Sunday, June 18, 2006

Nasib Mufti Di Bawah Kerajaan Hadhari

Bingung memikirkan kesinambungan yang akan terjadi terhadap kesuciaan Islam di bawah kerajaan Hadhari sekarang. Di manakah seharusnya kita meletakkan institusi mufti dibawah kerajaan ini? Pelbagai saranan yang dikemukan oleh mufti di tolak mentah-mentah bahkan di balas balik hujah tersebut tanpa alasan yang kukuh.Bermula isu pengharaman konsert sure heboh sehinggalah saranan mufti untuk mengkaji balik amalan kongsi raya dan pelbagai isu lagi ditempis umpama bola datang bergolek tanpa ada usaha untuk mengkaji dan meniliti saranan tersebut.

Bingung juga memikirkan siapakah yang paling mendalam hal ehwal agama islam sama ada mufti ataupun pak menteri. Kalau pak menteri luas pengetahuan agama seperti para mufti tidak mengapa juga tetapi sebaliknya. Lalu apa gunanya diwujukan institusi ini? alangkah bagusnya kalau institusi ini dibenamkan begitu sahaja. kalau timbul sebarang kemusykilan hal ehwal agama maka terus merujuk kepada pak menteri tak perlu mufti. Tetapi sekiranya ini berlaku, mungkin imej kerajaan di bawah kelolaan parti " melayu" tersebut akan tercemar. Jadi wujudkan sahaja institusi ini tapi jangan diberikan kuasa, mungkin itu yang perlu direalitikan.

Apa nak jadi kerajaan hadhari? rakyat memberi mandat yang penuh untuk membela agama, bangsa dan negara tetapi perkara sebaliknya berlaku iaitu pengkhianatan terutama terhadap kesucian Islam. Kenapa tidak mahu untuk mengkaji dan meneliti terlebih dahulu agar amalan kongsi raya dikaji semula? kenapa perlu memberi keputusan terburu-buru? sebenarnya isu ini bukan isu baru, tetapi telah pun terlebih dahulu disentuh oleh seorang dua para ilmuan agar perlu dikaji semula bahkan perlu dihapuskan terus amalan ini kerana bercanggah dengan akidat islam. Bukan bermakna kita menolak perpaduan di antara kaum di Malaysia tetapi amalan ini bukan jalannya, banyak jalan yang lain boleh dijadikan asas untuk mengeratkan perpaduan tersebut.

Apakah dalil-dalil dan alasan untuk menilai semula amalan ini? adakah kerajaan mengetahuinya? sebab itu saranan untuk bermuzakarah bersama para mufti dengan pihak kerajaan perlu dilaksanakan untuk mengkaji dan meniliti seterusnya mengetahui apakah alasan-alasan dan dalil-dalil yang ingin dikemukan oleh pihak mufti. Jangan ditolak semberonok sahaja. Kerajaan Hadhari seharusnya membuka ruang yang luas kepada institusi ini untuk turut sama-sama menyumbang ke arah perjalanan Islam di negara ini dan sanggup untuk menerima sebarang saranan mahupun fatwa yang telah disepakati.kalau perkara sebaliknya berlaku janganlah kerajaan hadhari ini hairan kenapa semakin ramai umat islam di negara menolak gagasan islam hadhari di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

0 comments: