Sunday, April 16, 2006

Mahasiswa Mula Beralih Arah I

Mukadimah
Kali ini ingin saya berbicara berkaitan senario perkembangan mahasiswa. Walaupun keadaan sekarang ini dapat kita perhatikan bahawa mahasiswa kita semakin suram perkembanganya dari hari ke hari, namun tidak dapat dinafikan mereka masih lagi menyelitkan diri ke dalam arena dakwah. Ramai memberi pendangan bahawa mahasiswa semakin "lesu". Namun buat saya mahasiswa bukan lesu dari semua aspek, malah perkembanganya semakin menarik kalau dilihatkan dari satu aspek. Dari aspek mana? insyaAllah akan diperbincangkan nanti.

Terlebih dahulu saya ingin mengemukakan satu pandangan mengenai label "mahasiswa lesu". Bagi saya mereka yang melabelkan mahasiswa sekarang ini "lesu" adalah tidak berapa objektif. Ini kerana kalau dilihatkan sejarah yang lepas iaitu selepas zaman 60-70 an, mahasiswa sudah mengalami zaman kelesuannya. Mungkin benar kalau ada yang mengatakan bahawa mahasiswa di zaman 60 dan 70 an adalah zaman kegemilangan mahasiswa. Namun bagaimana pula mahasiswa zaman 80-90 an pula? tidak ada sejarah terukir pada zaman tersebut. Tidak ada pembukuan mengenai mahasiswa pada era tersebut.

Ini menunjukkan bahawa mahasiswa mengalami zaman kelesuannya sejak zaman tersebut lagi hinggalah sekarang ini. Fikirkanlah sudah hampir lebih 20 tahun. Dan antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku, apabila mahasiswa diberi tekanan dari pelbagai aspek termasuklah dengan terbentuknya perlembagaan yang sudah pasti menyekat idealisme tersebut seperti (AUKU).

Adakah Mahasiswa Lesu?
Bagi saya tidak sesuai kita melabelkan mahasiswa "lesu". Ini kerana masih ada lagi mahasiswa yang tergolong dalam golongan yang begitu mengambil berat perkembangan semasa. Mereka bukan sahaja bergelomang dengan dunia "keintelektualan" namun juga turut terlibat di dalam arena dakwah. Walaupun mereka ini seolah-olah tidak diberikan perhatian oleh masyarakat, namun hakikatnya tidak dapat dinafikan.

Kembali kepada tajuk di atas, kenapa saya mengatakan mahasiswa sudah beralih arah? Beralih arah dari sudut mana? adakah dari sudut keintelektualannya? atau pun dari sudut keterlibatan dalam arena politik? mahupun dari sudut uslub dakwah mereka? insyaAllah dengan beberapa 'observation " yang dilakukan bersama dengan beberapa orang teman, saya akan huraikan. Mungkin "obeservation yang dilakukan tidak merangkumi semua aspek dan keadaan namun diharapkan ianya dapat dikongsi bersama. insyAllah ianya akan dihuraikan dengan seberapa ringkas.

Nasionalis & Harakah Islamiyyah
Dapat kita perhatikan bahawa, mahasiswa di era 70 an dan 80 an mahupun 90 an boleh dibahagikan kepada dua gerakan. Pertama mereka yang terlibat dalam gerakan yang bersifatkan "nasionalis" iaitu yang bersifatkan kebangsaan, terutamanya apabila memperkatakan ke"melayu"an. Kedua mereka yang terlibat dalam gerakan yang bersifatkan "haraki". Mereka ini melabelkan sebagai "harakah islamiyyah" ataupun gerakan Islam. Saya tidak akan memperkatakan mereka yang bersifatkan "nasionalis" kerana ianya tidak berapa sesuai diperkatakan di sini, namun tumpuan utamanya pada mereka yang terlibat di dalam gerakan islam atau secara khususnya boleh diberikan sebagai gerakan pelajar islam.

Gerakan pelajar islam ini banyak memberi perkembangan yang sihat di dalam dunia dakwah di Malaysia ini, merekalah yang banyak memperkatakan tentang islam kepada masyarakat, selain parti politik yang bersifatkan islam dan juga para penceramah yang ramai kelulusannya dari tanah Arab. Suasana yang banyak dipengaruhi oleh pelbagai gerakan islamiyyah di dunia islam yang lain banyak memberi kesan kepada uslub dakwah yang di bawa oleh gerakan pelajar islam ini.

Pengaruh Ikhwanul Muslimin
Pengenalan sistem "usrah", "liqa tafaqquh fi deen" perbincangan yang berbentuk ilmiah banyak direalisasikan di kampus-kampus yang ada. Rujukan yang berteraskan kepada gerakan harakah islamiyyah terutamanya rujukan daripada gerakan ikhwanul muslimin di Mesir terus diperbincangkan. Pengasas kepada ikhwanul muslimin iaitu Hassan al-Banna dijadikan idola. Para Cendikiawan terutamanya mereka yang berkelulusan dari Universiti al-Azhar, Mesir banyak dijadikan rujukan oleh gerakan pelajar islam ini. Buku-buku yang dihasilkan oleh para cendikiawan terutamanya mereka yang terlibat di dalam "ikhwanul Muslimin" banyak dijadikan rujukan terutamanya di dalam perbincangan usrah. Gerakan haraki ala "ikhwanul muslimin" cuba diterapkan pada setiap program yang dijalankan. Ianya juga cuba diterapkan mengikut suasana dan keaadan yang ada di Malaysia.Selain ianya merebak di dalam suasana politik dan juga gerakan islam di Malaysia, ianya juga merebak meluas di kampus-kampus yang kebanyakkan dipelopori oleh gerakan-gerakan pelajar islam di setiap kampus.

Bersambung...

1 comments:

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. various internet marketing Calculator size position forex