skip to main |
skip to sidebar
6 Syawal 1430 Pimpinan Abim Besut telah menghadiri undangan ke rumah Ahli Lembaga Pengarah (KIC) Ayahnda Cikgu Mohd Nor di kediaman baru beliau di Kubang Kerian, Kelantan. Walaupun ketibaan kami agak lewat tetapi kami berkesempatan beramah mesra dengan keluarga beliau dan tetamu yang hadir serta menikmati hidangan yang cukup enak. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan ini dan 'Eid Mubarak buat beliau serta keluarga.
Raya 3 @ Di undang ke Rumah terbuka YB ADUN Kota Putera &
Rumah terbuka Pengerusi Wadah Besut
Raya 1 @ Rumah Pimpinan Abim BesutRaya 2 @ Rumah terbuka Wadah-Abim-PPIK Kelantan
26 Ramadhan 1430 bersamaan 16 September 2009 Pihak Team Abim Besut telah mengedarkan sumbangan seorang sekampit beras untuk golongan yang berhak menerima. Sumbangan ini telah disumbangkan oleh pelbagai pihak dan individu untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.Tahun ini merupakan tahun pertama Abim Besut melancarkan kempen "seorang sekampit beras". Sambutan yang diberi oleh orang ramai amat menggalakkan. Semoga usaha ini akan terus dilaksanakan untuk ramadhan yang akan datang.
Pada 12 September 2009 yang lalu Abim Besut telah dikunjungi oleh pimpinan Abim Pusat yang diwakili oleh Timbalan Presiden Saudara Amidi Hj Abdul Manan dan Saudara Ahmad Saparuddin Yusuf selaku Naib Presiden. Kunjungan ini memberi penghormatan yang besar buat warga Abim-Wadah Besut. Pelbagai isu telah diperbincangan meliputi senario dakwah di peringkat Besut mahupun Nasional.
Pihak Abim dan Wadah Besut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Abim Pusat di atas kunjungan ini. Semoga tautan ukhuwwah ini akan terus membugar demi membina dan membentuk generasi hasanah.
Team Abim Besut telah menganjurkan program ihya Ramadhan pada 4 & 5 September 2009. Program ini dianjurkan sempena meraikan bulan yang penuh barakah ramadhan al-mubarak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Forum bicara ramadhan bertajuk "Nikmatnya lapar" dua orang ahli panel telah dijemput khas. Selain itu aktiviti seperti tadarrus al-Quran dan Qiyamullail turut dijalankan.