Tuesday, June 21, 2005

SISMA:Kerajaan harus tolak program perintis jarum,kondom percuma!

Image hosted by Photobucket.com

kerajaaan harus menolak cadangan program perintis jarum dan kondom secara percuma tetapi sebaliknya mengutamakan langkah pencegahan dan menutup segala pintu yang mengarah kepada penagihan dadah dan maksiat.

Program perintis ini tidak akan membantu membendung gejala penagihan dadah dan juga amalan seks bebas yang berlaku di negara ini. Sebaliknya ia mengundangkan lagi peningkatan jumlah penagih dadah dan juga pengamal seks secara rambang. Walaupun program ini dikatakan dapat mengurangkan bilangan peskait HIV di negara ini namun sebaliknya akan menambahkan lagi bilangan mereka yang terjebak ke dalam penagihan najis dadah dan juga amalan seks bebas.

Lebih berat lagi apabila kos bagi menjalankan program perintis ini ditanggung sepenuhnya oleh dana rakyat (public funds) seperti pembayaran cukai pendapatan dan pelbagai bentuk cukai lain. Ini bermakna program perintis ini ditanggung sepenuhnya oleh rakyat di negara ini.Kaedah ini seterusnya menggalakkan gejala maksiat dan penzinaan dikalangan penagih dadah dan juga mereka yang mengamalkan seks secara rambang.Walaupun dikatakan bahawa pengedaran kondom secara percuma kepada penagih dadah kononya telah berjaya dibeberapa buah negara namun ianya bertentangan dengan budaya dan masyarakat di negara ini. Apatah lagi kerajaan sedang rancak melaksanakan Islam hadhari secara menyeluruh. Ini kerana kes yang berlaku negara-negara tersebut adalah disebabkan oleh berlakunya seks bebas secara rambang. Oleh itu kami berpendirian bahawa program perintis yang dicadangkan oleh pihak kementerian kesihatan ini harus dikaji secara mendalam dengan mengambil kira pendapat-pendapat mereka yang tereaksi dengan isu ini, terutamanya para alim ulama di negara ini.

wallahua'lam

Siswazah Muda Abim