Tuesday, July 12, 2005

ABIM Mengutuk Serangan di London Dan Meminta Kerajaan Britain Berlaku Adil Dalam Penyiasatan

Image hosted by Photobucket.com



ABIM mengutuk tindakan letupan yang berlaku di Bandaraya London pada 7 Julai baru-baru ini, yang telah mengakibatkan kematian lebih 30 orang dan mencederakan ratusan penduduk di London. Perbuatan ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral serta ditegah dalam setiap agama dan budaya yang bertamadun. ABIM ingin menyatakan rasa simpati kepada mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat.

ABIM mengulangi pendiriannya supaya jangan menuding jari kepada sekumpulan sahaja tanpa bukti yang kukuh kerana ianya akan mengundang ketidakadilan dalam menjalankan penyiasatan. ABIM meminta agar semua pihak terutama Kerajaan Britain mengambil langkah-langkah yang berhati-hati dalam menangani trajedi ini. Sebarang kesilapan konklusi dan andaian akan menyebabkan keadaan di London, yang mempunyai penduduk yang berbagai bangsa dan agama dalam ketakutan. Persepsi dan tuduhan secara tidak bertanggungjawab terhadap Islam mestilah dihentikan.


Image hosted by Photobucket.com


ABIM meminta agar semua pihak bertenang dan berharap pihak kerajaan Britain mengambil langkah-langkah yang serius berkaitan dengan aspek keselamatan rakyatnya daripada perbuatan-perbuatan khianat, ugutan, pergaduhan dan lain-lain lagi yang boleh menyebabkan suasana menjadi tidak aman.