pelbagai bentuk kemaslahatan yang melanda, seharusnya budaya ini harus dipertahankan bahkan perlu dihebatkan lagi. Sesungguhnya pada ketika ini, pihak-pihak musuh-musuh islam cuba untuk menganggu gugat kedudukan umat islam dengan melancarkan serangan melalui pelbagai bentuk pemikiran yang sesat. Sudah pastilah kita harus memberikan komitmen yang serius.

Mempertahankan Prinsip Ahlu Sunnah wal jama’ah

Melihatkan perkembangan suasana dakwah semasa sudah pastilah terdapat pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh umat islam.Perkembangan yang sering kali diperkatakan ialah munculnya pelbagai aliran-aliran dan segala bentuk pemahaman yang sudah pastilah berdiri di atas nama islam.Islam Liberal,islam Tanwiri,islam progresif mahupun islam moderate sudah tidak asing lagi dari pendengaran umat islam masa kini.Bahkan bagi mereka yang mendokong akan pelbagai gerakan islam sama ada di sini mahupun di luar sana sudah pastilah tidak akan tidur lena bagi memikirkan apakah alternatif yang terbaik bagi menangani isu ini.Namun bagi masyarakat umum yang mungkin jahil akan agama ini mereka tersepit di dalam tuntutan suasana ini apabila mereka tergerak untuk mencari kebenaran akan agama ini.Oleh itu seharusnya bagi mereka yang menjadi pendokong akan islam yang di bawa oleh Rasulullah sallahua'laihiwassalam seharusnya mempertahankan akan prinsip -prinsip yang menjadi dasar kepada agama ini.

Antara prinsip yang harus dipertahankan ialah:Ikhlas memahami konsep Tauhid

Ikhlas menurut erti bahasa ialah membersihkan atau memurnikan sesuatu dari kotoran. Sedangkan menurut istilah syar’i, ikhlas adalah membersihkan dan memurnikan ibadah dari segala jenis kotoran syirik.Setelah diketahui pengertian ikhlas menurut pengertian syar’i, dapat diambil kesimpulan bahawa orang dikatakan ikhlas dalam beribadah apabila ia bertauhid dan meninggalkan segala jenis syirik.maka seharusnya umat islam memahami apakah bentuk tauhid yang harus diyakini bagi membersihkan diri dari kotoran itu.

Tauhid yang pertama: Tauhid Rububiyyah, maksudnya kita harus yakin bahawa yang mencipta, memberi rezeki dan yang mengatur alam semesta hanya Allah Ta’ala tidak ada sekutu bagi-Nya.

Tauhid yang kedua: Tauhid Uluhiyyah, maksudnya yakin bahawa yang berhak disembah dan diberikan segala bentuk peribadatan hanyalah Allah Ta’ala tidak ada sekutu bagi-Nya.

Tauhid yang ketiga: Tauhid Asma’ wa Sifat, maksudnya kita harus yakin bahwa Allah Ta’ala memiliki Nama dan Sifat yang Mulia dan tidak sama dengan makhluk-Nya. Kita harus meyakini seluruh Nama dan Sifat Allah yang ada di dalam Alquran dan Assunnah apa adanya.Setelah meyakini ketiga jenis tauhid ini, maka wajib meninggalkan dua jenis syirik yang menjadi musuh bagi orang-orang yang bertauhid.

Syirik yang pertama disebut Syirik Akbar, iaitu syirik yang menyebabkan pelakunya keluar dari Islam. Syirik jenis ini amat banyak jumlah dan jenisnya, di antaranya adalah meyakini ada yang mencipta dan yang mengatur alam ini selain Allah Ta’ala, meminta rezeki atau jodoh kepada orang yang telah mati atau kepada jin, menolak sebahagian atau seluruh Nama dan Sifat Allah Ta’ala.

