Sunday, September 16, 2007
Monday, July 02, 2007
Sunday, April 08, 2007
Apa Nak Jadi!
Apa nak jadi dengan mereka ini, sudahlah ilmu agama ditolak tepi, yang sekolah agama pun 2 x 5.Tak tahulah apa yang mereka2 ini belajar kat sekolah. Ibu Bapa pun tak ambil kisah, biarkan anak-anak mereka mendedahkan apa yang ada.MasyaAllah. Guru-guru agama pun sibuk dengan urusan politik, tak sempat nak jaga akhlak anak muda, yang bagus pun berapa orang sangat. Itu pun hanya mampu berdoa menunjukkan selemah-lemah iman.
Wallahua'lam
Posted by Iman Albesuty at 9:12 PM 1 comments
Friday, April 06, 2007
Posted by Iman Albesuty at 10:16 PM 0 comments
Wednesday, April 04, 2007
Pendirian al-Qaradhawi dalam beberapa Isu Umat Islam hari ini
Sebagai reaksinya terhadap sidang kemuncank Riyadh, al-Qaradhawi mengajukan risalah kepada pemimpin-pemimpin Arab yang mengambil bahagian di dalam persidangan tersebut supaya tidak mengambil sebarang langkah ke aras mengiktiraf hubungan dengan Israil, selama mana Israel tidak berundur dari bumi yang mereka takluk, dan mereka (israel) tidak menghalang dari terdirinya negara Palestin. al-Qaradhawi menjelaskan, terdapatnya sebahagian negara-negara Arab yang mahu mengiktiraf Israel, dan sebahagian yang lain tidak mahu menerimanya. Beliau menambah :
"kami tidak akan menerima pengiktirafan kepada Israel, melainkan setelah terdirinya negara Palestin yang sebenarnya, yang memiliki ruang udara sendiri dan batasan negaranya dan hak untuk mempertahankan diri. Hanya jika terlaksananya keadaan ini, barulah kami akan memikirkan pengiktirafan kepada Israel, itupun jika ada keperluan."
Ketika ditanya tentang pendiriannya terhadap keganasan bersenjata yang berlaku di Algeria dalam era 90an, al-Qaradhawi menegaskan bahawasanya dia berada atas pendirian yang sama, dan berkata : "Perkara pertama yang saya ingkari ialah penumpaham darah, dan saya telah menyeru kepada ikhwah yang masih berada di gunung-ganang untuk turun menyertai saudara-saudara mereka yang lain." al-Qaradhawi menegaskan juga, dia mengingkari dari berlakunya pembunuhan sesuatu bangsa sesama mereka, sambil menyebut : "Kita tidak berbunuhan melainkan kepada siapa yang memerangi kita, dan kita membuka tangan bertoleransi dan berbaik kepada sesiapa yang tidak memerangi kita disebabkan agama kita."
al-'Allamah al-Qaradhawi juga mengutuk kefahaman sebagian kumpulan terhadap al-Wasitiyah yang diserunya, yang menganggap ianya tasahul (bermudah-mudah) dalam agama, beliau menambah : "Bukanlah (seruan) al-Wasitiyah itu memudah-mudahkan agama, sebaliknya ia adalah tegas dalam perkara-perkara usul, dan wasitiyah (bersifat pertengahan) dalam perkara-perkara furu' (cabang)."
Dalam persoalan antara Ahl al-Sunnah dan Syiah al-Qaradhawi menyentuh isu perbezaan antara keduanya dan menegaskan bahawasanya : "Tidak mungkin untuk dihampirkan antara SUnnah dan SYiah, selama-mana, sebahagian mereka (Syiah) mencela para sahabat yang mulia, merekalah (sahabat) barisan awal yang mempertahankan Islam, merekalah yang menyampaikan dakwah dari Rasulullah saw, dan merekalah yang telah menyampaikan Sunnah Baginda saw."
Al-Qaradhawi juga memberi peringatan akan bahayanya penyebaran doktrin Syiah di sebahagian negara Ahl al-Sunnah, beliau menambah : “Negara Syiah dikekalkan sebagai negara Syiah dan negara Ahl al-Sunnah dikekalkan sebagai negara Ahlal-Sunnah.” Al-Qaradhawi memberi contoh beberapa negara Ahl al-Sunnah yang menjadi sasaran pengaruh Syiah seperti Algeria, Maghribi, Libya, Sudan dan Mesir sambil beliau memberi peringatan kepada imam-imam Syiah dari menyebarkan mazhab mereka pada perkara-perkara asas sunnah, sambil menambah : “Jika apa yang berlaku adalah sebaliknya, maka saya sama sekali tidak akan senyap, saya akan memenagkan Sunnah Rasulullah saw, dan kami akan menjelaskan perkara-perkara yang sebenarnya.” Al-Qaradhawi juga menegaskan, kerja-kerja meluaskan mazhab masing-masing akan membawa pergeseran di kalangan mazhab-mazhab Islam, sedangkan sasaran kita ialah kesatuan ummah.
“Maka jika yang kita kehendaki ialah kesatuan dan bukan perpecahan, kita hendaklah membina kesatuan itu dan jangan kita menghancurkannya, maka jangan suatu mazhab menyerang asas-asas mazhab yang lain.”
------------------
Posted by Iman Albesuty at 9:29 PM 0 comments
Tuesday, February 20, 2007
Cinta
Maka mereka termasuk orang-orang yang berhak mendapatkan wala’ dari kaum muslimin. Namun yang wajib diketahui, bahawa sikap wala’ yang akan mendapatkan redha Allah ? dan balasan di sisi-Nya, bukan wala’ (kecintaan) yang dilandasi dengan hawa nafsu, akan tetapi suatu kecintaan yang dilandasi Al Qur’an dan As Sunnah.
Posted by Iman Albesuty at 5:09 PM 0 comments
Tuesday, January 30, 2007
mencari waktu
Posted by Iman Albesuty at 5:42 PM 0 comments
Wednesday, November 29, 2006
Bila Masa Al-Arqam Mati?
Setahu saya walaupun Al-Arqam telah difatwakan sesat pada 1994 oleh majlis agama, serta penangkapan Ketuanya Ustaz Ashaari Muhammad dibawa akta ISA serta dibuang negeri ke labuan pergerakan masih digerakkan oleh pengikut setia Ustaz Ashaari.
Bagi yang tidak cuba mengetahui mungkin menganggap bahawa pergerakan itu telah mati akibat pengharamannya, namun bagi yang memerhati pasti mengetahui bahawa pergerakan itu masih bergerak oleh pengikut setia pergerakan tersebut walaupun telah difatwakan sesat. Kalau tidak mengapa baru sekarang pihak jabatan agama baru mengetahui bahawa syarikat Rufaqa' coorperation itu milik Al-Arqam? sedangkan sudah lama syarikat itu beroperasi sehingga boleh tertubuhnya bandar rufaqa di rawang selangor.
Banyak produk-produk yang dihasilkan telah bertebaran diseluruh negara sehingga ke IPT sekalipun. Dan ada juga pelajar-pelajar di IPT menjadi pengikut setia pergerakan tersebut. Pengalaman saya juga pernah beberapa kali melawat ke bandar rufaqa' dan mempunyai beberapa orang teman yang menjadi pengikut Al-Arqam serta melihat sendiri perjalanan urusan pergerakan tersebut di sana dengan menghadiri beberapa program yang di anjurkan. Bahkan kumpulan nasyid yang ditubuhkan oleh Al-Arqam sendiri telah mendapat sambutan oleh orang ramai.
Kalau pihak jabatan agama benar-benar melakukan kerja untuk membanteras penyelewengan akidah umat islam pasti mereka dapat mengetahui bahawa Al-Arqam masih terus digerakkan oleh pengikut taksub Ustaz Ashaari Muhammad walaupun telah difatwakan sesat sejak 1994. Tepuk dada tanya iman wahai Jabatan Agama.
Posted by Iman Albesuty at 11:34 AM 4 comments
Monday, November 20, 2006
Cari si Pencarian
Al Imam Ahmad menyatakan : "Manusia sangat memerlukan ilmu dari sekadar menyantap makanan dan minuman, kerana makanan dan minuman diperlukan oleh manusia sekali atau dua kali dalam sehari. Sedangkan ilmu diperlukan setiap saat." (Thobaqot Al Hanabilah 1/147)
Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam bersabda : "Barangsiapa yang mempelajari ilmu dari apa-apa yang dia cari dengannya wajah Allah Azza wa Jalla. Tidaklah dia belajar kecuali untuk memperoleh bahagian dari dunia, maka dia tidak akan mencium wangi syurga pada hari kiamat." (HR Ibnu Majah, Al Muqadimah 1/252 dan Ahmad, AlMusnad2/338)
Sesungguhnya diantara sifat-sifat penuntut ilmu yang diajarkan oleh rasulullah Shallallahu' alaihi wasallam adalah ikhlas dalam menuntut ilmu. Sebab dengan keikhlasan ini akan menghantarkan seseorang kepada tingkatan hamba yang sangat perlu kepada ilmu dan membentenginya dari riya' (ingin dipuji oleh orang lain) dan sebagainya.
Sesungguhnya orang yang tidak berilmu tidak mengetahui hakikat keimanan dan ketaqwaan. Dan tidak mengetahui pula jalan untuk menuju keselamatan berdasarkan ilmu dan keyakinan yang mantap. Tentu saja hal ini semakin membuka peluang bagi syaitan untuk menggiring orang tersebut kepada kemaksiatan dan kesesatan. Tatkala kebodohan telah bermerajalela, maka akan meningkat pula kemaksiatan, kriminasi, cinta kepada dunia yang malampau dan takut kepada kematian.
"Dan mereka yang berjihad pada (jalan) Kami pasti Kami berikan petunjuk kepada mereka tentang jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat baik."(Surah Al-`Ankabut: Ayah 69)
wallahua'lam
Posted by Iman Albesuty at 9:44 PM 1 comments
Saturday, November 18, 2006
Gemparkan Tindakan
Perbahasan dan penangguhan perhimpunan agung UMNO selesai semalam. Apa yang tertarik di dalam perhimpunan tersebut ahli-ahli dan pemimpin mereka bertekad untuk mempertahankan Islam dan menolak sebarang unsur-unsur yang boleh menganggu gugat kedudukan islam.
Daripada pucuk pimpinan, sayap pemuda dan wanita, sayap puteri juga tidak ketinggalan untuk mempertahankan kesucian islam. Cara bagaimana untuk mempertahankan wallahua'lam. Dewan perhimpunan tersebut bergema dengan ucapan untuk mempertahankan Islam daripada kumpulan-kumpulan yang merendah-rendahkan.
Namun seperti diketahui umum, kegemparan ini seringkali hanya berlaku di dewan perhimpunan tersebut. Tindakan yang sepatutnya diambil belum diketahui akan berlaku seperti yang diucapkan. Kalau tidak, tidaklah isu-isu agama berlarutan sampai sekarang. Belum diketahui apa-apa jaminan untuk diambil tindakan.
Namun kita berdoa dan berharap, apa yang telah diucapkan oleh pemimpin-pimimpin dan ahli UMNO akan bertindak seperti mana yang diucapkan dengan penuh berapi sepanjang perhimpunan agung mereka. Agar tidak tergolong dalam golongan yang hanya pandai bercakap tetapi tindakannya kosong.
Posted by Iman Albesuty at 2:57 PM 0 comments
Wednesday, November 15, 2006
Rangkuman
Tahniah di atas perlantikan Dr Asri Zainul Abidin sebagai mufti perlis yang berkuatkuasa 1 November lalu. Semestinya perlantikan beliau akan meggamitkan pelbagai reaksi oleh pelbagai pihak kerana kelantangan beliau membela sunnah Nabi sallahua'laihiwassalam dari sebarang unsur kesalahfahaman orang ramai.
Diharap beliau dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dengan mempertahankan kesucian Islam dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dan membanteras pelbagai gejala perosak seperti maksiat dan hiburan melampau yang semakin menular di negara ini.
Boleh Diharapkah UMNO untuk membela Agama dan Umat?
Perhimpunan Agung UMNO kembali untuk tahun ini. Sudah pasti menarik pelbagai pihak untuk mengikuti perkembangan yang semakin serabut di dalam parti UMNO. Sepertimana yang sedia maklum. Suara-suara kelantangan pemuda, wanita mahupun puteri sudah kedengaran dengan pelbagai isu yang dikupas.
Namun tidak dapat tidak, kita dapat perhatikan medan perhimpunan ini tidak lebih daripada medan untuk memuja dan memuji para pemimpin yang kononnya bersih dari sebarang dosa kecil mahupun besar. Sudah pasti ketiga-tiga sayap UMNO ini tidak berani untuk menegur pemimpin mereka walaupun sudah terang-terangan wujudnya kecelaruan diperingkat pemimpin mereka.
Agenda Melayu pasti dijangka hebat untuk diperbahaskan. Namun yang pasti isu yang paling mendapat perhatian besar adalah isu ekonomi semata-mata. Isu bagaimana untuk memperkayakan orang melayu walaupun yang kaya hanya pemimpin-pemimpin mereka. Isu pembelaan agama, masalah umat islam melayu, kedudukan islam dalam perlembagaan mungkin disentuh tetapi hanya sisipan sahaja untuk menyedapkan hati orang melayu, namun sudah pasti tidak diberikan fokus walha isu ini amat mengancam kedudukan orang islam/melayu.
Datuk Azhar Mansur belum umum status agamanya
Berkenaan isu pembaptisan orang islam ke dalam agama kristian masih hangat. Akhbar hari ini mengatakan Datuk Azhar Mansur telah membuat laporan ke balai polis kerana namanya dikaitkan dalam isu ini. Tetapi semenjak isu ini hangat diperkatakan beliau tidak pernah mengatakan tentang status agamanya. Kalau benar-benar beliau tidak terlibat di dalam program pembaptisan tersebut kenapa beliau tidak menafikan yang beliau telah murtad? itu yang menghairankan.
Namun isu ini bukanlah isu baru, sudah lama mufti perak mengumumkan sudah ramai orang islam di negara ini telah murtad. Namun setakat hari ini masih belum diadakan siasatan rapi untuk membendung masalah ini. Diharapkan isu pembaptisan ini adalah isu khabar angin semata-mata, namun kalau sebaliknya hendak umat islam di negara sedar dan bertanggungjawab untuk membendung masalah tersebut.
Posted by Iman Albesuty at 10:54 AM 2 comments
Monday, November 13, 2006
Kurang waktu!
Semalam sempat saya membaca majalah I (keluaran november). Majalah I merupakan majalah yang mula mendapat perhatian kerana pelbagai isu ilmiah yang dibentangkan. Salah satunya terdapat tulisan oleh Dr Asri Zainul Abidin. Tulisan beliau banyak mencetuskan kontroversi bagi mereka yang berada di dalam bidang agama terutama mereka yang tidak sehaluan dengan pemikiran beliau. Namun bagi saya kita perlu lihat setiap ilmu dan rujukan yang diberikan oleh beliau sama ada bertepatan dengan Al-Quran dan Al-hadis serta membuat penilaian yang waras.
Bulan ini beliau mencoretkan berkaitan kesan negatif terhadap taksub mazhab. Antara hujah beliau mengatakan antara kesan negatif ialah akan menyebabkan umat islam berfikiran sempit dan jumud apabila taksub terhadap satu-satu mazhab. Bagi saya ini ada satu kebenarannya dan inilah yang sedang berlaku terhadap masyarakat kita. Masyarakat kita susah untuk menerima sesuatu hukum apabila bertentangan dengan mazhab yang dipegang walaupun hujah yang dikemukakan adalah berdasarkan nas yang soheh. Dan pelbagai lagi hujah yang dikemukan oleh Dr Asri, maka boleh dapatkan majalah I keluaran November.
Berkaitan isu pembaptisan orang Islam yang berlaku di Ipoh baru-baru ini, banyak mendapat perhatian orang ramai. Walaupun berita tersebut belum diketahui kesohehannya, namun kita perlu memberi perhatian terutama pihak berkuasa dan kerajaan. Isu ini tidak akan berhenti dengan cakap-cakap orang ramai tanpa ada tindakan oleh pihak berkuasa. Pihak kerajaan mahupun pemimpin setempat harus memberi keterangan kepada orang ramai tentang isu yang melanda umat islam di Malaysia ini.
Posted by Iman Albesuty at 10:50 AM 0 comments
Tuesday, November 07, 2006
Jangan Remehkan Perkara Dalam Agama (3)
" Hai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi mu" (albaqarah:208)
Menafsirkan ayat di atas, ibnu Abbas berkata:" As-Silmi itu adalah Islam, sedangkan Kaafah maknaya adalah keseluruhan ". Berkata Mujahid:" Amalkanlah seluruh amalan dan seluruh kebaikan". Juga berkata Ibnu Kathir: " Allah memerintahkan kepada hamba-hambaNya yang beriman dan yang membenarkan Rasulullah Sallauhu 'alaihi Wassalam agar mengambil seluruh syariat-syariat Islam. mengamalkan seluruh perintah-perintahNy a dan meninggalkan seluruh yang dilarangNya" .
Demikianlah para ulama menafsirkan ayat di atas. yakni ambillah dari syariat islam ini secara keseluruhan. Jangan memilih-milih atau mengambil sebahagian dan meremehkan sebahagian lainnya.Kita wajib mengambilnya secara keseluruhan sebagai agama Allah yang mulia dan kita wajib menghormatinya.
wallahua'lam
Posted by Iman Albesuty at 9:52 PM 0 comments
Monday, November 06, 2006
Jangan Remehkan Perkara Dalam Islam (2)
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata ketika membicarakan pembahagian agama menjadi usul dan furu': " Semua pembahagian yang tidak dapat dibuktikan dengan Al-Quran dan As-Sunnah serta prinsip-prinsip syariat. Hal itu adalah pembahagian yang batil dan harus dibuang. Kerana pembahgian seperti ini adalah salah satu dari dasar-dasar kesesatan umat ". (Mukhtasar ash-Shawaiqul Mursalah, 2/415).
3. Tidak ada definisi yang disepakati oleh mereka sendiri, manakah yang dimaksudkan usul dan mana yang furu'. Seperti yang dikatakan oleh Ibnu Taimiyah di atas, pembahagian ini sangat kontradiktif. Ketika kita tanyakan kepada mereka apakah yang dianggap sebagai usul ternyata mereka sendiri berselisih pendapat. Sebahagian mereka menganggap masalah keyakinan (aqidah) sebagai usul dan masalah amaliyyah (ibadah) sebagai furu'. Kalau demikian apakah mereka menganggap bahawa solat sebagai masalah furu'? padahal seluruh umat islam mengerti bahawa solat adalah merupakan salah satu prinsip pokok ajaran islam.
Sebahagian yang lain mengatakan bahawa yang merupakan usul adalah perkara-perkara yang meyakinkan (mutawatir) sedangkan yang tidak mutawatir dianggap sebagai perkara furu' yang meragukan. Ini pun terbantah kerana masalah keyakinan itu berkaitan dengan ilmu, sehingga berbeza-beza pada setiap orang. Bagi para ulama yang mengerti ilmu hadis, mereka sangat yakin terhadap seluruh hadis sahih, apakah ia mutawatir atau tidak?
Sebahagian yang lain mengatakan bahawa perkara usul adalah perkara-perkara yang wajib. Sedangkan perkara-perkara yang tidak wajib dianggap furu'. Kalau begitu apakah boleh kita meremehkan perkara yang tidak wajib?
Sebahagian lagi mengatakan bahawa yang merupakan perkara usul adalah masalah yang disepakati oleh para ulama. Sedangkan masalah furu' adalah masalah yang diperselisihkan oleh para ulama. Bahkan sebahagian lainnya menyatakan bahawa masalah merupakan pokok agama ini adalah berjuang mencapai kekuasaan melalui sistem demokrasi sehingga mengorbankan prinsip akidah, ibadah dan akhlaq tanpa cuba untuk mengimbanginya.
Akhirnya setiap aliran yang ingin meremehkan suatu masalah akan mengatakan masalah itu adalah maslah furu' semata-mata.
bersambung...
Posted by Iman Albesuty at 9:34 AM 0 comments
Sunday, November 05, 2006
Jangan Remehkan Perkara Dalam Islam!
Para ulama membantah syubhat mereka ini dari beberapa sisi:
1. Jika pembahagian tersebut bertujuan hanya untuk mementingkan yang usul dan meremehkan yang furu', maka ini adalah pembahagian yang batil. Kita katakan kepada mereka: " tidak ada dalam agama ini perkara yang remeh" seperti dikatakan oleh Imam Malik. Pada suatu saat Imam Malik pernah ditanya dengan suatu pertanyaan, kemudian beliau menjawab: " saya tidak tahu ". Mendengar jawapan ini si bertanya terheran-heran dan berkata: " sesungguhnya ini adalah masalah yang simpel, dan aku bertanya tentang hal ini semata-mata kerana ingin memberitahu kepada si Amir (penguasa) ". Melihat hal ini, Imam Malik marah lalu berkata: " Kau katakan ini masalah simpel dan remeh? tidak ada dalam agama ini perkara yang remeh! Tidakkah kau mendengar ucapan Allah ta'ala " Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (Al-Muzammil: 5)
Oleh kerana itu seluruh ilmu agama ini semuanya berat, khususnya kerana akan dipertanyakan pada hari kiamat ( Tartibul Madariq, Qadli 'lyadl 1/184; Lihat Dlarurarul Ihtimam bis Sunnatin Nabawiyyah, hal. 118)
Perhatikanlah ucapan Imam Malik di atas, bahawasanya perkara agama ini semuanya penting dan berat kerana akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. Ucapan itu cukup sebagai membantah terhadap syubhat yang membahagi-bahagikan agama ini menjadi Qusyur wa Lubab (kulit dan inti), kemudian mereka meremehkan perkara yang mereka anggap qusyur. Demikian pula sebahagian yang lain yang membahagi agama inimenjadi Usul wal Furu' (pokok dan cabang) yang memnganggap remeh masalah furu' dengan kalimat yang banyak diucapkan seperti: " Inikan masalah furu', kenapa perlu diajarkan? " atau kalimat: " Janganlah kalian sibukkan dengan masalah furu " dan lain-lain.
Ahlu bid'ah selalu sinis terhadap ahlu sunnah yang sentiasa mengkaji, mempelajari, menulis masalah-msalah fiqh seperti gerakan-gerakan solat atau masalah-masalah fiqh lainnya dan mencemohkan mereka dengan kalimat-kalimat di atas.
bersambung........
Posted by Iman Albesuty at 10:51 AM 0 comments
Thursday, November 02, 2006
Perjuangan Menggamit Memori!
Baru semalam sempat juga menghadiri perbincangan program ihtifal Taski ABIM daerah Besut dan beberapa program IOA. Walaupun dalam keaadan mengejar masa, dapat juga menikmati kemesraan dikalangan sahabat jemaah melalui program usrah yang paling luar biasa sifatnya. Pelbagai topik perbincangan yang secara spontan dibicarakan, dari isu negara sampailah ke peringkat antarabangsa. Cukup terhibur maklumlah ramai antara mereka sudah berbelas tahun bersama ABIM.Di dalam kesibukan ini juga, dapat menjengah perkembangan sahabat-sahabat di UIA dulu melalui blog-blog mereka. Namun ramai yang sudah tidak terhubung. Apa khabarkah mereka? adakah masih berada dalam arus perjuangan? wallahua'lam. Namun yang pasti masih terdapat sahabat-sahabat yang tidak meminggirkan diri dari perjuangan walaupun dalam kekangan untuk memulakan kerjaya masing-masing. Dan pasti yang ada sedang membina keluarga yang bahagia.
Tiba-tiba tergamit memori bersama-sama dahulu. Di dalam menongkah permulaan mengenal erti perjuangan. Mencari kepastian hala tuju perjuangan yang perlu dibawa. Mengharungi arus onak, mehnah mahupun tribulasi. Semangat, kecewa, putus asa, bangkit dan sebagainya sudah menjadi kata-kata azimat. Perjuangan yang tidak mengenal erti undur dan berpatah aral, terus melangkah hingga ke titisan yang terakhir yang belum tahu di mana penghujungya. Memori yang sukar dilupakan bahkan menjadi panduan di masa yang akan datang. Didoakan agar terus berkekalan kepada sahabat-sahabat sekalian.
