Tuesday, August 22, 2006

Kerajaan Harus Serius

Keputusan Perdana Menteri dan kerajaan untuk menyekat usaha penyebaran agama lain kepada umat islam dan mengekalkan undang2 di dalam artikel 11, dilihat mengurangkan kebimbangan terhadap permasalahan yang timbul sekarang. Amat mengejutkan lagi kenyataan daripada Menteri di jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz hari ini untuk mengesa negeri-negeri yang belum menggubal undang2 tersebut untuk bertindak segera menggubalnya. Beliau yang sebelum ini menyokong kuat terhadap penubuhan suruhanjaya Antara Agama dianggap mengejutkan oleh orang ramai terhadap kenyataan beliau itu.

Namun gesaan ini seharusnya dilakukan dengan serius oleh Perdana Menteri dan kerajaan.Tindakan undang-undang perlu diambil terhadap kelompok yang kuat untuk memansuhkan undang-undang perlembagaan tersebut dan cuba mengancam keselamatan negara dengan memainkan isu yang kononnya menuntut kebebasan beragama (terutama kpd umat islam di Malaysia). Kerajaan juga harus menangani isu murtad (100,000) yang sudah pun didedahkan oleh Mufti Perak Dato' Harussani baru-baru ini. Kerajaan juga harus mengeluarkan amaran yang keras terhadap NGO dan pertubuhan yang kononnya memperjuangkan hak asasi, kebebasan beragama, pluralisme dan liberalisme di dalam beragama.

Langkah ini seharusnya tidak terhenti setakat ini, pelbagai pihak terutama pihak kerajaan dan NGO mesti turun memberi penerangan kepada seluruh umat islam akan bahayanya pemikiran-pemikiran yang dibawa oleh kelompok 2 ini. Umat islam juga harus sedar akan situasi yang melanda umat islam di dalam negara ini. Forum-forum perdana yang banyak dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun media massa seharusnya memilih topik2 yang berkaitan isu ini untuk menyedarkan masyarakat bukan hanya dihidangkan dengan topik-topik yang sudah basi dan berulang-ulang.


Tuesday, August 08, 2006

Pertahan Kedudukan Islam- Dr Asri

"Tumpuan jihad di negara ini dalam tempoh sekarang ialah mempertahankan kedudukan Islam dalam perlembagaan negara. Tanggungjawab ini dipikul oleh setiap muslim. Hukum mempertahankannya bagaikan mempertahankan wilayah Islam dari dirampas oleh golongan kuffar. Wajib dikerahkan seluruh tenaga umat jika keadaan tidak dapat dibendung. Maka segala usaha ke arah ini yang mengikut syariat dan peraturan keamanan wajib didokong. Maka wajib setiap muslim menurunkan tanda tangannya, menyokong kaum muslimin menghadapi kelompok murtad, pro-kuffar dan kuffar yang berada di belakang mereka. Juga setiap muslim berusaha menyertai sebarang usaha mempertahankan Islam. Perbezaan politik dan kefahaman hendaklah dipinggirkan dahulu. Tanggungjawab ini tentu lebih berat dipikul oleh bahu setiap ahli undang-undang muslim. Keilmuan mereka dalam hal itu menuntut mereka menjadi benteng Islam. Adapun setiap peguam atau selain mereka yang mengaku muslim tetapi berusaha menjatuhkan Islam dalam negara ini mereka telah menjadi murtad dari Islam dengan tindakan itu". Dr. Mohd Asri Zainul Abidin