Syirik yang kedua disebut Syirik Asyghar, iaitu syirik kecil yang tidak menyebabkan pelakunya dikeluarkan dari Islam. Namun dosanya lebih besar daripada dosa zina, dosa mencuri atau kemaksiatan lainnya. Di antara amalan yang termasuk jenis syirik ini adalah riya’ (ingin dilihat oleh orang ketika beribadah), sum’ah (ingin didengar ibadahnya oleh orang lain), bersumpah dengan nama selain Allah, memakai azimat dengan keyakinan bahawa kekuatannya bersumber dari Allah. Untuk yang satu ini bila diyakini bahawa sumber kekuatan itu dari azimatnya, maka sudah termasuk Syirik Akbar.

Menjayakan Gerakan Tashfiyah (pemurnian) & Tarbiyah (pendidikan)

Sepertimana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada para sahabatnya. Dari Abu Najih Al-’Irbadl bin Sariyah radiallahu ‘anhu ia bercerita: “Suatu ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam memberi nasihat kepada kita, nasihat itu membuat hati bergetar: “Wahai Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, sepertinya nasihat ini adalah nasihat perpisahan, untuk itu berilah kami wasiat!” Maka beliaupun bersabda: “Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan tetap mendengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh penguasa dari budak Habsyi. Sesungguhnya, siapa saja di antara kamu yang masih hidup sepeninggalku nanti, pasti melihat banyak perselisihan, maka wajib atas kalian untuk tetap berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa arrosyidin yang mendapat petunjuk, peganglah sunnah itu dan gigitlah dengan gigi geraham (jangan sampai lepas) dan jauhilah perkara-perkara baru yang disusupkan ke dalam agama kerana sesungguhnya setiap perkara baru yang disusupkan ke dalam agama itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat”. (HR. Abu Dawud, Tirmidzi)Tashfiyah adalah gerakan pemurnian ajaran Islam dengan cara menyingkirkan segala keyakinan, ucapan mahupun amalan yang bukan berasal dari Islam. Sedangkan Tarbiyah adalah usaha mendidik generasi muslim dengan ajaran Islam yang murni, yang berdasarkan Al Quran dan Assunnah dengan pemahaman para sahabat Radiyallahu ‘anhum ajma’in.Dalam rangka menjayakankan gerakan ini, Ahlus Sunnah wal Jamaah terus menerus memperingatkan umat dari segala bentuk penyimpangan baik berupa kekufuran, kesyirikan, kebid’ahan mahupun kemaksiatan, di samping itu juga meluruskan penyimpangan-penyimpangan yang terjadi baik yang ada di kitab-kitab yang tersebar di kalangan umat mahupun pernyataan-pernyataan sesat dari para penyesat. ini semua dinilai sebagai amar ma’ruf nahi munkar yang menjadi kewajiban kita semua.

Berani dan Progresif

Mungkin sesuatu yang menyukarkan di dalam susasana yang amat mencengkam mana-mana gerakan pelajar untuk melahirkan sifat berani di dalam mempertahankan prinsip amar ma'ruf nahi munkar. Namun di dalam perkara untuk menyebarluaskan agama Allah ini mungkin ia tidak sukar. Tetapi di dalam memberi respon kepada sebarang tindakan mana-mana pihak sama ada pemerintah mahupun bukan pemerintah yang tidak seiring dengan menjaga kepentingan masyarakat mahupun rakyat mungkin ianya sesuatu yang perlu difikir berulang kali.

Namun ianya bukanlah satu sebab untuk kita berpeluk tubuh dengan hanya melihat sekatan demi sekatan yang dilakukan oleh pihak terbabit. Kita harus keluar dari kepompong ini. Melihat kembali ucapan dasar mantan presiden PKPIM pada muktamar yang lalu sudah cukup untuk kita mengambil pendekatan yang berani dan progresif. Sesungguhnya masalah yang digariskan di dalam ucapan tersebut tidak memerlukan masa yang lama untuk cuba diselesaikan. Tidak perlu untuk kita menunggu ucapan dasar yang akan datang untuk dirujuki kembali baru diambil tindakan. Tidak perlu juga untuk kita beretorika dengan kepimpinan-kepimpinan yang lalu mahupun yang lampau kalau tidak untuk diadaptasikan kepada kepimpinan yang sekarang. Kadangkala juga harus kita mengambil tindakan yang drastik yang berstrategik di dalam melawan arus sekatan yang ada di hadapan kita.


Mungkin inilah antara perkara-perkara yang dapat saya kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian. Walaupun dengan pengisian yang tidak hebat ini namun diharapkan agar ianya menjadi satu momentum kepada merealisasikan matlamat utama perjuangan ini. Namun kebersamaan itu seharusnya menjadi tunjang kepada kejayaan perjuangan ini. Minta maaf sekali lagi akan kedatangan surat yang tidak di undang ini. Ianya hanya sekadar kongsi kasih saya terhadap sahabat-sahabat dan juga kepada wadah perjuangan ini.

Wallahua’lam

Tuesday, October 04, 2005

Image hosted by Photobucket.com

Puasa Adalah Perisai (Pelindung)
Oleh: Mohd Nor Zaiman Che Mansor

"Rasulullah sallahu a'laihi wassalam juga pernah menjelaskan bahawa puasa itu perisai dari neraka. Ia boleh menahan diri dari pelbagai pintu keburukan yang boleh mendekatkan diri kepada neraka. Rasulullah sallahu a'laihi wassalam bersabda bahawa" Puasa adalah perisai (pelindung), seorang hamba berperisai (berlindung) dengannya dari api neraka" [Hadits Riwayat Ahmad 3/241, 3/296 dari Jabir, Ahmad 4/22 dan Utsman bin Abil 'Ash."

Ramadhan adalah bulan kebaikan dan barakah. Allah memberkahinya dengan pelbagai keutamaan dan kelebihan kepada umatnya.Allah juga menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk, ubat bagi kaum mukminin dan membimbing kepada jalan yang lurus.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah menjelaskan dalam hadis yang shahih bahawa puasa adalah benteng dari syahwat, perisai dari neraka. Puasa boleh menahan jiwa daripada syahwat dan membentengkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah. Walaupun sebahagian ahli ilmi memahami bahawa hadis-hadis tersebut merupakan penjelasan terhadap keutamaan puasa terhadap jihad dan berperang di jalan Allah, namun zahir hadis ini mencakupi semua puasa jika dilakukan dengan ikhlas.

Rasulullah sallahu a'laihi wassalam bersabda " Wahai pemuda barangsiapa di antara kamu telah mampu ba'ah hendaklah berkahwin, kerana berkahwin itu lebih menundukkan pandangan, dan lebih menjaga kehormatan. Barangsiapa yang belum mampu berkahwin, hendaklah puasa kerana puasa itu merupakan wijaa' (pemutus syahwat) baginya" [Hadits Riwayat Bukhari 4/106 dan Muslim no. 1400 dari Ibnu Mas'ud]

Rasulullah menyuruh mereka yang sudah kuat syahwatnya agar berpuasa untuk membenteng dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah seandainya mereka belum mampu untuk berkahwin. Suruhan ini adalah untuk wijaa' atau pemutus syahwat kerana puasa dapat menahan anggota badan hingga dapat mengawalnya.

Rasulullah sallahu a'laihi wassalam juga pernah menjelaskan bahawa puasa itu perisai dari neraka. Ia boleh menahan diri dari pelbagai pintu keburukan yang boleh mendekatkan diri kepada neraka. Rasulullah sallahu a'laihi wassalam bersabda bahawa" Puasa adalah perisai (pelindung), seorang hamba berperisai (berlindung) dengannya dari api neraka" [Hadits Riwayat Ahmad 3/241, 3/296 dari Jabir, Ahmad 4/22 dan Utsman bin Abil 'Ash.

