Abim daerah Besut tidak menyokong kandungan Memorandum membantah Pelantikan Dr Asri sebagai YDP YADIM oleh PGSM dan beberapa NGO

Sunday, November 08, 2009 | | 4 comments |

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) daerah Besut memandang serius terhadap isu memorandum yang di hantar oleh Persatuan Guaman Syari'e Malaysia (PGSM) dan beberapa NGO Islam bagi membantah pelantikan Dr Asri sebagai YDP YADIM baru-baru ini. Abim Besut telah mengikuti perkembangan isu ini dan membuat pemerhatian beberapa perkara yang berbangkit daripada kedua-dua pihak.

Abim Besut juga telah membaca isu kandungan memorandum tersebut dengan membuat penilaian secara adil di atas beberapa perkara yang terkandung dalam kandungan tersebut. Oleh itu, Abim Besut telah membuat beberapa kesimpulan dan pendirian setelah diminta untuk membuat demikian oleh beberapa pihak.

Kesimpulannya adalah Abim Besut tidak membantah mana-mana pihak untuk menghantar sebarang memorandum termasuk memorandum yang dihantar oleh pihak yang tersebut di atas, tetapi tidak menyokong kandungan yang termaktub di dalam memorandum bantahan tersebut.
antara alasannya ialah:

1)Kandungan memorandum tersebut lebih bersifat serangan peribadi tanpa mengemukakan hujah dan bukti yang kukuh untuk menyokong perkara yang dibangkitkan.

2)Abim Besut bimbang sekiranya tuduhan yang dilemparkan itu tanpa dikemukakan bukti yang kukuh akan menyebabkan fitnah berlaku.

3)Pihak yang mengemukakan memorandum tersebut tidak berkata benar dengan mengatakan mereka mewakili majoriti umat Islam, walhal mereka tidak memberi bukti yang kukuh mengatakan mereka mewakili majoriti umat Islam di Malaysia.

4)Isu ini menunjukkan mereka yang terlibat menghantar memorandum tersebut tidak menerima kepelbagaian pandangan dan pendapat yang tidak bertentangan prinsip Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

5)Pihak mereka juga seolah-olah cuba menyekat perkembangan ilmu yang didasari oleh prinsip mencari yang haq dan menegakkan kebenaran berteraskan al-Quran dan as-Sunnah yang soheh.

Atas alasan berikut, kami berpendapat tidak wajar mana-mana pihak yang ingin membantah mana-mana individu tanpa membuat analisa dan penilitian yang betul dan meletakkan prejudis yang tidak baik seterusnya tidak mengemukan bukti yang kukuh. Abim Besut tidak menyokong mana-mana pihak dengan membuta tuli dalam isu ini, namun kami meletakkan prinsip menegakkan keadilan dan kebenaran bagi meraikan kepelbagaian pandangan dan pendapat yang tidak melanggari prinsip Ahlu Sunnah wal Jamaah yang soheh.

"Membina & memimpin generasi hasanah"

Mohd Nor Zaiman b Che Mansor
(YDP Abim Daerah Besut)

Kenyataan: Tindakan menahan Dr Asri tidak profesional

Monday, November 02, 2009 | | 0 comments |

Tindakan pihak polis dan berkuasa agama Negeri Selangor menahan bekas Mufti Perlis adalah sikap tidak bertamadun dan profesional. Penahanan ini menyebabkan satu lagi polemik negatif berlaku dikalangan masyarakat yang cintakan ilmu. Penahanan yang dilakukan di atas dasar menyampaikan ilmu tanpa tauliah masih boleh dipertikaikan oleh masyarakat. Dr Asri merupakan lulusan Phd yang ditauliahkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan beliau juga merupakan bekas Mufti kerajaan Negeri Perlis.

