Mansuhkan akta universiti dan kolej (AUKU) dan mengembalikan pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia adalah antara 29 resolusi yang diluluskan dalam Kongres Kepentingan Bangsa yang diadakan 16-17 Disember 2005 di Universiti Teknologi Malaysia.
Berikut adalah antara resolusi itu:
* Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu mengembalikan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi matapelajaran Sains dan Matematik. Pada masa sama mempertingkatkan pengajaran Bahasa Inggeris.
* Mengembalikan semula peruntukan geran perkapita Sekolah Agama Rakyat supaya ia dapat berfungsi seperti asal bagi mengembangkan pendidikan aliran agama.
* Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) secara tuntas kerana ia mewujudkan suasana yang tidak sihat bagi pertumbuhan dan kecerdasan minda serta kebebasan berfikir di kalangan ahli akademik dan mahasiswa.
* Mengambil usaha mempertahankan tanah orang Melayu/ Rizab Melayu di seluruh negara.
*Menjadikan Petronas berperanan sebagai agensi penjana yang bertanggungjawab melahirkan usahawan Melayu dalam bidang gas dan minyak.
* Memperkenalkan Akta Makanan Halal supaya industri makanan halal berkembang di kalangan orang Melayu Islam.
*Menyubur dan menerapkan kebudayaan Melayu yang berteraskan Islam dalam pentadbiran, pendidikan dan lain-lain bidang.
* Penginstitusian zakat dilakukan mengikut proses undang-undang.
Resolusi tersebut dibaca oleh Dr Muhammad Nor Manuti dan diserahkan kepada Pengerusi Kongres, Tengku Razaleigh Hamzah.
2 comments:
What a great site » »
This is very interesting site... » » »
Post a Comment