Sesungguhnya ia telah jelas menunjukkan bahawa puasa itu boleh memberi perlindungan kepada orang yang berpuasa untuk menahan diri daripada ke arah keburukan. Ini kerana ia boleh memutuskan syahwat, menghancurkan kuatnya syahwat daripada mendekatkan diri ke neraka serta mampu menjadi perisai bagi mereka yang berpuasa.

Terdapat banyaknya kelebihan dan keutamaan yang di berikan oleh Allah kepada umatnya dengan mensyaria'tkan puasa. Sesungguhnya tidaklah Allah mensyaria'tkan kepada umatnya sesuatu perkara seandainya tidak ada faedah dan manfaat.Maka seharusnya kita merebut peluang ini dengan mengambil kelebihan sebagai satu benteng diri yang mampu mencapai syurga dan menjauhi neraka.

Monday, September 19, 2005

Program Wacana "ESQ-Rahsia kejayaan membangunkan kecerdasan emosi dan spiritual "

Dari kiri: Tuan Haji Ary, sdr Hilmi Ramli dan sdr Mohd Nor Zaiman

Pada 17 September 2005 telah diadakan satu wacana ilmu yang bertajuk "ESQ-Rahsia kejayaan membangunkan kecerdasan emosi dan spiritual" bertempat di dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Wacana ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Ary Ginanjar Agustian dari ESQ Leadership Center of Indonesia.

Motif utama wacana ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman kepada para peserta dengan jelas iaitu unsur-unsur pembinaan jatidiri dan pembangunan modal insan melalui suara hati, fitrah dan ilmu,psikologi asmaul-husna, bagi membantu,membina dan membentuk individu yang mempunyai keperibadian yang unggul,iaitu yang berilmu dan bertakwa,menghayati budaya cemerlang,menghargai nilai hubungannya dengan Allah swt dan sesama manusia,dan menghayati makna iman,islam dan ihsan.

Pak Ary bergambar dengan PKPIM

wacana ini dianjurkan oleh Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Alumni ESQ Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Ianya dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dan tempat.

Friday, August 19, 2005

:::::::BOIKOT ISRAEL CAMPAIGN:::::::

Assalamu'alaikum
Mengajak sejenak sahabat-sahabat untuk sama-sama memikirkan dan menyelami perjuangan umat islam di bumi Palestin, dan apakah tindakan kita untuk sama-sama menyelamatkan palestin dari pencerobohan zalim rejim ZIONIST!


Image hosted by Photobucket.com
Boikot Produk Israel
Apa kata Ulama' .....?

Shaykh Yusuf Al Qaradawi(Egypt / Qatar)
"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression."

We must all be united against the aggressors. We are united in Islam, including unity of belief in the Shari`ah, unity of belief in the Qiblah, and also united in pain and hope. As Allah Almighty says: "Verily this Ummah of yours is one Ummah." (Qur'an, 21:92).

Ayatullah Sayyid Muhammad Husayn Fadhlullah (Lebanon)
"The least effort we could make ... is to boycott all those who support the enemy ... We should boycott American goods whenever possible, and you should boycott all Israeli goods as well as all the companies that help Israeli companies financially"

Ayatullah as-Sayyid Ali as-Seestani(Iraq)
"It is not permissible for a Muslim to buy products of the countries that are in a state of war with Islam and Muslims, for example, Israel"

What is the boycott?
The boycott of Israeli products and companies supporting the zionist entity is about ordinary people around the world using their right to choose what they buy in order to help bring about an end to oppression in Palestine. Its a peaceful means of putting international pressure on the racist state of Israel and follows in the footsteps of the successful boycott against South African racist apartheid.

Image hosted by Photobucket.com
Muslims & Jews united against zionism at the recent

Are you boycotting all Jews?
Certainly not! The boycott is not directed at any religious or ethnic group, but rather it is directed at those companies that are supporting the racist occupation of Palestine. A quick glance at the boycott list will testify to this. We do not discriminate between the supporters of Israel - if a Muslim company is caught collaborating with Israel we will boycott it just as vigorously as any other company.

