Monday, July 11, 2005

REFORMASI DIRI: Membina Syakhsiah Keimanan Dan Ketakwaan


Image hosted by Photobucket.com

Hambamu meminta pertolongan mu ya Allah !



Oleh: Mohd Nor Zaiman Che Mansor

Di mana kita berada orang bercakap tentang reformasi-gerakan pembaharuan yang berbagai dari segi ekonomi,politik,sosial,pendidikan dan sebagainya.Tetapi tidak banyak kita mendengar orang bercakap untuk melakukan reformasi dalam diri demi membina jati diri individu itu sendiri.

Di dalam konteks kita berdakwah reformasi diri penting dari masa ke semasa. Ini kerana sebagai seorang da'ie, kita harus memastikan tahap keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t sama ada menaik ataupun menurun di samping kita berdakwah kepadaorang lain.Apabila kita disuruh untuk melakukan ibadat puasa sunat dua hari seminggu setiap isnin dan khamis sebagai usaha untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t, ramai di antara kita tidak mengambil berat akan perkara itu.Kita tidak memandangnya sebagai satu perkara penting di dalam kerangka tarbiyyah, kerana ia hanya puasa sunat.

Tetapi sebagai umat islam kita harus menilainya secara rasional kerana Rasulullah sallahua'lahiwassalam sendiri pun melakukan puasa sunat apabila ketiadaan makanan,bukan setakat dua kali seminggu malah berhari-hari.Di samping itu, kita sudah mengetahui bahawa dalam ajaran islam puasa sunat diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t,di samping membentuk kesihatan jasmani dan rohani.
Sesungguhnya sebagai umat islam kita seharusnya kembali kepada ajaran agama kita dalam apa jua keadaan dan ketika.Kita wajib bersyukur kepada Allah s.w.t ketika berada di dalam kesenangan.Kita juga diajar untuk bersabar apabila keadaan memerlukan kesabaran.Kita juga diajar berusaha dengan gigih dan menyerah kepada Allah ketika keadaan menekan kita. Itulah cahaya keimanan dan ketakwaan kepada Allah kerana segala-galanya datang dari Allah ta'ala.Oleh sebab itu, di dalam konteks dakwah yang kita bawa ini kita harus memandangnya sebagai satu wasilah untuk kita meningkatkan jati diri dan keimanan kepada Allah s.w.t.


Image hosted by Photobucket.com

Berdoalahlah wahai sahabatku!


Dakwah mesti berteraskan kepada "Amar Ma'ruf Nahi Munkat" disamping kita beribadat kepada Allah ta'ala.Denganitu, kita harus mempersiapkan diri kita dengan kemantapan iman dan ilmu dari pelbagai cabang. Ini kerana, di dalam keadaan kebejatan sosia yang semakin meruncing sekarang ini memerlukan semangat perjuangan yang kental berlandaskan iman dan ilmu yang mantap.

Selain itu, kita harus memastikan apa jua amalan yang kita lakukan sama ada amalan seharian ataupun dalam konteks berdakwah mestilah selari dengan landasan yang telah ditetapkan oleh syariat islam.Begitu juga dalam proses penjanaan jati diri mestilah berlandaskan kepada keimanan dan ketakwaan.Sesungguhnya perjuangan di dalam islam menegakkan keadilan dan kebenaran sejagat.Oleh itu wajib di atas seseorang pejuang itu menegakkan keadilan dan kebenaran bukannya kebatilan dan kemunkaran.Dan setiap yang dilakukan mestilah secara berhikamh dan selari dengan islam bukannya secara keganasan melulu.

Kita seharusnya melakukan reformasi diri dengan melakukan segala ibadat kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar ibadat.Kita tidak perlu takut menghadapi segala cabaran sama ada dari segi mental dan fizikal sekiranya kekuatan tersebut itu ada pada diri kita.Ini kerana perjuangan yang lebih besar sedang menanti kita yang memerlukan setiap pengorbanan daripada setiap pejuang,sama ada pengorbanan harta mahupun nyawa. Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan,setiap pengorbanan memerlukan hati dan nurani yang tulus.

Kita mudah mengelabah sekiranya menghadapi sedikit kepayahan, tetapi kurang bersyukur apabila memperolehi sedikit kesenangan.Kita juga kurang memikirkan bagaimana untuk memenuhi masjid dengan ahli jemaah,mengambil berat tentang dakwah dan tarbiyyah dan memikirkan masalah kebejatan sosial yang berlaku di luar sana.Oleh itu,disamping mengatur programyang bertali arus,reformasi syakhsiah diri perlu dititik beratkan juga.Amalkan sifat bersyukur,berdoa,berusaha,bantu membantu dan akhirnya bertawakkal kepada Allah s.w.t. Dengan itu, semoga kita mendapat keredhaan dan perlindungan Allah s.w.t
wallahua'lam


0 comments: