Pergolakkan politik dalam negara ini makin memualkan. Kegilaan kuasa makin tampak meloyakan. Politik adu domba mencampah sehingga ke segenap pelosok kepala yang mendokong idea. Permainan batu api dimainkan dengan tiada tapisan oleh teknologi
Kehadiran ramadhan almubarak tidak terkesan kepada golongan ini. Golongan gila kuasa, pangkat, harta dan kehormat. Percaturan kuasa yang ingin dipertahankan seolah-olah menghalalkan apa jua senjata walaupun senjata terlarang. Muqabalah yang dituntut perbalahan yang direncanakan. Kegelisahan umat tiada dihiraukan.
Sedangkan kehadiran Ramadhan seharusnya menambahkan lagi kegembiraan kepada umat Islam. Ramadhan dianggap bulan termulia di dalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan menjadikan bulan ini sangat mulia lagi istimewa. Di dalamnya terdapat pelbagai fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan.
Bulan Ramadhan juga dianggap sebagai Madrasah Kerohanian di mana pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. Bulan Ramadhan adalah bulan yang diutamakan, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan Al-Quran (dalam bulan ini) dengan firmannya:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. [al-Baqarah 2:185]
Apatah lagi di bulan ini kita dilarang mengeluarkan perkataan-perkataan yang sia-sia dan kotor. Ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor. [Hadis ini dikeluarkan oleh al-Hakim dan dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Jami’ al-Shagheir – hadis no: 5376]
Sepatutnya dikesempatan inilah kita mengambil kesedaran untuk mengubah suasana politik negara ini daripada politik keserabutan kepada politik yang menenangkan. Agar umat dapat menjalani ibadah puasa dalam suasana penuh kerahmatan.
0 comments:
Post a Comment