Untuk bacaan lanjut silalah ke:

http://www.inminds.co.uk/boycott-faq.html


Tuesday, August 16, 2005

:::Populariti Mawi mengalahkan Menteri:::

Image hosted by Photobucket.com
MERIAH: Mawi disambut sebaik tiba di kampungnya
di Felda Taib Andak, Kulai, Johor
petang semalam.

KULAI: Juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi disambut sebagai wira oleh penduduk kampungnya dan kawasan sekitar di Felda Taib Andak di sini, semalam. Seawal jam 3 petang, padang Kampung Bahagia Felda Taib Andak, sesak dengan lebih 4,000 penduduk setempat dan peminat dari luar daerah yang tidak berganjak walaupun hujan.

Sebelum itu, sejurus tiba di Johor Bahru, Mawi diraikan pada majlis minum petang bersama puteri Sultan Johor, Tunku Muna Najiah dan sepupunya, Tunku Shahariah serta kira-kira 200 ahli Majlis Wanita Johor (Mawar) pada satu majlis tertutup di Hotel M Suite.Mawi yang tiba tepat jam 7 malam di kampungnya, disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar serta dibawa menaiki kenderaan Naza Ria milik Ketua Unit Foto Berita Harian, Kamaruddin Ahmad yang juga anak jati Felda berkenaan.....( Berita Harian 16 ogos 2005)


p/s Nampak gayanya populariti Mawi sekarang mengalahkan pak menteri, sambutan yang cukup meriah umpama menyambut kepulangan menteri yang menjadi menteri. mungkin mawi menjadi contoh dan ikutan kepada anak-nak muda sekarang. wallahua'lam

Monday, August 15, 2005

Mahasiswa Islam Harus Berusaha Membela Agama Suci Ini

Image hosted by Photobucket.com
Perjuangan yang harus di pikul oleh mahasiswa islam iaitu menegakkan kalimah ini

Sahabat-sahabat sekalian, kejadian dan rangkaian di antara langit dan bumi terbina dan terjalin demi menunaikan risalah suci dari Allah ta'ala disaat memerlukan hidayat dan petunjuk demi untuk segenap umat manusia.Hukum dan peraturan alam yang tiada berubah,oleh kejadian tersebut ditembus menurut jalan yang ditentukan oleh Allah ta'ala.tidak ada sebab sesuatu di dalam semesta ini yang terjadi tanpa melalui sebab dan tanpa tujuan atau maksud.

Kelahiran islam, peristiwa besar yang pernah disaksikan oleh dunia tidak boleh tidak pasti mempunyai sebab-sebab yang menjadi pendorongnya, pasti mempunyai matlamat yang telah digariskan oleh Allah ta'ala dan sudah pastilah mempunyai tujuan yang harus dipersiap sediakan dan sentiasa dinanti-nantikan. Allah ta'ala telah menyempurna-kan risalah suci-Nya kepada umat manusia dengan islam. Perutusan Nabi Muhammad sallahua'laihiwassalam sebagai pesuruh-Nya melengkapkan lagi kesempurnaan terhadap risalah ini.Kita tidak perlu menunggu perlu adanya hubungan baru di antara langit dan bumi demi membersihkan risalah suci ini yang sudah dikotori oleh syirik, kesesatan dan kerosakan.

Image hosted by Photobucket.com
Terus berusaha menyampaikan risalah ini

kita juga tidak perlu menunggu-nunggu adanya Nabi baru yang akan membawa risalah baru setelah datangnya Nabi dan Rasul pembawa agama suci ini. Kita juga tidak mengharapkan adanya Al-Quran baru yang akan membimbing umat manusia yang sedang kebingungan ke arah mana jalan dan hidayat. ini kerana, kita sudah ada kitab suci dari Allah ta'ala yang menjamin pengikutnya tidak sesat dan telah pula menetap syariat yang menjamin perlaksanaanya tidak tercela.Apa yang harus kita perbuat dewasa ini ialah, kita bersama seluruh dunia harus keluar meninggalkan kejahiliyahan yang sedang mengepung kita dari segala jurusan. iaitu dengan jalan mengembalikan kepercayaan kepada agama kita, sehingga kembali menjadi dasar kehidupan kita di segala bidang.

