Sedih melihat keadaan masyarakat hari ini. Itulah luahan yang dapat didengari oleh beberapa orang sahabat apabila ditanya tentang masyarakat hari ini. Masyarakat hari ini sudah tidak berilmu, mereka sudah tersimpang jauh daripada peranan sebagai "agent of socialization" untuk membina masyarakat yang bertamadun yang kaya dengan ilmu dan luhur dengan budi pekerti dan yang pastinya tersasar jauh untuk membina " islamic society" tamadun ummah yang berkualiti.
Masyarakat hari ini mula meletakkan "priority" kepada hiburan. Bukan hiburan yang mendidik tetapi hiburan yang melampau yang terselit budaya yang menyimpang daripada norma batasan. Artis hiburan mula mendapat tempat yang tinggi di dalam masyarakat. Mereka umpama "gula" yang membawa kemanisan yang akan diekori penuh "semut-semut" yang inginkan kemanisan tersebut. Tetapi sayang bukan kemanisan yang akan membawa kebahagaian tetapi yang membawa kepada kehancuran. Masyarakat akan hancur dek kerana kemanisan yang di bawa oleh" gula" tersebut.
Lihat saja di dada akhbar-akhbar tempatan. Tepampang setiap gerak laku yang di bawa oleh artis hiburan. Dan hampir setiap hari artis hiburan akan menghiasi muka depan akhbar yang kononnya akan melariskan penjualan akhbar tersebut. Artis kini mula dianggapkan sebagai "idol of society" yang mula menggila di jiwa anak-anak muda lelaki mahupun perempuan. Program-program hiburan yang melalaikan pasti akan dipenuhi oleh jiwa-jiwa yang kononnya memerlukan hiburan dan ketenangan.
Terlompat-lompat, terkinja-kinja, tergeleng-geleng kepala sudah menjadi aktiviti biasa dan mungkin dianggap normal dikala memenuhi jiwa yang kononnya memerlukan hiburan. Dan amat menyedihkan bukan sekadar anak muda tetapi bapak-bapak , ibu-ibu kepada anak muda ini turut terjerumus ke dalam arena yang penuh dengan kelalaian dan kemaksiatan ini.
Masyarakat kini tidak lagi mencari ilmu yang yang penuh dengan pendidikan tetapi mula mencari ilmu yang penuh dengan hendonisme dan materialisme. Masyarakat hari ini mendapat kepuasan yang sebenar bukanlah dengan terbentuknya tamadun yang berkualiti atau " khaira ummah" tetapi mereka puas apabila melihat "idol" mereka mendapat sanjungan dan penghargaan. Namun yang pasti masyarakat kini mula menuju kehancuran bukan kebahagian.
*************************************************
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
"Ertinya : Di antara tanda-tanda akan datangnya kiamat ialah dihilangkannya ilmu (tentang Ad-Din) dan tetapnya kejahilan". (Shahih Bukhari, Kitab Al-Ilm, Bab Raf'i Al-Ilmi wa Zhuhuri Al-Jahli 1:178, Sahih Muslim, Kitab Al-Ilm, Bab Raf'i Al-Ilmi wa Qabdhihi wa Zhuhuri Al-Jahli wa Al-Fitan fi Akhir Az-Zaman 16:222)
Diriwayatkan dalam sebuah hadits dari Anas Radhiyallahu 'anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Tidak akan datang kiamat sehingga di muka bumi tidak diucapkan lagi lafaz Allah". (Sahih Muslim, Kitab Al-Iman, Bab Dzahaabil Iman Akhiruzzaman 2:178)
Menurut ibn Kathir sehingga lafaz Allah tidak disebut lagi di muka bumi dan tidak lagi dikenal nama itu. Hal ini terjadi ketika zaman sudah rosak, nilai kemanusiaan telah hancur, kekafiran, kefasikan, dan kemaksiatan telah maharajalela. (An-Nihayah fil fitan wal Malahin 1: 186 dengan tahqiq Dr Thaha Zain
Dalam hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash Radhiyallahu 'anhu, ia berkata : saya mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
"Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu (tentang Ad-Din) dengan serta merta dari hamba-hamba-Nya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan para ulama. Sehingga apabila tidak ada lagi orang yang alim (yang tahu tentang Ad-Din), maka orang-orangpun mengangkat pemimpin-pemimpin yang jahil, lantas mereka ditanya, kemudian memberikan fatwa tanpa berdasarkan ilmu, sehingga mereka sendiri sesat menyesatkan (orang lain)". (Sahih Bukhari, Kitab Al-Ilm, Bab Kaifa Yuqbadhu Al-Ilm 1:94, Sahih Muslim, Kitab Al-Ilm, Bab Raf'i Al-Ilm wa Qabdhihi wa Zhuhuri Al-jahl wa Al-Fitan 16: 223-224)
1 comments:
That's a great story. Waiting for more. » » »
Post a Comment