Pilihanraya kampus satu fenomena untuk mahsiswa-mahasiswi
Mohd Nor Zaiman Mansor
Pilihanraya kampus adalah satu fenomena penting bagi mahasiswa-mahasiswi yang bergerak aktif di setiap kampus. Kepentingannya akan dimanfaatkan oleh mereka yang berkepentingan di dalam menegakkan idealisma perjuangan masing-masing. Sudah tidak dapat dinafikan lagi keterlibatan mahasiswa-mahasiswi di dalam pilihanraya ini adalah mereka yang terdidik dengan idealisma yang mempunyai agenda tersendiri.
Kepelbagaian fikrah yang pastinya akan membahagi-bahagikan kelompok dikalangan mahasiswa-mahasiswi ini berdasarkan hala tuju perjuangan masing-masing. Namun ia tidak menghalang matlamat mereka yang satu yaitu memenangi pilihan raya tersebut. Bagi mereka yang sudah berpengalaman dengan pilihan raya kampus ini sudah pastilah dapat melihat akan senario krisis pertembungan antara nilai dan kuasa.Kadangkala di dalam keghairahan untuk memenangi pilihanraya terpaksa mengorbankan nilai prinsip idealisma perjuangan.Kadangkala juga dek kerana melihat kekuasaan suatu kepentingan yang utama pentarbiyahan nilai dakwah juga terpaksa dikorbankan.Matlamat untuk memenangi pilihan raya juga kadang kala bercampur dengn yang hak dan bathil.
Seharusnya mahasiswa-mahasiswi mestilah mengambil langkah yang berhati-hati di dalam mempertahankan prinsip perjuangan. Apatah lagi apabila perjuangan itu didasari oleh dakwah islamiyyah yang tulen.Di dalam keterlibatan dalam pilihanraya kampus ini nilai prinsip dan kekuasaan haruslah dilihat sebagai rangkaian yang selari yang juga didasari oleh dakwah islamiyyah yang kuat. Mestilah juga berkonsepkan amar-ma'ruf nahi munkar yang sudah pastilah sentiasa istiqomah. Janganlah menjadikan pilihan raya ini sebagai pentas untuk menunjukkan kekuasaan yang didasari oleh keangkuhan dan kesombingan yang tidak ada nilainya.
wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment