Wednesday, July 12, 2006

Mufti Lain Harus Contohi Mufti Perak

Pendedahan demi pendedahan yang berani yang dilakukan oleh mufti perak Dato Harussani Zakaria seharusnya menjadi contoh dan ikutan mufti-mufti yang lain. Bermula isu pengharaman konsert sure heboh sehinggalah saranan beliau untuk mengkaji balik amalan kongsi raya seharusya perlu diberi perhatian. Baru-baru ini juga beliau mendedahkan lebih 100,000 ribu umat islam di Malaysia telah murtad. Dan berita hari ini beliau mendedahkan bahawa orang Melayu telah membelanjakan 4billion untuk minum arak dan berjudi.

Pendedahan-pendedahan ini, menunjukkan beliau berani untuk mendedahkan segala kepincangan yang berlaku di dalam negara terutamanya melibatkan kepentingan Islam dan umatnya berbanding mufti-mufti yang lain. Bahkan juga lebih berani berbanding dengan institusi-institusi yang kononnya menjaga kepentingan islam dan umatnya di dalam negara ini. Saya boleh menyifatkan bahawa badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab tehadap islam di negara ini jauh lebih lembap dan tidak bersepadu di dalam menjaga kepentingan islam dan umatnya.

Namun yang amat menyedihkan pendedahan beliau ini seolah-olah tidak diambil peduli oleh kerajaan yang kononnya betamadunkan konsep Hadhari ini. Kita dapat lihat setiap kenyataan yang diberikan oleh mufti perak ini sering kali dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan Hadhari ini. Bahkan tanpa di timbang tara dengan sewajarnya saranan mufti ini di tolak mentah-mentah. Begitulah prinsip yang cuba di bawa oleh kerajaan hadhari ini yang kononnya membela Islam.

Namun di atas kesedaran yang menunjukkan umat islam di negara ini semakin terhakis daripada ajaran islam yang tulen masih ada parti politik islam dan beberapa NGO Islam yang prihatin dan memberi sokongan terhadap pendedahan Mufti Perak ini. Sokongan yang padu daripada mereka kumpulan ini akan mempastikan kepentingan Islam dan umatnya tidak akan tergugat oleh mana-mana pihak termasuklah kerajaan yang kononnya mengamalkan prinsip Hadhari.

3 comments:

noorlara said...

Akak rapat gaks ngan Dato Seri Mufti tu, orgnya sebenonya pandai melawak tapi tegas, nampaknya dia je yg berani menego, di Perak ni ngan sultanpun dia tegas, harap-harap Kerajaan Islam Hadhari tak limitkan Mufti bersuara dahle. nanti lebih ramai yg leka

noorlara said...

Saudaraku,
Nampaknya masalah keruntuhan akhlak, amalan budaya campur aduk dan murtad tidak menjadi kudis kepada kerajaan sekarang sedangkan perkara ini telah menjadi barah memasuki tahap ketiga. Justeru terpaksalah kita mainkan peranan sekadar yg mampu. Apapun tetap sanjungi peranan ulama yg prihatin dan berani, siapalah kita untuk mengutuk mereka sedangkan tika kita berdengkur sepertiga malam mereka bangun beribadat.

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! » » »