Posted by Iman Albesuty at 3:46 PM 0 comments
Wednesday, November 01, 2006
Kebenaran itu kucari!
Sudah dapat kuduga, perjuangan ini banyak dugaannya. Apatah lagi ditempat sendiri. Penuh dengan onak dan duri. Apatah lagi seolah rasa terasing diri. Namun akan ku terus menyesuaikan diri. Perjuangan yang Haq harus dibentengi dengan keberanian. Keberanian yang sudah sekian lama sebati di dalam diri. Namun masih perlu digilapi, agar dapat terus dijuangi.
Biarlah ada manusia tidak menyukai perjuangan ini, bahkan terasa iri hati. Kerana sedikit bertentang adat dan nafsu diri. Namun kebenaran akan terserlah kembali, mengatasi kekeliruan di hati. Akan kembali suatu hari nanti. Perjuangan yang tulus, suci dan murni berpaksikan dua wasiat Nabi. Sudah pasti Al-Quran dan As-Sunnah yang suci. Kepada Allah ku bergantung diri. Walllaua'lam
Posted by Iman Albesuty at 2:19 PM 1 comments
Monday, October 30, 2006
Perjalanan yang jauh..!
Semangat perjuangan menegakkan yang haq/benar makin berkobar-kobar di ruang kegelisahan hati. Gelisah memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik. Gelisah juga memikirkan apakah alternatif terbaik agar dapat diterjemahkan sebaik mungkin. Gelisah makin menjadi melihat konflik yang pelbagai bentuk. Apatah lagi dalam ruang lingkup yang kecil.Namun apa jua bentuknya, harus wujud perasaan yang utuh. Pada siapakah lagi kalau tidak disandarkan perjuangan ini pada yang haq? pada siapakah lagi harus diberi seluas-luasnya ruang kalau tidak pada yang benar.
Akan ku selongkar seluas-luasnya sebening lautan ilmu. Akan ku geledah selautan arus perjuangan. Akan ku curahkan setimpal mana yang mungkin. Agar setiap kegelapan yang kabus menutupi akan ditiup oleh titipan kecerahan mewarnai kehidupan yang maknawi. Perjalanan masih jauh harus disedari, agar tidak dibuai oleh makna duniawi. Perjuangan harus disedari dengan penuh makna, agar tidak terkalut oleh kekacauan yang penuh kekeliruan. Agar yang benar menutupi kekaburan yang tidak berfungsi.
Pada Allah ta'ala kusandar kebergantungan ini. Pada pesuruh-Nya kusandar bimbingan Ilahi. Dua penunjuk yang jangan dilupai. Perjuangan harus disandar pada Dua petunjuk ini. Membawa berkat bimbingan Ilahi. Agar tidak terpesong diri.Apatah lagi terpesong perjuangan ini. Agar hilang kekeliruan dihati.
Posted by Iman Albesuty at 11:18 AM 0 comments
Saturday, October 28, 2006
Salam......!
Assalamua'laikum dan salam sejahtera, rasanya blum terlewat nak ucapkan salam eidulfitri kepada semua mereka yang pernah membuka blog ini. sekiranya terhadap sebarang bentuk kesalahan di pohon kemaafan selama saya membuka blog ini. Dan semoga berbahagia disamping keluarga dan sanak saudara yang tercinta. wallahualamPosted by Iman Albesuty at 11:56 AM 0 comments
Wednesday, October 18, 2006
Zakat Fitrah Jangan Dilupai!
Dari Ibnu Abbas radiyallahu 'anhuma, ia berkata:
Zakat fitrah hukumnya wajib. Ini merupakan pendapat jumhur ulama, di antara mereka adalah Abul Aliyah, Atha’ dan Ibnu Sirin, sebagaimana disebutkan Al-Imam Al-Bukhari. Bahkan Ibnul Mundzir telah menukil ijma’ atas wajibnya fitrah, walaupun tidak benar jika dikatakan ijma’. Namun, ini cukup menunjukkan bahwa majoriti para ulama berpandangan wajibnya zakat fitrah.
Dasar mereka adalah hadits Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam:
Posted by Iman Albesuty at 11:58 AM 0 comments
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