Pihak berkuasa agama Negeri Selangor seharusnya mengambil sikap yang telus dengan membuat keputusan yang tepat sebelum tindakan itu diambil. Mereka perlu mengambil pendekatan yang rasional dengan berbincang dengan Dr Asri terlebih dahulu sekiranya prosedur pertauliahan itu perlu dipenuhi. Alasan yang mengatakan ajaran Dr Asri menyebarkan fahaman yang boleh menyebabkan perpecahan dikalangan masyarakat juga masih boleh dipertikaikan dan kekaburan. Ini kerana masing-masing membawa hujah dan pihak berkuasa agama juga harus menyediakan hujah yang boleh menguatkan alasan mereka tersebut.

Dalam isu ini, Abim daerah Besut tidak mengambil sikap menyokong mana-mana pihak tanpa ada kebenaran tetapi mengambil pendekatan yang adil demi menegakkan keadilan dan kebenaran agar fahaman agama yang sebenar dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dan yang benar itu tetap benar.

Wallua'lam
Mohd Nor Zaiman b Che Mansor
(YDP Abim daerah Besut)

Pelancaran Tabung Mangsa Ribut & Sambutan 'Idulfitri

Sunday, October 04, 2009 | | 0 comments |

Semalam ana menghadiri majlis 'Idulfitri anjuran Abim Besut sempena syawal 1430. Pada majlis itu juga ana dan teman-teman telah melancarkan "Tabung Mangsa Bencana Ribut" bagi meringankan beban mangsa-mangsa ribut baru-baru ini terutama di daerah Besut. Pelancaran ini dibuat hasil daripada tinjauan kami ke beberapa buah rumah yang terlibat dengan ribut tempoh hari. Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Abim Besut 13035010000600 (Bank Islam).

Aktiviti@Raya 3

Sunday, September 27, 2009 | | 0 comments |

6 Syawal 1430 Pimpinan Abim Besut telah menghadiri undangan ke rumah Ahli Lembaga Pengarah (KIC) Ayahnda Cikgu Mohd Nor di kediaman baru beliau di Kubang Kerian, Kelantan. Walaupun ketibaan kami agak lewat tetapi kami berkesempatan beramah mesra dengan keluarga beliau dan tetamu yang hadir serta menikmati hidangan yang cukup enak. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan ini dan 'Eid Mubarak buat beliau serta keluarga.

Aktiviti@Raya 2

Saturday, September 26, 2009 | | 0 comments |

Raya 3 @ Di undang ke Rumah terbuka YB ADUN Kota Putera &
Rumah terbuka Pengerusi Wadah Besut

Aktiviti @ Raya

| | 0 comments |

Raya 1 @ Rumah Pimpinan Abim Besut
Raya 2 @ Rumah terbuka Wadah-Abim-PPIK Kelantan

Agihan sumbangan sekampit beras

Thursday, September 17, 2009 | | 0 comments |

26 Ramadhan 1430 bersamaan 16 September 2009 Pihak Team Abim Besut telah mengedarkan sumbangan seorang sekampit beras untuk golongan yang berhak menerima. Sumbangan ini telah disumbangkan oleh pelbagai pihak dan individu untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Tahun ini merupakan tahun pertama Abim Besut melancarkan kempen "seorang sekampit beras". Sambutan yang diberi oleh orang ramai amat menggalakkan. Semoga usaha ini akan terus dilaksanakan untuk ramadhan yang akan datang.

Temu murni bersama Abim Pusat

Monday, September 14, 2009 | | 0 comments |

Pada 12 September 2009 yang lalu Abim Besut telah dikunjungi oleh pimpinan Abim Pusat yang diwakili oleh Timbalan Presiden Saudara Amidi Hj Abdul Manan dan Saudara Ahmad Saparuddin Yusuf selaku Naib Presiden. Kunjungan ini memberi penghormatan yang besar buat warga Abim-Wadah Besut. Pelbagai isu telah diperbincangan meliputi senario dakwah di peringkat Besut mahupun Nasional.

Pihak Abim dan Wadah Besut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Abim Pusat di atas kunjungan ini. Semoga tautan ukhuwwah ini akan terus membugar demi membina dan membentuk generasi hasanah.