Sunday, September 16, 2007

Hari Keluarga ABIM Besut



Monday, July 02, 2007

Muktamar Sanawi Abim Besut



Sunday, April 08, 2007

Apa Nak Jadi!

Trend baru mula pengaruhi budak2 muda sekarang ini (pakaian). Yang lelaki dan perempuan sama sahaja. Isu merempit belum selesai, sudah timbul virus yang baru. Sedih tengok budak-budak ni, terutama yang perempuan, pakai tudung kononnya nak tutup aurat rambutnya tapi pakaiannya, masyaAllah, ketat sana ketat sini.Tak payah pergi bandar-bandar besar, kat kampung sini pun sudah parah.....!

Apa nak jadi dengan mereka ini, sudahlah ilmu agama ditolak tepi, yang sekolah agama pun 2 x 5.Tak tahulah apa yang mereka2 ini belajar kat sekolah. Ibu Bapa pun tak ambil kisah, biarkan anak-anak mereka mendedahkan apa yang ada.MasyaAllah. Guru-guru agama pun sibuk dengan urusan politik, tak sempat nak jaga akhlak anak muda, yang bagus pun berapa orang sangat. Itu pun hanya mampu berdoa menunjukkan selemah-lemah iman.

Wallahua'lam

Friday, April 06, 2007

Assalamua'laikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat dan pengunjung-pengunjung Blog ini. Bersama-sama kita menegakkan yang Ma'aruf dan mencegah yang mungkar, insyaAllah!

Wednesday, April 04, 2007

Pendirian al-Qaradhawi dalam beberapa Isu Umat Islam hari ini

Lamanweb rasmi Dr. Yusuf al-Qaradhawi http://al-qaradawi.net/ menyebut beberapa pendirian al-Qaradhawi berkenaan isu semasa umat Islam hari ini yang dilontarkannya dalam muktamar Institut al-Quds kelima yang diadakan di Algeria, 29/3/07.

Sebagai reaksinya terhadap sidang kemuncank Riyadh, al-Qaradhawi mengajukan risalah kepada pemimpin-pemimpin Arab yang mengambil bahagian di dalam persidangan tersebut supaya tidak mengambil sebarang langkah ke aras mengiktiraf hubungan dengan Israil, selama mana Israel tidak berundur dari bumi yang mereka takluk, dan mereka (israel) tidak menghalang dari terdirinya negara Palestin. al-Qaradhawi menjelaskan, terdapatnya sebahagian negara-negara Arab yang mahu mengiktiraf Israel, dan sebahagian yang lain tidak mahu menerimanya. Beliau menambah :

"kami tidak akan menerima pengiktirafan kepada Israel, melainkan setelah terdirinya negara Palestin yang sebenarnya, yang memiliki ruang udara sendiri dan batasan negaranya dan hak untuk mempertahankan diri. Hanya jika terlaksananya keadaan ini, barulah kami akan memikirkan pengiktirafan kepada Israel, itupun jika ada keperluan."

Ketika ditanya tentang pendiriannya terhadap keganasan bersenjata yang berlaku di Algeria dalam era 90an, al-Qaradhawi menegaskan bahawasanya dia berada atas pendirian yang sama, dan berkata : "Perkara pertama yang saya ingkari ialah penumpaham darah, dan saya telah menyeru kepada ikhwah yang masih berada di gunung-ganang untuk turun menyertai saudara-saudara mereka yang lain." al-Qaradhawi menegaskan juga, dia mengingkari dari berlakunya pembunuhan sesuatu bangsa sesama mereka, sambil menyebut : "Kita tidak berbunuhan melainkan kepada siapa yang memerangi kita, dan kita membuka tangan bertoleransi dan berbaik kepada sesiapa yang tidak memerangi kita disebabkan agama kita."

al-'Allamah al-Qaradhawi juga mengutuk kefahaman sebagian kumpulan terhadap al-Wasitiyah yang diserunya, yang menganggap ianya tasahul (bermudah-mudah) dalam agama, beliau menambah : "Bukanlah (seruan) al-Wasitiyah itu memudah-mudahkan agama, sebaliknya ia adalah tegas dalam perkara-perkara usul, dan wasitiyah (bersifat pertengahan) dalam perkara-perkara furu' (cabang)."

