Tuesday, January 30, 2007
mencari waktu
Posted by Iman Albesuty at 5:42 PM 0 comments
Wednesday, November 29, 2006
Bila Masa Al-Arqam Mati?
Setahu saya walaupun Al-Arqam telah difatwakan sesat pada 1994 oleh majlis agama, serta penangkapan Ketuanya Ustaz Ashaari Muhammad dibawa akta ISA serta dibuang negeri ke labuan pergerakan masih digerakkan oleh pengikut setia Ustaz Ashaari.
Bagi yang tidak cuba mengetahui mungkin menganggap bahawa pergerakan itu telah mati akibat pengharamannya, namun bagi yang memerhati pasti mengetahui bahawa pergerakan itu masih bergerak oleh pengikut setia pergerakan tersebut walaupun telah difatwakan sesat. Kalau tidak mengapa baru sekarang pihak jabatan agama baru mengetahui bahawa syarikat Rufaqa' coorperation itu milik Al-Arqam? sedangkan sudah lama syarikat itu beroperasi sehingga boleh tertubuhnya bandar rufaqa di rawang selangor.
Banyak produk-produk yang dihasilkan telah bertebaran diseluruh negara sehingga ke IPT sekalipun. Dan ada juga pelajar-pelajar di IPT menjadi pengikut setia pergerakan tersebut. Pengalaman saya juga pernah beberapa kali melawat ke bandar rufaqa' dan mempunyai beberapa orang teman yang menjadi pengikut Al-Arqam serta melihat sendiri perjalanan urusan pergerakan tersebut di sana dengan menghadiri beberapa program yang di anjurkan. Bahkan kumpulan nasyid yang ditubuhkan oleh Al-Arqam sendiri telah mendapat sambutan oleh orang ramai.
Kalau pihak jabatan agama benar-benar melakukan kerja untuk membanteras penyelewengan akidah umat islam pasti mereka dapat mengetahui bahawa Al-Arqam masih terus digerakkan oleh pengikut taksub Ustaz Ashaari Muhammad walaupun telah difatwakan sesat sejak 1994. Tepuk dada tanya iman wahai Jabatan Agama.
Posted by Iman Albesuty at 11:34 AM 4 comments
Monday, November 20, 2006
Cari si Pencarian
Al Imam Ahmad menyatakan : "Manusia sangat memerlukan ilmu dari sekadar menyantap makanan dan minuman, kerana makanan dan minuman diperlukan oleh manusia sekali atau dua kali dalam sehari. Sedangkan ilmu diperlukan setiap saat." (Thobaqot Al Hanabilah 1/147)
Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam bersabda : "Barangsiapa yang mempelajari ilmu dari apa-apa yang dia cari dengannya wajah Allah Azza wa Jalla. Tidaklah dia belajar kecuali untuk memperoleh bahagian dari dunia, maka dia tidak akan mencium wangi syurga pada hari kiamat." (HR Ibnu Majah, Al Muqadimah 1/252 dan Ahmad, AlMusnad2/338)
Sesungguhnya diantara sifat-sifat penuntut ilmu yang diajarkan oleh rasulullah Shallallahu' alaihi wasallam adalah ikhlas dalam menuntut ilmu. Sebab dengan keikhlasan ini akan menghantarkan seseorang kepada tingkatan hamba yang sangat perlu kepada ilmu dan membentenginya dari riya' (ingin dipuji oleh orang lain) dan sebagainya.
Sesungguhnya orang yang tidak berilmu tidak mengetahui hakikat keimanan dan ketaqwaan. Dan tidak mengetahui pula jalan untuk menuju keselamatan berdasarkan ilmu dan keyakinan yang mantap. Tentu saja hal ini semakin membuka peluang bagi syaitan untuk menggiring orang tersebut kepada kemaksiatan dan kesesatan. Tatkala kebodohan telah bermerajalela, maka akan meningkat pula kemaksiatan, kriminasi, cinta kepada dunia yang malampau dan takut kepada kematian.
"Dan mereka yang berjihad pada (jalan) Kami pasti Kami berikan petunjuk kepada mereka tentang jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat baik."(Surah Al-`Ankabut: Ayah 69)
wallahua'lam
Posted by Iman Albesuty at 9:44 PM 1 comments
Saturday, November 18, 2006
Gemparkan Tindakan
Perbahasan dan penangguhan perhimpunan agung UMNO selesai semalam. Apa yang tertarik di dalam perhimpunan tersebut ahli-ahli dan pemimpin mereka bertekad untuk mempertahankan Islam dan menolak sebarang unsur-unsur yang boleh menganggu gugat kedudukan islam.
Daripada pucuk pimpinan, sayap pemuda dan wanita, sayap puteri juga tidak ketinggalan untuk mempertahankan kesucian islam. Cara bagaimana untuk mempertahankan wallahua'lam. Dewan perhimpunan tersebut bergema dengan ucapan untuk mempertahankan Islam daripada kumpulan-kumpulan yang merendah-rendahkan.
Namun seperti diketahui umum, kegemparan ini seringkali hanya berlaku di dewan perhimpunan tersebut. Tindakan yang sepatutnya diambil belum diketahui akan berlaku seperti yang diucapkan. Kalau tidak, tidaklah isu-isu agama berlarutan sampai sekarang. Belum diketahui apa-apa jaminan untuk diambil tindakan.
Namun kita berdoa dan berharap, apa yang telah diucapkan oleh pemimpin-pimimpin dan ahli UMNO akan bertindak seperti mana yang diucapkan dengan penuh berapi sepanjang perhimpunan agung mereka. Agar tidak tergolong dalam golongan yang hanya pandai bercakap tetapi tindakannya kosong.
Posted by Iman Albesuty at 2:57 PM 0 comments
Wednesday, November 15, 2006
Rangkuman
Tahniah di atas perlantikan Dr Asri Zainul Abidin sebagai mufti perlis yang berkuatkuasa 1 November lalu. Semestinya perlantikan beliau akan meggamitkan pelbagai reaksi oleh pelbagai pihak kerana kelantangan beliau membela sunnah Nabi sallahua'laihiwassalam dari sebarang unsur kesalahfahaman orang ramai.
Diharap beliau dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dengan mempertahankan kesucian Islam dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dan membanteras pelbagai gejala perosak seperti maksiat dan hiburan melampau yang semakin menular di negara ini.
Boleh Diharapkah UMNO untuk membela Agama dan Umat?
Perhimpunan Agung UMNO kembali untuk tahun ini. Sudah pasti menarik pelbagai pihak untuk mengikuti perkembangan yang semakin serabut di dalam parti UMNO. Sepertimana yang sedia maklum. Suara-suara kelantangan pemuda, wanita mahupun puteri sudah kedengaran dengan pelbagai isu yang dikupas.
Namun tidak dapat tidak, kita dapat perhatikan medan perhimpunan ini tidak lebih daripada medan untuk memuja dan memuji para pemimpin yang kononnya bersih dari sebarang dosa kecil mahupun besar. Sudah pasti ketiga-tiga sayap UMNO ini tidak berani untuk menegur pemimpin mereka walaupun sudah terang-terangan wujudnya kecelaruan diperingkat pemimpin mereka.
Agenda Melayu pasti dijangka hebat untuk diperbahaskan. Namun yang pasti isu yang paling mendapat perhatian besar adalah isu ekonomi semata-mata. Isu bagaimana untuk memperkayakan orang melayu walaupun yang kaya hanya pemimpin-pemimpin mereka. Isu pembelaan agama, masalah umat islam melayu, kedudukan islam dalam perlembagaan mungkin disentuh tetapi hanya sisipan sahaja untuk menyedapkan hati orang melayu, namun sudah pasti tidak diberikan fokus walha isu ini amat mengancam kedudukan orang islam/melayu.
Datuk Azhar Mansur belum umum status agamanya
Berkenaan isu pembaptisan orang islam ke dalam agama kristian masih hangat. Akhbar hari ini mengatakan Datuk Azhar Mansur telah membuat laporan ke balai polis kerana namanya dikaitkan dalam isu ini. Tetapi semenjak isu ini hangat diperkatakan beliau tidak pernah mengatakan tentang status agamanya. Kalau benar-benar beliau tidak terlibat di dalam program pembaptisan tersebut kenapa beliau tidak menafikan yang beliau telah murtad? itu yang menghairankan.
Namun isu ini bukanlah isu baru, sudah lama mufti perak mengumumkan sudah ramai orang islam di negara ini telah murtad. Namun setakat hari ini masih belum diadakan siasatan rapi untuk membendung masalah ini. Diharapkan isu pembaptisan ini adalah isu khabar angin semata-mata, namun kalau sebaliknya hendak umat islam di negara sedar dan bertanggungjawab untuk membendung masalah tersebut.
Posted by Iman Albesuty at 10:54 AM 2 comments
Monday, November 13, 2006
Kurang waktu!
Semalam sempat saya membaca majalah I (keluaran november). Majalah I merupakan majalah yang mula mendapat perhatian kerana pelbagai isu ilmiah yang dibentangkan. Salah satunya terdapat tulisan oleh Dr Asri Zainul Abidin. Tulisan beliau banyak mencetuskan kontroversi bagi mereka yang berada di dalam bidang agama terutama mereka yang tidak sehaluan dengan pemikiran beliau. Namun bagi saya kita perlu lihat setiap ilmu dan rujukan yang diberikan oleh beliau sama ada bertepatan dengan Al-Quran dan Al-hadis serta membuat penilaian yang waras.
Bulan ini beliau mencoretkan berkaitan kesan negatif terhadap taksub mazhab. Antara hujah beliau mengatakan antara kesan negatif ialah akan menyebabkan umat islam berfikiran sempit dan jumud apabila taksub terhadap satu-satu mazhab. Bagi saya ini ada satu kebenarannya dan inilah yang sedang berlaku terhadap masyarakat kita. Masyarakat kita susah untuk menerima sesuatu hukum apabila bertentangan dengan mazhab yang dipegang walaupun hujah yang dikemukakan adalah berdasarkan nas yang soheh. Dan pelbagai lagi hujah yang dikemukan oleh Dr Asri, maka boleh dapatkan majalah I keluaran November.
Berkaitan isu pembaptisan orang Islam yang berlaku di Ipoh baru-baru ini, banyak mendapat perhatian orang ramai. Walaupun berita tersebut belum diketahui kesohehannya, namun kita perlu memberi perhatian terutama pihak berkuasa dan kerajaan. Isu ini tidak akan berhenti dengan cakap-cakap orang ramai tanpa ada tindakan oleh pihak berkuasa. Pihak kerajaan mahupun pemimpin setempat harus memberi keterangan kepada orang ramai tentang isu yang melanda umat islam di Malaysia ini.
Posted by Iman Albesuty at 10:50 AM 0 comments
Tuesday, November 07, 2006
Jangan Remehkan Perkara Dalam Agama (3)
" Hai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi mu" (albaqarah:208)
Menafsirkan ayat di atas, ibnu Abbas berkata:" As-Silmi itu adalah Islam, sedangkan Kaafah maknaya adalah keseluruhan ". Berkata Mujahid:" Amalkanlah seluruh amalan dan seluruh kebaikan". Juga berkata Ibnu Kathir: " Allah memerintahkan kepada hamba-hambaNya yang beriman dan yang membenarkan Rasulullah Sallauhu 'alaihi Wassalam agar mengambil seluruh syariat-syariat Islam. mengamalkan seluruh perintah-perintahNy a dan meninggalkan seluruh yang dilarangNya" .
Demikianlah para ulama menafsirkan ayat di atas. yakni ambillah dari syariat islam ini secara keseluruhan. Jangan memilih-milih atau mengambil sebahagian dan meremehkan sebahagian lainnya.Kita wajib mengambilnya secara keseluruhan sebagai agama Allah yang mulia dan kita wajib menghormatinya.
wallahua'lam
Posted by Iman Albesuty at 9:52 PM 0 comments
Monday, November 06, 2006
Jangan Remehkan Perkara Dalam Islam (2)
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata ketika membicarakan pembahagian agama menjadi usul dan furu': " Semua pembahagian yang tidak dapat dibuktikan dengan Al-Quran dan As-Sunnah serta prinsip-prinsip syariat. Hal itu adalah pembahagian yang batil dan harus dibuang. Kerana pembahgian seperti ini adalah salah satu dari dasar-dasar kesesatan umat ". (Mukhtasar ash-Shawaiqul Mursalah, 2/415).
