Sunday, June 18, 2006

Nasib Mufti Di Bawah Kerajaan Hadhari

Bingung memikirkan kesinambungan yang akan terjadi terhadap kesuciaan Islam di bawah kerajaan Hadhari sekarang. Di manakah seharusnya kita meletakkan institusi mufti dibawah kerajaan ini? Pelbagai saranan yang dikemukan oleh mufti di tolak mentah-mentah bahkan di balas balik hujah tersebut tanpa alasan yang kukuh.Bermula isu pengharaman konsert sure heboh sehinggalah saranan mufti untuk mengkaji balik amalan kongsi raya dan pelbagai isu lagi ditempis umpama bola datang bergolek tanpa ada usaha untuk mengkaji dan meniliti saranan tersebut.

Bingung juga memikirkan siapakah yang paling mendalam hal ehwal agama islam sama ada mufti ataupun pak menteri. Kalau pak menteri luas pengetahuan agama seperti para mufti tidak mengapa juga tetapi sebaliknya. Lalu apa gunanya diwujukan institusi ini? alangkah bagusnya kalau institusi ini dibenamkan begitu sahaja. kalau timbul sebarang kemusykilan hal ehwal agama maka terus merujuk kepada pak menteri tak perlu mufti. Tetapi sekiranya ini berlaku, mungkin imej kerajaan di bawah kelolaan parti " melayu" tersebut akan tercemar. Jadi wujudkan sahaja institusi ini tapi jangan diberikan kuasa, mungkin itu yang perlu direalitikan.

Apa nak jadi kerajaan hadhari? rakyat memberi mandat yang penuh untuk membela agama, bangsa dan negara tetapi perkara sebaliknya berlaku iaitu pengkhianatan terutama terhadap kesucian Islam. Kenapa tidak mahu untuk mengkaji dan meneliti terlebih dahulu agar amalan kongsi raya dikaji semula? kenapa perlu memberi keputusan terburu-buru? sebenarnya isu ini bukan isu baru, tetapi telah pun terlebih dahulu disentuh oleh seorang dua para ilmuan agar perlu dikaji semula bahkan perlu dihapuskan terus amalan ini kerana bercanggah dengan akidat islam. Bukan bermakna kita menolak perpaduan di antara kaum di Malaysia tetapi amalan ini bukan jalannya, banyak jalan yang lain boleh dijadikan asas untuk mengeratkan perpaduan tersebut.

Apakah dalil-dalil dan alasan untuk menilai semula amalan ini? adakah kerajaan mengetahuinya? sebab itu saranan untuk bermuzakarah bersama para mufti dengan pihak kerajaan perlu dilaksanakan untuk mengkaji dan meniliti seterusnya mengetahui apakah alasan-alasan dan dalil-dalil yang ingin dikemukan oleh pihak mufti. Jangan ditolak semberonok sahaja. Kerajaan Hadhari seharusnya membuka ruang yang luas kepada institusi ini untuk turut sama-sama menyumbang ke arah perjalanan Islam di negara ini dan sanggup untuk menerima sebarang saranan mahupun fatwa yang telah disepakati.kalau perkara sebaliknya berlaku janganlah kerajaan hadhari ini hairan kenapa semakin ramai umat islam di negara menolak gagasan islam hadhari di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Friday, June 16, 2006

Kongsi Raya Perlu di Kaji Semula

IPOH: Muzakarah Ulama 2006 yang berakhir di sini semalam mahu kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum Syarak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata kajian itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sudah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain, merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada syirik. “Perkara ini (keputusan Jawatankuasa Fatwa) bagaimanapun masih dalam bentuk penulisan dan belum lagi diserahkan kepada kerajaan untuk tindakan,” katanya pada majlis penutupan muzakarah berkenaan.

Muzakarah tiga hari itu diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-78. Hadir sama Mufti Johor, Datuk Noh Gadut dan Mufti Kelantan, Datuk Hasbullah Mohd Hassan. Muzakarah itu merumuskan 22 resolusi lain yang akan diserahkan kepada Sultan Perak, kerajaan negeri, Kerajaan Pusat serta Majlis Raja-raja.

