Maksudnya :
‘’Sentiasa membawa ilmu ini mereka yang adil dari para penyambung (dari setiap generasi). Mereka menafikan (menentang) penyelewengan golongan yang melampaui batas, dakwaan bohong golongan yang bathil (sesat) dan takwilan golongan jahil.’’
Ini adalah tanggungjawab tajdid dan islah yang mesti dipikul dalam usaha kembali membawa Islam yang tulen dan tepat. Kita yang melibatkan diri dalam kegiatan dakwah ini harus menyokong usaha-usaha ini.
Kegemilangan perjuangan dakwah yang lalu harus dijadikan benteng yang kuat. Ini amat bermakna bagi memastikan semangat perjuangan yang disemai pada masa yang lalu terus tersemat di dalam diri kita dan generasi muda yang akan mewarisi perjuangan ini.
Kita perlu memastikan pergerakan Islam ini beralih dari kegiatan berbicara kepada kegiatan bekerja, sepertimana dibicarakan oleh Prof Dr Yusof al-Qardhawi:
“Pergerakan Islam hendaknya beralih dari kegiatan berbicara kepada kegiatan bekerja, agar mampu membebaskan dirinya dari penyakit yang hampir menjadi penyakit umum kaum muslimin, yang selalu menjadi perintang bagi kita untuk melangkah maju, iaitu banyak menangisi masa lalu dan kurang kerja untuk masa kini. Kerana tangis kita itu tidak boleh menghidupkan yang sudah mati dan tidak mampu mengembalikan sesuatu yang sudah hilang.”( Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Kita juga tidak mahu menjadi suatu pergerakan dakwah yang hanya tertumpu pada kegiatan yang berkisar pada ahlinya sahaja seperti yang dikatakan oleh penulis
“ Sesungguhnya dakwah yang difahami dan diamalkan oleh kebanyakkan jemaah Islamiah hari ini tidak lebih daripada sekadar aktiviti yang berkisar sekadar anggota kumpulan mereka semata.” (al-Buti, al-Jihad fi al-Islam, ms:42)
Oleh itu sudah tiba masanya kita kembali menjadi jurubicara umat. Namun kita juga harus koreksi diri apakah kekuatan yang ada. Antara jalan yang mesti dilalui untuk menjana kekuatan diri ialah bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang memberi manfaat kepada kita dan memberi isyarat betapa perlunya individu muslim mencari sumber kekuatan dirinya.
Kerjasama mestilah diwujudkan dalam masyarakat Islam. Orang mukmin yang kuat perlu mengerakkan saudara mereka yang lemah supaya sama-sama bergading bahu membina dan memperkasakan kekuatan umat. Dengan itu kita menyeru kepada semua ahli yang ada agar bersiap sedia bagi menghadapi mehnah dan tribulasi yang sudah pasti akan terpampar di hadapan kita. Waalahua’lam.