3. Tidak ada definisi yang disepakati oleh mereka sendiri, manakah yang dimaksudkan usul dan mana yang furu'. Seperti yang dikatakan oleh Ibnu Taimiyah di atas, pembahagian ini sangat kontradiktif. Ketika kita tanyakan kepada mereka apakah yang dianggap sebagai usul ternyata mereka sendiri berselisih pendapat. Sebahagian mereka menganggap masalah keyakinan (aqidah) sebagai usul dan masalah amaliyyah (ibadah) sebagai furu'. Kalau demikian apakah mereka menganggap bahawa solat sebagai masalah furu'? padahal seluruh umat islam mengerti bahawa solat adalah merupakan salah satu prinsip pokok ajaran islam.
Sebahagian yang lain mengatakan bahawa yang merupakan usul adalah perkara-perkara yang meyakinkan (mutawatir) sedangkan yang tidak mutawatir dianggap sebagai perkara furu' yang meragukan. Ini pun terbantah kerana masalah keyakinan itu berkaitan dengan ilmu, sehingga berbeza-beza pada setiap orang. Bagi para ulama yang mengerti ilmu hadis, mereka sangat yakin terhadap seluruh hadis sahih, apakah ia mutawatir atau tidak?
Sebahagian yang lain mengatakan bahawa perkara usul adalah perkara-perkara yang wajib. Sedangkan perkara-perkara yang tidak wajib dianggap furu'. Kalau begitu apakah boleh kita meremehkan perkara yang tidak wajib?
Sebahagian lagi mengatakan bahawa yang merupakan perkara usul adalah masalah yang disepakati oleh para ulama. Sedangkan masalah furu' adalah masalah yang diperselisihkan oleh para ulama. Bahkan sebahagian lainnya menyatakan bahawa masalah merupakan pokok agama ini adalah berjuang mencapai kekuasaan melalui sistem demokrasi sehingga mengorbankan prinsip akidah, ibadah dan akhlaq tanpa cuba untuk mengimbanginya.
Akhirnya setiap aliran yang ingin meremehkan suatu masalah akan mengatakan masalah itu adalah maslah furu' semata-mata.
bersambung...
Posted by Iman Albesuty at 9:34 AM 0 comments
Sunday, November 05, 2006
Jangan Remehkan Perkara Dalam Islam!
Para ulama membantah syubhat mereka ini dari beberapa sisi:
1. Jika pembahagian tersebut bertujuan hanya untuk mementingkan yang usul dan meremehkan yang furu', maka ini adalah pembahagian yang batil. Kita katakan kepada mereka: " tidak ada dalam agama ini perkara yang remeh" seperti dikatakan oleh Imam Malik. Pada suatu saat Imam Malik pernah ditanya dengan suatu pertanyaan, kemudian beliau menjawab: " saya tidak tahu ". Mendengar jawapan ini si bertanya terheran-heran dan berkata: " sesungguhnya ini adalah masalah yang simpel, dan aku bertanya tentang hal ini semata-mata kerana ingin memberitahu kepada si Amir (penguasa) ". Melihat hal ini, Imam Malik marah lalu berkata: " Kau katakan ini masalah simpel dan remeh? tidak ada dalam agama ini perkara yang remeh! Tidakkah kau mendengar ucapan Allah ta'ala " Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (Al-Muzammil: 5)
Oleh kerana itu seluruh ilmu agama ini semuanya berat, khususnya kerana akan dipertanyakan pada hari kiamat ( Tartibul Madariq, Qadli 'lyadl 1/184; Lihat Dlarurarul Ihtimam bis Sunnatin Nabawiyyah, hal. 118)
Perhatikanlah ucapan Imam Malik di atas, bahawasanya perkara agama ini semuanya penting dan berat kerana akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. Ucapan itu cukup sebagai membantah terhadap syubhat yang membahagi-bahagikan agama ini menjadi Qusyur wa Lubab (kulit dan inti), kemudian mereka meremehkan perkara yang mereka anggap qusyur. Demikian pula sebahagian yang lain yang membahagi agama inimenjadi Usul wal Furu' (pokok dan cabang) yang memnganggap remeh masalah furu' dengan kalimat yang banyak diucapkan seperti: " Inikan masalah furu', kenapa perlu diajarkan? " atau kalimat: " Janganlah kalian sibukkan dengan masalah furu " dan lain-lain.
Ahlu bid'ah selalu sinis terhadap ahlu sunnah yang sentiasa mengkaji, mempelajari, menulis masalah-msalah fiqh seperti gerakan-gerakan solat atau masalah-masalah fiqh lainnya dan mencemohkan mereka dengan kalimat-kalimat di atas.
bersambung........