Kita tidak dapat meminta orang lain supaya mempercayai kebenaran agama kita, selama mana kita sendiri belum benar-benar mempercayai kesempurnaannya terlebih dahulu. Sebab keimanan hanya dapat disebarluaskan dengan teladan yang kita berikan kepada semua orang.Oleh sebab itu sahabat-sahabat sekalian, di atas dasar tuntutan kepada dakwah islamiyyah ini marilah sama-sama memperkukuhkan kekuatan daan persaudaraan yang ada ini, demi memastikan akan kesinambungan dan perlaksanaan kepada kesempurnaan risalah yang suci ini, demi memastikan risalah ini akan terus tersebar luas.

wallahua'lam.wassalam
...,

Thursday, August 11, 2005

Sheikh Ahmad Deedat: Tokoh Dunia Islam Berkaliber


Ahmad Deedat pada Nov 01, 2004

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un.Pada 8 0gos 2005 dunia islam kehilangan seorang tokoh pendakwah dan pendebat islam-kristian yang hebat Ahmad Deedat. Beliau meninggal pada usia 87 tahun merupakan seorang tokoh terbilang dan terkenal di seluruh dunia.

Jasa beliau terhadap dunia islam sudah tidak dapat dipertikaikan lagi ketika berada di pentas debat islam-kristian. Beliau meninggalkan banyak buku, video dan rakaman audio yang menjelaskan jawapan Islam secara jelas dan tuntas terhadap tuduhan dan pengaruh kebohongan yang disebarkan oleh pihak kristianiti bagi mengelirukan kebanyakan orang muslim.Beliau juga merupakan pengasas Pusat Dakwah Islamiah Antarabangsa (IPCI) di Durban, Afrika Selatan. Ramai yang telah menganut islam di tangannya selepas mendengar hujah-hujah beliau ketika menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh pihak non-muslim terhadap muslim.

Antara buku-bukunya yang terkenal ialah The Choice-Between Islam and Christianity; "Is the Bible God’s Word?", "Al Qur’an the Miracle of Miracles", "What the Bible says about Muhammad (PBUH)?", and "Crucifixion or Cruci-Fiction?". Semoga usaha beliau ini akan diteruskan oleh pengantinya seperti Dr Zakir Naik dan lain-lainnya.

Wallahua'lam

Friday, August 05, 2005

Berpegang Pada Prinsip Ahlusunnah wal Jama'ah Elak Kesesatan

Oleh: Mohd Nor Zaiman Che Mansor

Segala puji bagi Allah ta'ala yang memberi petunjuk dan hidayah serta menunjuki jalan cahaya islam yang benar. Kita bermohon kepada-Nya agar terus memberikan hidayah dan petunjuk hingga akhir hayat dan jauhi segala kesesatan. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad sallahua'laihiwassalam yang di utuskan membawa rahmat bagi sekalian alam. Wa ba'du.

Melihatkan pelbagai bentuk penyelewengan yang menyerang umat islam sekarang ini telah mengetarkan jiwa-jiwa para dai'e untuk bekerja keras bagi memikirkan jalan terbaik untuk mengatasinya. Tidak cukup dengan serangan
berbentuk fizikal yang dilakukan oleh musuh-musuh islam, umat islam juga turut di serang dari segi akidahnya juga. Segala bentuk penyelewengan akidah yang dilakukan oleh dajjal-dajjal untuk menyesatkan umat islam daripada memahami ajaran islam yang sebenar yang di bawa oleh Rasulullah sallahua'laihiwassalam dan di sambung oleh para sahabat beliau Radiyallahu a'nhum sudah dapat dilihat di mana-mana.