Harussani yang juga Mufti Perak, berkata, antara resolusi yang diluluskan ialah meminta semua Majlis Fatwa negeri menubuhkan jawatankuasa bertindak khusus bagi menangkis hujah penganut fahaman liberalisme dan pluralisme yang menyerang akidah umat Islam. Kerajaan juga diminta menubuhkan badan pemantau dianggotai ahli akademik dan ulama bagi menyekat penyebaran fahaman Islam liberal, terutama menerusi internet.

“Saya juga difahamkan, pengikut fahaman Islam liberal sedang menunggu resolusi ini supaya mereka dapat merangka strategi baru bagi menyerang balik keputusan ini,” kata Harussani. Muzakarah itu juga mencadangkan dialog diadakan membabitkan pelbagai pihak, termasuk pengikut aliran Islam liberal dan agama lain untuk membetulkan salah tafsiran mengenai Islam serta memahami pandangan penganut agama lain.

Kerajaan juga diminta membuka dialog dengan semua pihak termasuk pengikut aliran Islam liberal dan agama lain untuk membetulkan salah tafsiran mengenai Islam serta memahami pandangan penganut agama lain. Harussani berkata, resolusi itu juga menuntut kerajaan memasukkan dalam kurikulum sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) mengenai bahaya aliran pemikiran bertentangan ajaran Islam.

“Saya sudah membangkitkan isu ini kepada Majlis Raja-Raja dua bulan lalu dan mereka bersetuju menyampaikannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri,” katanya.

Harussani berkata, itjima ulama menetapkan fahaman liberalisme yang memberi kebebasan kepada individu tanpa had serta pluralisme bahawa semua agama sama, adalah aliran berbahaya yang didalangi musuh Islam. Muzakarah itu juga meminta kerajaan mempertahankan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, menolak Suruhanjaya Antara Kepercayaan Agama (IFC) atau gagasan lain sealiran dengannya dan mengawal media.

-----------------------
sumber : berita harian

Monday, June 12, 2006

Ziarah Orang Asli

Sudah lama tidak meng"update"kan blog ni. Almaklum sibuk kebelangkangan ini. Alhamdulillah mempunyai kesempatan ini untuk diupdatekan. Pada dua hari lepas saya diberikan kesempatan oleh Allah azza wajalla untuk menziarahi saudara baru kita masyarakat orang asli di Gua Musang, Kelantan. Program ziarah ini di bawah kelolaan Angkatan Belia Islam (ABIM) Daerah Besut tempat saya menabur bakti sedaya yang ada.

Perjalanan yang penuh rintangan ini menghasilkan satu momentum baru kepada saya untuk menyelami keadaan yang dihadapi oleh masyarakat tersebut. Gembira melihat majoriti mereka beragama islam namun sedih dan kecewa melihat mereka masih lagi tidak diberikan panduan yang cukup dan sempurna. Pelbagai masalah yang dapat berkongsi bersama mereka sama ada dari segi sosial, agama mahupun ekonomi.

Namun dengan kudrat yang diberikan oleh Allah azza wa jalla saya dan rakan-rakan cuba untuk memandu mereka mencapai tahap hidup yang sempurna dari segi pegangan agama, sosial mahupun ekonomi.Mereka masih memerlukan bimbangan dan perhatian oleh semua pihak yang berwajib, kesempitan hidup yang mereka hadapi seharusnya mendapat pembelaan yang sewajarnya sama ada dari segi pengamalan hidup mahupun keadaan ekonomi mereka.

Thursday, June 01, 2006

~Setahun Sudah Berlalu~

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah azza wa jalla, sudah hampir setahun blog ini berada di alam maya ini. Semoga Allah azza wa jalla terus memberi kekuatan pada diri ini untuk berdakwah melalui penulisan di alam maya ini. Kepada sahabat-sahabat yang sudi melayari blog ini, di ucapkan ribuan terima kasih dan di doakan agar terus berada di bawah naungan yang Maha Esa. Teruskan perjuangan dengan meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan yang kuat tanpa diganggu gugat oleh mana-mana unsur yang boleh menyebabkan sebarang penyelewengan akidah yang tulen. Wallahu'alam.