Thursday, June 16, 2005

MAJLIS SAMBUTAN HAK HARI HAK ASASI MAHASISWA DISAMBUT MERIAH


KUALA LUMPUR, 8 Jun - Majlis Sambutan Hari Hak Asasi Mahasiswa disambut meriah dengan kehadiran lebih 200 mahasiswa dari pelbagai kampus, pelbagai bangsa dan agama. Forum anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysa (SMM) adalah bersempena Hari Hak Asasi Mahasiswa Malaysia bagi memperingati tokoh mahasiswa ISA7 dalam sejarah perjuangan mahasiswa negara ini agar demokrasi dipulihkan kembali kepada rakyat negara ini.Majlis dimulakan dengan persidangan akhbar yang dihadiri oleh anggota-anggota SMM dari GAMIS, DEMA, KARISMA, JKMI, Food not Bomb dan PKPIM. Kesemua wakil mereka menyatakan kenyataan bersama berkenaan isu hak asasi mahasiswau untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

AUKU membunuh hak mahasiswa

Bercakap kepada wartawan, jurucakap SMM, Ramadhan Fitri Alias menegaskan bahawa "Mahasiswa mendukungi prinsip saling menghormati seiring dengan nilai hak asasi manusia sebagai nilai universal agar kebebasan individu untuk beroganisasi, bersuara, beragama dan berpolitik terjamin. Kami percaya bahawa pegangan nilai ini akan menuju ke arah sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif."Kami melihat mahasiswa sebagai tunas pembangunan negara yang memerlukan cahaya, air, udara dan tanah agar pertumbuhan yang sempurna dan sihat dari segi luaran dan dalaman. Pendedahan kepada masyarakat luar kampus dan penerapan nilai universal, khususnya hak dan kebebasan, penting dalam melahirkan generasi muda terpelajar yang berani memperjuangkan keadilan social dan demokrasi, serta menentang sebarang diskriminasi dan eksploitasi yang berlaku dalam masyarakat," tambah beliau.Ramadhan berkata, "Namun begitu, mahasiswa yang merupakan tunas pembangunan negara telah terencat pertumbuhannya di bawah penindasan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971."

Kes-kes penindasan

Manakala Ginie Lim menerangkan bahawa Antara perkara yang mencabuli hak mahasiswa dalam AUKU adalah Seksyen 15: pelajar universiti dilarang bersekutu atau menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau pertubuhan kecuali dengan kelulusan Naib Canselor; dan Seksyen 15A: pelajar universiti atau pertubuhan pelajar universiti dilarang manjalankan kegiatan penjanaan wang dana kecuali dengan kelulusan Naib Canselor.Kes lain yang pernah berlaku ialah seorang pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia telah didenda RM200 sebab menghantar memorandum bertajuk “Ke arah Memulihkan Semula Sistem Keadilan Negara” kepada Ketua Hakim Negara pada tahun 1999;dan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia digantung pengajian sebab menghantar memorandum “Manifesto Mahasiswa Malaysia” kepada Suruhanjaya Pilihanraya Umum ke-11 pada tahun 2004.

Tuntutan mahasiswa

Solidariti Mahasiswa Malaysia menuntut; 1) Kebebasan beroganisasi, bersuara, beragama dan berpolitik adalah hak asasi setiap individu untuk mengambil bahagian dalam proses pembangunan sesebuah komuniti dan negara. Kewujudan ISA, AUKU, Akta Rahsia Rasmi, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan telah melarang rakyat daripada mempraktikkan hak sivil dan politik, serta melahirkan suasana ketakutan untuk bersuara dan bertindak terhadap penindasan dan ketidakadilan. Maka, akta-akta yang mencabuli hak asasi manusia dan melanggari prinsip demokrasi harus dimansuhkan.2) Sebagai bakal pemimpin negara, penglibatan mahasiswa dalam mengetengahkan prinsip demokrasi dan keadilan sosial penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun. Usaha mahasiswa menentang akta yang menzalimi rakyat memperlihatkan keinginan pelapis pimpinan negara untuk menjadikan nilai demokrasi sebagai landasan pembangunan negara. Maka, dakwaan ke atas 7 orang mahasiswa (ISA7) yang mengambil bahagian dalam kegiatan menentang ISA harus dibatalkan, dan hak pendidikan harus dikembalikan kepada mereka yang digantung pengjian sepanjang perbicaraan mahkamah.

Forum Isa, AUKU dan Mahasiswa

Majlis disambung dengan forum yang dibaris ahli panel bekas aktivis dan pengamal undang-undang iaitu Sdr. Iqbal Jusoh (Mantan YDP PMUKM dan Setiausaha BBMN), Amer Hamzah (Peguam ISA 7). Masing bersepakat bahawa ISA, AUKU adalah akta drakonian yang wajib dimansuh dan dipinda. Amer Hamzah menegaskan bahawa AUKU bercanggahan dengan perlembagaan dan mencabul hak asasi manusia sekaligus wajar dipinda.Beliau juga menceritakan pengalaman mengendalikan kes ISA 7 dan mengingatkan kepada siswa-siswi agar meneruskan perjuangan walaupun sering menghadapi ujian, kegagalan dan cabaran.Saudara Iqbal mengemukakan pandangan dan mengupas kezaliman AUKU secara akademik dengan meneliti hansard parlimen dan rang undang-undang yang dibentangkan oleh Dato Hussein Onn pada tahun 1971 dan Tun Dr. Mahathir pada tahun 1975.Beliau mendedahkan bahawa Dato Hussein Onn di dalam ucapannya menjamin bahawa dengan kewujudan AUKU tidak akan sesekali mencabuli dan menghalang hak mahasiswa untuk bersosial, berpolitik dan melakukan aktiviti dengan bebas.

Cabar AUKU di mahkamah

Kedua panelis m menyarankan agar mahasiswa mencabar kesahihan AUKU di mahkamah kerana sehingga kini, masih belum ada sesiapa yang berbuat demikian.Majlis diakhiri dengan cap tangan di atas kain rentang sebagai tanda mengutuk dan mengecam AUKU dan akta-akta drakonian yang lai
n.