Image hosted by Photobucket.com
ajaran yang tidak berpegang teguh pada akidah yang benar mudah terseleweng

Maka sudah pastilah ianya akan menyebabkan umat islam terpaksa membentengkan diri dengan bentengan yang kuat agar dapat menepis segala bentuk serangan yang ada. Kita bermohon pada Allah ta'ala agar diberikan jalan petunjuk sehingga akhir hayat, seperti mana Firman-Nya "ertinya, Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan Islam". (Ali-Imran : 102). Begitu juga kita bermohon agar dijauhi segala bentuk kesesatan setelah menerima hidayah-Nya,Firman Allah ta'ala"Ya Allah, janganlah engkau palingkan hati-hati kami setelah engkau memberi kami hidayah". (Ali Imran : 8).

Maka sudah pastilah umat islam diseru agar kembali kepada prinsip-prinsip akidah ahlusunnah wal jama'ah yang dijamin oleh Rasulullah sallahua'laihiwassalam agar tidak terpesong dari jalan kesesatan,sepertimana yang diterangkan oleh Rasulullah kepada para sahabat di dalam sebuah hadis , sabda Rasulullah "Telah berpecah kaum Yahudi menjadi tujuh puluh satu golongan , dan telah berpecah kaum Nashara menjadi tujuh puluh dua golongan , sedang umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, semuanya akan masuk neraka kecuali satu. Maka kami( sahabat) pun bertanya, siapakah yang satu itu ya Rasulullah ..? , beliau menjawab : yaitu barangsiapa yang berada pada apa-apa yang aku dan para sahabatku jalani hari ini". (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi 5/2641 dan Al-Hakim di dalam Mustadraknya I/128-129)

Image hosted by Photobucket.com
Ayah Pin salah satu ajaran sesat di Malaysia

Peringatan yang diberikan oleh Rasulullah sallahua'laihiwassalam di dalam hadis di atas tersebut agar berpegang teguh kepada ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah sallahu'alihiwassalam dan dilalui oleh para sahabat baginda sudah pasti menjamin jalan yang selamat yang jauh dari segala bentuk kesesatan. Inilah yang yang telah digariskan oleh para ulama Ahlusunnah wal Jama'ah yang menyeru kepada umat islam untuk berpegang teguh dengan ajaran yang mengikuti ajaran Rasulullah shallalllahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya baik dalam hal keyakinan, amalan mahupun ucapan.

Kita juga haruslah bersatu di atas Al-Quran dan Assunnah kerana ianya merupakan perintah Allah ta'ala dan Rasulullah sallahua'laihiwassalam. Firman Allah ta'ala "Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah seluruhnya dan jangan kalian berpecah belah ...”surat Ali Imran ayat 103. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Aku tinggalkan sesuatu untuk kalian. Bila kalian berpegang teguh dengannya maka kalian tidak akan tersesat selamanya, yaitu Kitabullah dan Sunnahku.” (HR. Imam Malik). Maka di dalam memahami Al-Quran dan As-sunnah kita juga harus memahami dengan pemahaman Salaful Ummah.

Image hosted by Photobucket.com
Kumpulan ajaran sesat persenda ayat Al-Quran

Untuk memahami pemahaman Salaful Ummah ini maka hendaklah kita merujuk ulama-ulama yang berpegang dengan prinsip ahlu sunnah wal jama'ah yang berdiri di atas Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sallahu 'alaihi wassalam, dan juga pemahaman para sahabat radiyallahu 'anhum. Sepertimana sabda rasulullah sallahu 'alaihi wassalam “Sesungguhnya barang siapa yang masih hidup sepeninggalku nanti,ia akan melihat perbezaan prinsip yang banyak sekali, untuk itu wajib bagi kalian mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa Arasyidin yang mendapat petunjuk, peganglah erat-erat dan gigitlah dengan gigi geraham dan jauhilah perkara baru dalam agama, kerana setiap perkara baru dalam agama itu bid’ah dan setiap bidah itu sesat.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi). Inilah prinsip persatuan umat yang harus dijadikan sebagai pegangan.