Dalam persoalan antara Ahl al-Sunnah dan Syiah al-Qaradhawi menyentuh isu perbezaan antara keduanya dan menegaskan bahawasanya : "Tidak mungkin untuk dihampirkan antara SUnnah dan SYiah, selama-mana, sebahagian mereka (Syiah) mencela para sahabat yang mulia, merekalah (sahabat) barisan awal yang mempertahankan Islam, merekalah yang menyampaikan dakwah dari Rasulullah saw, dan merekalah yang telah menyampaikan Sunnah Baginda saw."

Al-Qaradhawi juga memberi peringatan akan bahayanya penyebaran doktrin Syiah di sebahagian negara Ahl al-Sunnah, beliau menambah : “Negara Syiah dikekalkan sebagai negara Syiah dan negara Ahl al-Sunnah dikekalkan sebagai negara Ahlal-Sunnah.” Al-Qaradhawi memberi contoh beberapa negara Ahl al-Sunnah yang menjadi sasaran pengaruh Syiah seperti Algeria, Maghribi, Libya, Sudan dan Mesir sambil beliau memberi peringatan kepada imam-imam Syiah dari menyebarkan mazhab mereka pada perkara-perkara asas sunnah, sambil menambah : “Jika apa yang berlaku adalah sebaliknya, maka saya sama sekali tidak akan senyap, saya akan memenagkan Sunnah Rasulullah saw, dan kami akan menjelaskan perkara-perkara yang sebenarnya.” Al-Qaradhawi juga menegaskan, kerja-kerja meluaskan mazhab masing-masing akan membawa pergeseran di kalangan mazhab-mazhab Islam, sedangkan sasaran kita ialah kesatuan ummah.

“Maka jika yang kita kehendaki ialah kesatuan dan bukan perpecahan, kita hendaklah membina kesatuan itu dan jangan kita menghancurkannya, maka jangan suatu mazhab menyerang asas-asas mazhab yang lain.”
------------------

Tuesday, February 20, 2007

Cinta

Salah satu prinsip Ahlus Sunnah Wal Jama’ah adalah memberikan sikap cinta)kepada siapa saja yang di cintai oleh Allah ?. Dan orang-orang soleh termasuk suatu tho’ifah (golongan) terbaik dari umat Islam, sehingga mereka mendapatkan kecintaan, pujian dan nikmat dari Allah ? kerana telah berhasil meniti siratul mustaqim (jalan yang lurus).

فَأُولئك مَعَ الَّذِيْنَ أَنَعَمَ اللهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَ الصِّدِّيْقِيْنَ وَ الشُّهَدَاءِ وَ الصَّالِحِيْنَ، وَ حَسُنَ أولئك رَفِيْقًا “…,
maka mereka itu akan bersama-sama orang-orang yang Allah anugerahi nikmat atas mereka, dari kalangan para Nabi, siddiqin (orang-orang yang benar keimanannya), syuhada’, dan orang-orang soleh, dan mereka itu adalah sebaik-baik teman”. (QS. An Nisa’ : 69)

Maka mereka termasuk orang-orang yang berhak mendapatkan wala’ dari kaum muslimin. Namun yang wajib diketahui, bahawa sikap wala’ yang akan mendapatkan redha Allah ? dan balasan di sisi-Nya, bukan wala’ (kecintaan) yang dilandasi dengan hawa nafsu, akan tetapi suatu kecintaan yang dilandasi Al Qur’an dan As Sunnah.

Tuesday, January 30, 2007

mencari waktu

Tidak sempat meng"update"kan blog pada waktu terdekat ini. Mungkin ada perkara yang perlu diutamakan. Namun coretan ilmiah akan terus dicoretkan selagi ada waktu dan upaya.