Posted by Iman Albesuty at 10:51 AM 0 comments
Thursday, November 02, 2006
Perjuangan Menggamit Memori!
Baru semalam sempat juga menghadiri perbincangan program ihtifal Taski ABIM daerah Besut dan beberapa program IOA. Walaupun dalam keaadan mengejar masa, dapat juga menikmati kemesraan dikalangan sahabat jemaah melalui program usrah yang paling luar biasa sifatnya. Pelbagai topik perbincangan yang secara spontan dibicarakan, dari isu negara sampailah ke peringkat antarabangsa. Cukup terhibur maklumlah ramai antara mereka sudah berbelas tahun bersama ABIM.Di dalam kesibukan ini juga, dapat menjengah perkembangan sahabat-sahabat di UIA dulu melalui blog-blog mereka. Namun ramai yang sudah tidak terhubung. Apa khabarkah mereka? adakah masih berada dalam arus perjuangan? wallahua'lam. Namun yang pasti masih terdapat sahabat-sahabat yang tidak meminggirkan diri dari perjuangan walaupun dalam kekangan untuk memulakan kerjaya masing-masing. Dan pasti yang ada sedang membina keluarga yang bahagia.
Tiba-tiba tergamit memori bersama-sama dahulu. Di dalam menongkah permulaan mengenal erti perjuangan. Mencari kepastian hala tuju perjuangan yang perlu dibawa. Mengharungi arus onak, mehnah mahupun tribulasi. Semangat, kecewa, putus asa, bangkit dan sebagainya sudah menjadi kata-kata azimat. Perjuangan yang tidak mengenal erti undur dan berpatah aral, terus melangkah hingga ke titisan yang terakhir yang belum tahu di mana penghujungya. Memori yang sukar dilupakan bahkan menjadi panduan di masa yang akan datang. Didoakan agar terus berkekalan kepada sahabat-sahabat sekalian.
Posted by Iman Albesuty at 3:46 PM 0 comments
Wednesday, November 01, 2006
Kebenaran itu kucari!
Sudah dapat kuduga, perjuangan ini banyak dugaannya. Apatah lagi ditempat sendiri. Penuh dengan onak dan duri. Apatah lagi seolah rasa terasing diri. Namun akan ku terus menyesuaikan diri. Perjuangan yang Haq harus dibentengi dengan keberanian. Keberanian yang sudah sekian lama sebati di dalam diri. Namun masih perlu digilapi, agar dapat terus dijuangi.
Biarlah ada manusia tidak menyukai perjuangan ini, bahkan terasa iri hati. Kerana sedikit bertentang adat dan nafsu diri. Namun kebenaran akan terserlah kembali, mengatasi kekeliruan di hati. Akan kembali suatu hari nanti. Perjuangan yang tulus, suci dan murni berpaksikan dua wasiat Nabi. Sudah pasti Al-Quran dan As-Sunnah yang suci. Kepada Allah ku bergantung diri. Walllaua'lam
Posted by Iman Albesuty at 2:19 PM 1 comments
Monday, October 30, 2006
Perjalanan yang jauh..!
Semangat perjuangan menegakkan yang haq/benar makin berkobar-kobar di ruang kegelisahan hati. Gelisah memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik. Gelisah juga memikirkan apakah alternatif terbaik agar dapat diterjemahkan sebaik mungkin. Gelisah makin menjadi melihat konflik yang pelbagai bentuk. Apatah lagi dalam ruang lingkup yang kecil.Namun apa jua bentuknya, harus wujud perasaan yang utuh. Pada siapakah lagi kalau tidak disandarkan perjuangan ini pada yang haq? pada siapakah lagi harus diberi seluas-luasnya ruang kalau tidak pada yang benar.
Akan ku selongkar seluas-luasnya sebening lautan ilmu. Akan ku geledah selautan arus perjuangan. Akan ku curahkan setimpal mana yang mungkin. Agar setiap kegelapan yang kabus menutupi akan ditiup oleh titipan kecerahan mewarnai kehidupan yang maknawi. Perjalanan masih jauh harus disedari, agar tidak dibuai oleh makna duniawi. Perjuangan harus disedari dengan penuh makna, agar tidak terkalut oleh kekacauan yang penuh kekeliruan. Agar yang benar menutupi kekaburan yang tidak berfungsi.
Pada Allah ta'ala kusandar kebergantungan ini. Pada pesuruh-Nya kusandar bimbingan Ilahi. Dua penunjuk yang jangan dilupai. Perjuangan harus disandar pada Dua petunjuk ini. Membawa berkat bimbingan Ilahi. Agar tidak terpesong diri.Apatah lagi terpesong perjuangan ini. Agar hilang kekeliruan dihati.
Posted by Iman Albesuty at 11:18 AM 0 comments
Saturday, October 28, 2006
Salam......!
Assalamua'laikum dan salam sejahtera, rasanya blum terlewat nak ucapkan salam eidulfitri kepada semua mereka yang pernah membuka blog ini. sekiranya terhadap sebarang bentuk kesalahan di pohon kemaafan selama saya membuka blog ini. Dan semoga berbahagia disamping keluarga dan sanak saudara yang tercinta. wallahualamPosted by Iman Albesuty at 11:56 AM 0 comments
Wednesday, October 18, 2006
Zakat Fitrah Jangan Dilupai!
Dari Ibnu Abbas radiyallahu 'anhuma, ia berkata:
Zakat fitrah hukumnya wajib. Ini merupakan pendapat jumhur ulama, di antara mereka adalah Abul Aliyah, Atha’ dan Ibnu Sirin, sebagaimana disebutkan Al-Imam Al-Bukhari. Bahkan Ibnul Mundzir telah menukil ijma’ atas wajibnya fitrah, walaupun tidak benar jika dikatakan ijma’. Namun, ini cukup menunjukkan bahwa majoriti para ulama berpandangan wajibnya zakat fitrah.
Dasar mereka adalah hadits Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam:
Posted by Iman Albesuty at 11:58 AM 0 comments
Saturday, October 14, 2006
Bilakah Qadar......?
Diriwayatkan dari Nabi Salallahu 'alaihi wasallam bahawa malam tersebut terjadi pada malam tanggal 21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang ada dalam masalah ini berbeza-beza, Imam Al-Iraqi telah mengarang satu risalah khusus diberi judul Syarh Shadr bidzkri Lailatul Qadar, membawakan perkatan para ulama dalam masalah ini, lihatlah).
Imam Syafi’I berkata : “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau : “Apakah kami mencarinya di malam hari?”, beliau menjawab : “Carilah di malam tersebut.”. (Sebagaimana dinukil al Baghawi dalam Syarhus Sunnah (6/388).
Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadr itu pada malam terakhir bulan Ramadhan, berdasarkan hadits ‘Aisyah Radiyallahu ‘anha, dia berkata : Rasulullah Salallahu 'alaihi wasallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda : (yang ertinya) “Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”. (HR Bukhari 4/255 dan Muslim 1169)
Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, kerana riwayat Ibnu Umar (dia berkata) Rasulullah Salallahu 'alaihi wassalam bersabda (yang ertinya) : “Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya.” (HR Bukari 4/221 dan Muslim 1165).
Telah diketahui dalam sunnah, pemberitahuan ini ada kerana perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit Radiyallahu ‘anhu, ia berkata Rasulullah Salallahu 'alaihi wassalam keluar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda : “Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Laitul Qadar, tetapi fulan dan fulan (dua orang) berdebat hingga diangkat tidak boleh lagi diketahui bila lailatul qadar terjadi), semoga ini lebih baik bagi kalian, maka carilah pada malam 29,27,25 (dan dalam riwayat lain : tujuh, sembilan, lima). (HR Bukhari 4/232).
Posted by Iman Albesuty at 1:30 PM 0 comments
Thursday, October 12, 2006
Pernah Didengari......!
"Awal bulan Ramadhan merupakan rahmat, sedang pertengahannya merupakan magfhiroh ampunan, dan akhirnya merupakan pembebasan dari api neraka".
(Riwayat : Ibnu Abi Dunya, Ibnu Asakir, Dailami dll. dari jalan Abu Hurairah).
"Dari Salman Al-Farisi, ia berkata : Rasulullah SAW. Pernah berkhutbah kepada kami di hari terakhir bulan Sya'ban. Beliau bersabda : "Wahai manusia ! Sesungguhnya akan menaungi kamu satu bulan yang agung penuh berkah, bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah telah jadikan puasanya sebagai suatu kewajipan dan solat malamnya sunat, barang siapa yang beribadat di bulan itu dengan satu cabang kebaikan, adalah dia seperti orang yang menunaikan kewajiban di bulan lainnya, dan barangsiapa yang menunaikan kewajiban di bulan itu adalah dia seperti orang yang menunaikan tujuh puluh kewajiban di bulan lainnya, dia itulah bulan sabar, sedangkan kesabaran itu ganjarannya syurga.... dan dia bulan yang awalnya rahmat, dan tengahnya magfiroh (ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka..." (Riwayat : Ibnu Khuzaimah No. hadits 1887 dll).
Darjat hadits pertama : DHOIFUN JIDDAN (sangat lemah).
Periksalah kitab : Dho'if Jamius Shogir wa Ziyadatihi no. 2134, Faidhul Qodir No. 2815.
Darjat hadits kedua: Sanad Hadits ini DHOIF.
Kerana ada seorang rawi bernama : Ali bin Zaid bin Jud'an. Dia ini rawi yang lemah sebagaimana diterangkan oleh Imam Ahmad, Yahya, Bukhari, Daruqhutni, Abi Hatim, dll. Dan Imam Ibnu Khuzaimah sendiri berkata : Aku tidak berhujah dengannya kerana teruk hafalannya, Imam Abu Hatim mengatakan : Hadits ini Munkar !!
Periksalah kitab : Silsilah Ahaadits Dhoif wal Maudhuah No. 871, At-Targhib wat Tarhieb jilid 2 halaman 94, Mizanul I'tidal jilid 3 halaman 127.
Posted by Iman Albesuty at 12:00 PM 0 comments
Sunday, October 08, 2006
Masih bertebaran!
Umat islam mudah lagi diulit dengan ganjaran2 yang melampau termasuk melebihi pahala yang diperolehi oleh seorang Nabi termasuklah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasslam tanpa menyemak kedudukan hadis2 tersebut. Walaupun terdapat riwayat yang soheh mengenai kelebihan yang akan diperolehi oleh mereka yang beramal ibadah di bulan puasa tetapi hadis2 palsu tersebut masih lagi disebarluaskan.
Untuk mengetahui maklumat selanjutnya anda semua bolehlah klik pada ruangan artikel tarbiyyah (hadis palsu kelebihan terawih) di dalam blog ini dan baca dengan teliti. Semoga perolehi keberkatan dan rahmat dari Allah Azza Wa jalla. wallahua'lam
Posted by Iman Albesuty at 10:59 AM 0 comments
Thursday, October 05, 2006
SAHUR.........
1. HikmahnyaAllah mewajibkan puasa kepada kita sebagaimana telah mewajibkannya kepada orang-orang sebelum kita dari kalangan Ahlul Kitab, Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (QS Al Baqarah: 183).Waktu dan hukum yang diwajibkan atas Ahlul Kitab adalah tidak boleh makan, minum, dan jima' setelah tidur, ertinya jika tertidur, maka tidak boleh makan sampai malam berikutnya.
Hal itu ditetapkan juga untuk kaum muslimin, sebagaimana telah dijelaskan. Maka ketika hukum tersebut dihapuskan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan umatnya makan sahur untuk membezakannya dengan puasa Ahlul Kitab.
Dari 'Amr bin 'Ash radhiyallahu 'anhu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Pembeza antara puasa kita dengan puasanya Ahlul Kitab adalah makan sahur." (HR Muslim 1096).
Dari Salman radhiyallahu 'anhu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Barakah ada pada tiga perkara: Jama'ah, Tsarid, dan makan sahur." (HR Thabrani, Abu Nu'aim).Dari Abdullah bin Al Harits dari seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam: Aku masuk menemui Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam ketika dia makan sahur, beliau berkata, "Sesungguhnya makan sahur adalah berkah yang Allah berikan pada kalian maka janganlah kalian tinggalkan." (HR An Nasaa`i dan Ahmad).
Posted by Iman Albesuty at 12:01 PM 0 comments
Thursday, September 28, 2006
Ramadhan
Ramadhan adalah bulan kebaikan dan barakah. Allah memberkahinya dengan pelbagai keutamaan dan kelebihan kepada umatnya.Allah juga menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk, ubat bagi kaum mukminin dan membimbing kepada jalan yang lurus.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah menjelaskan dalam hadis yang shahih bahawa puasa adalah benteng dari syahwat, perisai dari neraka. Puasa boleh menahan jiwa daripada syahwat dan membentengkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah. Walaupun sebahagian ahli ilmi memahami bahawa hadis-hadis tersebut merupakan penjelasan terhadap keutamaan puasa terhadap jihad dan berperang di jalan Allah, namun zahir hadis ini mencakupi semua puasa jika dilakukan dengan ikhlas.
Rasulullah sallahu a'laihi wassalam bersabda " Wahai pemuda barangsiapa di antara kamu telah mampu ba'ah hendaklah berkahwin, kerana berkahwin itu lebih menundukkan pandangan, dan lebih menjaga kehormatan. Barangsiapa yang belum mampu berkahwin, hendaklah puasa kerana puasa itu merupakan wijaa' (pemutus syahwat) baginya" [Hadits Riwayat Bukhari 4/106 dan Muslim no. 1400 dari Ibnu Mas'ud]
Rasulullah menyuruh mereka yang sudah kuat syahwatnya agar berpuasa untuk membenteng dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah seandainya mereka belum mampu untuk berkahwin. Suruhan ini adalah untuk wijaa' atau pemutus syahwat kerana puasa dapat menahan anggota badan hingga dapat mengawalnya.
Rasulullah sallahu a'laihi wassalam juga pernah menjelaskan bahawa puasa itu perisai dari neraka. Ia boleh menahan diri dari pelbagai pintu keburukan yang boleh mendekatkan diri kepada neraka. Rasulullah sallahu a'laihi wassalam bersabda bahawa" Puasa adalah perisai (pelindung), seorang hamba berperisai (berlindung) dengannya dari api neraka" [Hadits Riwayat Ahmad 3/241, 3/296 dari Jabir, Ahmad 4/22 dan Utsman bin Abil 'Ash.
Sesungguhnya ia telah jelas menunjukkan bahawa puasa itu boleh memberi perlindungan kepada orang yang berpuasa untuk menahan diri daripada ke arah keburukan. Ini kerana ia boleh memutuskan syahwat, menghancurkan kuatnya syahwat daripada mendekatkan diri ke neraka serta mampu menjadi perisai bagi mereka yang berpuasa.
Terdapat banyaknya kelebihan dan keutamaan yang di berikan oleh Allah kepada umatnya dengan mensyaria'tkan puasa. Sesungguhnya tidaklah Allah mensyaria'tkan kepada umatnya sesuatu perkara seandainya tidak ada faedah dan manfaat.Maka seharusnya kita merebut peluang ini dengan mengambil kelebihan sebagai satu benteng diri yang mampu mencapai syurga dan menjauhi neraka.
Posted by Iman Albesuty at 11:02 AM 1 comments
Tuesday, August 22, 2006
Kerajaan Harus Serius
Namun gesaan ini seharusnya dilakukan dengan serius oleh Perdana Menteri dan kerajaan.Tindakan undang-undang perlu diambil terhadap kelompok yang kuat untuk memansuhkan undang-undang perlembagaan tersebut dan cuba mengancam keselamatan negara dengan memainkan isu yang kononnya menuntut kebebasan beragama (terutama kpd umat islam di Malaysia). Kerajaan juga harus menangani isu murtad (100,000) yang sudah pun didedahkan oleh Mufti Perak Dato' Harussani baru-baru ini. Kerajaan juga harus mengeluarkan amaran yang keras terhadap NGO dan pertubuhan yang kononnya memperjuangkan hak asasi, kebebasan beragama, pluralisme dan liberalisme di dalam beragama.
Langkah ini seharusnya tidak terhenti setakat ini, pelbagai pihak terutama pihak kerajaan dan NGO mesti turun memberi penerangan kepada seluruh umat islam akan bahayanya pemikiran-pemikiran yang dibawa oleh kelompok 2 ini. Umat islam juga harus sedar akan situasi yang melanda umat islam di dalam negara ini. Forum-forum perdana yang banyak dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun media massa seharusnya memilih topik2 yang berkaitan isu ini untuk menyedarkan masyarakat bukan hanya dihidangkan dengan topik-topik yang sudah basi dan berulang-ulang.
Posted by Iman Albesuty at 10:02 PM 0 comments
