Tuesday, July 19, 2005

Pertembungan antara Pro-Kerajaan dengan Pro-Pembangkang:Malaysia Sukar Berubah

Image hosted by Photobucket.com
Ke mana hilangkah agenda perjuangan ini?

Zaiman mansor

Melihatkan senario perkembangan mahasiswa-mahasiswa di seluruh negara sudah pastilah kita dapat melihat pertembungan yang hebat di antara mahasiswa pro-pembangkang dan pro-kerajaan. walaupun ramai di antara mereka-mereka ini menafikan kepentingan mereka terhadap jenama-jenama ini tetapi secara realitinya adalah benar.

Kita perlu mengakui bahawa pertembungan antara kelompok ini berlaku adalah kerana kecenderungan mereka terhadap parti-parti politik yang sedang merebut tempat di dalam pemerintahan negara.Pertembungan yang berlaku di antara pihak kerajaan dengan pihak pembangkang amat menyamai pertembungan yang berlaku di antara kelompok mahasiswa ini. Perebutan kuasa,nilai mahupun merebut tempat bagi siapa yang benar dan siapa yang salah hebat berlaku di dalam arus politik negara. Dan ianya semakin menular dan hebat mempengaruhi kelompok mahasiswa-mahasiswa di semua tempat.

Ketidaksatuan di antara orang Melayu yang berlaku di dalam arus politik perdana ini mengundang kepada perpecahan di kalangan umat yang amat dibimbangi untuk masa hadapan.Tugas amanah kepada pemimpin untuk menyatu padukan seluruh umat tidak dapat dilakukan kerana pertembungan yang berlaku berdasarkan aliran yang berbeza.Harapan untuk melihat kesatuan ini agar dapat direalisasikan hanya dapat disandarkan kepada generasi pelapis yang akan mewarisi takhta pemerintahan negara.




Mahasiswa hebat berdemonstrasi meluahkan ketidakpuasan hati mereka

Maka sudah pastilah harapan ini disandarkan kepada mereka yang sudah bergelut dengan pelbagai situasi dan kondisi seperti mahasiswa-mahasiswa dipelbagai peringkat. Akan tetapi sekira inilah yng berlaku pertembungan di antara kelompok-kelompok mahasiswa, maka sudah pastilah harapan yang dinyatakan tadi sukar untuk direalisasikan. Pendek kata Malaysia dulu,kini dan mungkin selamanya tidak akan berubah.

Oleh itu kepada mereka yang mendokong akan perjuangan "jenama" itu harus berubah. Apa salahnya untuk sekiranya kita menepikan pelbagai bentuk unsur-unsur untuk memecah belahkan perpaduan umat ini agar dapat kita sama-sama membina,melahirkan serta mencorak keadaan dan kondisi di masa hadapan demi kepentingan umat keseluruhannya. Apakah kita tidak mahu melihat kekuatan yang akan dilahirkan di atas sebab perpaduan ini dapat mencetus satu revolusi baru yang akan memberi manfaat kepada kita dan seluruh umat islam amnya? maka fikir-fikirkanlah....!