Tuesday, December 02, 2008

SELAMAT BERSARA

"Bahtera perubahan minda ini harus terus dikemudikan agar kebenaran yang bertunjangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah dapat terus disebarluaskan"


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat bersara kepada Dr Asri Zainul Abidin sebagai Mufti Perlis pada 30 November yang lalu. Sesungguhnya jasa beliau selama memegang jawatan sebagai Mufti Perlis begitu besar impaknya kepada umat kita di dalam memecah tembok pemikiran yang konservatif.

Perubahan minda yang ingin di bawa oleh beliau berjaya mengajak masyarakat untuk berdiri dan berpegang kepada fakta dan dalil yang kukuh di dalam setiap amalan yang ingin dilakukan. Masyarakat mula celik untuk mencari hujah-hujah yang betul-betul berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadith Rasulullah sallahua'laihi wassalam.

Kepada beliau perjuangan masih panjang, teruskanlah walaupun di mana berada dan di dalam posisi mana sekalipun. Bahtera perubahan minda ini harus terus dikemudikan agar kebenaran yang bertunjangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah dapat terus disebarluaskan.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Kekadang menyarakan yang benar itu sakit dah menyakitkan bukan saja kita sendiri tapi yang menjadikan hal apabila ia menyakitkan orang lain yang tak mahu berubat. Apapun macam bro catatkan perjuangan beliau masih panjang dan pasti suatu hari bernama esok dengan izin Allah S.W.T ada tempat yang terbaik untuk beliau terus bersuara memperjuangkan yang haq dan diterima semua kita yang berjiwa Islam dan faham akan kehendaknya.

Anonymous said...

Banyak kontroversi...Mungkin kontroversi itu bagus..cuma kaedah dan pendekatan tidak bersesuaiaan.... perlu juga difahami konsep ikhtilaf dan perbezaan mazhab...