Oleh itu hendak kita dan umat islam keseluruhan mengoreksi diri kembali. Bentengilah diri dengan benteng yang menjamin keselamatan di dunia dan akhirat. Jauhilah dan banteraslah segala bentuk ajaran yang membawa kepada kesesatan.Kembalilah merujuk kepada Al-Quran dan As-sunnah dengan pemahaman yang sebenar dengan merujuk kepada para ulama yang berpegang teguh dengan prinsip yang dinyatakan tadi. Kita berdoa pada Allah ta'ala agar diberikan petunjuk dan hidayah agar dapat kita kembali kepada -Nya dengan berada pada jalan yang diredhai-Nya.

wallahua'lam

Tuesday, August 02, 2005

CONVEST '05 CONVEST '05 CONVEST '05


Majlis konvokesyen akan bermula tidak lama lagi. Maka sudah pastilah universiti ini akan melahirkan graduan-graduan pelbagai bidang yang akan memulakan corak penghidupan yang baru. Kepada graduan-graduan tersebut diucapkan tahniah dan semoga berjaya meletakkan diri pada tempat yang akan memberi manfaat kepada agama,bangsa dan negara.

Kepada pihak pengurusan Pesta Konvokesyen @ convest '05 diharapkan semoga berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan dan sekaligus dapat mencorakkan convest'05 ini dengan sebaiknya. Konsep amar ma'ruf nahi munkar harus dipertahankan. Pergaulan yang terlampau bebas antara berlainanan jantina semasa pesta berlangsung harus dicegah sebaiknya. Sesuai dengan konsep yang diperjuangkan. Semoga berjaya.insyaAllah

Monday, August 01, 2005

Pilihan Raya Kampus: Antara Nilai Dan Kuasa

Pilihanraya kampus satu fenomena untuk mahsiswa-mahasiswi

Mohd Nor Zaiman Mansor

Pilihanraya kampus adalah satu fenomena penting bagi mahasiswa-mahasiswi yang bergerak aktif di setiap kampus. Kepentingannya akan dimanfaatkan oleh mereka yang berkepentingan di dalam menegakkan idealisma perjuangan masing-masing. Sudah tidak dapat dinafikan lagi keterlibatan mahasiswa-mahasiswi di dalam pilihanraya ini adalah mereka yang terdidik dengan idealisma yang mempunyai agenda tersendiri.

Kepelbagaian fikrah yang pastinya akan membahagi-bahagikan kelompok dikalangan mahasiswa-mahasiswi ini berdasarkan hala tuju perjuangan masing-masing. Namun ia tidak menghalang matlamat mereka yang satu yaitu memenangi pilihan raya tersebut. Bagi mereka yang sudah berpengalaman dengan pilihan raya kampus ini sudah pastilah dapat melihat akan senario krisis pertembungan antara nilai dan kuasa.Kadangkala di dalam keghairahan untuk memenangi pilihanraya terpaksa mengorbankan nilai prinsip idealisma perjuangan.Kadangkala juga dek kerana melihat kekuasaan suatu kepentingan yang utama pentarbiyahan nilai dakwah juga terpaksa dikorbankan.Matlamat untuk memenangi pilihan raya juga kadang kala bercampur dengn yang hak dan bathil.

Seharusnya mahasiswa-mahasiswi mestilah mengambil langkah yang berhati-hati di dalam mempertahankan prinsip perjuangan. Apatah lagi apabila perjuangan itu didasari oleh dakwah islamiyyah yang tulen.Di dalam keterlibatan dalam pilihanraya kampus ini nilai prinsip dan kekuasaan haruslah dilihat sebagai rangkaian yang selari yang juga didasari oleh dakwah islamiyyah yang kuat. Mestilah juga berkonsepkan amar-ma'ruf nahi munkar yang sudah pastilah sentiasa istiqomah. Janganlah menjadikan pilihan raya ini sebagai pentas untuk menunjukkan kekuasaan yang didasari oleh keangkuhan dan kesombingan yang tidak ada nilainya.

wallahua'lam