Monday, April 10, 2006

Menarik Dalam Harakah (16-30 April '06)

Muhammad Abd Wahab Tiada Kaitan Wahabi

Oleh: Ustaz Abd Ghani Shamsudin

Saya keliru dengan beberapa pendekatan gerakan Wahabi dari sudut pengamalan dalam ilmu fiqh dan pegangan akidahnya. Adakah gerakan ini terkeluar daripada ajaran islam? -soalan-
.................................................................................................................

Dalam konteks ini saya pinjam jawapan seorang sahabat dari seberang yang menjelaskan: Istilah Wahabi sebenarnya bukan istilah baru dalam literatur islam. Dan pengindektifikasian Wahabi kepada sebahagian umat islam pun kurang objektif.

Istilah "Wahabi " bila kita rujuk dari asal katanya mengarah kepada tokoh ulama besar di tanah Arab, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi Al-Najdi (1115-1206 H atau 1703-1791 M). Beliau lahir di Uyainah dan belajar islam dalam mazhab Hanbali.

Beliau menghafal al-Quran sejak usia 10 tahun. Dakwah beliau disambut baik ketika beliau datang di Dir'iyah bahkan beliau dijadikan guru dan dimuliakan penguasa setempat Amir Muhammad bin Su'ud (1139-1179). Dakwah dan pendekatan yang beliau perkenalkan di tengah masyarakat yang dilihat semakin jauh dari garisan islam sebenar maka ia diteriman dengan baik. Akhirnya menjadi semacam gerakan nasional di seluruh wilayah Arab Saudi hingga kini.

Dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab menjadi perintis kepada gerakan islam (reformasi) yang mincul menjelang zaman kemunduran dan kebekuan pemikiran dunia islam sekitar 3 abad yang lampau atau tepatnya pada abad ke 12-hijriyah. Dakwah dan gerakan ini menyeru agar akidah islam dikembalikan kepada pemurnian dalam konteks menjauhkan tauhid dari sebarang bentuk syirik dengan segala manifestasinya. Sementar fenomena umat saat itu sungguh memilukan. Mereka menjadikan kuburan menjadi tempat pemujaan dan meminta kepada selain Allah. Kemusyrikan bermaharajalela.

Bidaah, khurafat dan tahayyul menjadi makanan sehari-hari. Dukun, ramalan, sihir, ilmu ghaib seolah menjadi alternatif untuk menyelesaikan pelbagai persoalan hidup umat islam. Muhammad bin Abdul Wahhab saat itu bangkit mengajak dunia islam untuk sedar atas penyelewengan akidah itu. Beliau menulis beberapa risalah menyedarkan masyarakat. Slah satunya adalah kitab tauhid yang hingga kini menjadi rujukan banyak ulama akidah. Dakwah Muhammad bin Abd Wahhab ini kemudian melahirkan gerakan umat yang aktif membanteras segala bentuk khurafat, syirik, bidaah dan segala macam hal yang menyeleweng dari ajaran islam yang asli.

Mereka melarang mendirikan bangunan di atas kuburan atau memasang lampu di dalamnya. Mereka juga melarang orang meminta kepada kuburan, orang yang sudah mati, dukun, peramal, tukang sihir dan tukang tenung nasib. Mereka juga melarang bertawassul dengan menyebut nama orang soleh seperti kalimat bi jaahi rasul atau keramatnya syeikh fulan bin fulan. Dakwah beliau lebih tepat dikatakan sebagai dakwah salafiyyah. Dakwah ini membangunkan umat islam dalam bidang akidah yang telah lama jumud dan beku akibat kemunduran dunia islam.

Mereka melakukan pemantauan terhadap setiap pengajaran dan pendidikan umum untuk serta merangsang para ulama untuk kembali membuka literatur kepada buku induk dan sumber rujukan yang muktabar, sebelum menerima sesuatu pemikiran. Mereka tidak mengharamkan taqlid namun meminta agar umat ini lebih jauh meneliti dan merujuk kembali kepada nas dan dalil dari Kitabullah dan sunnah Rasulullah serta pendapat para ulama salafus soleh. Dim antara tokoh ulama salaf yang sering dijadikan rujukan adalah:

:
Imam Ahmad bin Hanbal (164-241 H)
: Ibn taimiyyah (661-728 H)
: Muhammad bin Qayyim al-Jauziyyah (691-751 H)

Dalam penghebohan jenama yang kurang tepat, gerakan ini sering diberi gelaran dengan Wahhabi. Namun istilah ini tidak pernah diterima oleh mereka yang ikut mengembangkan dakwah salafiyyah. Sebenarnya musuh-musuh islam dengan licik cuba melaga-lagakan umat islam dengan mencipta istilah yang diberi nama tertentu dan makna yang buruk lalu dilagakan sesama sendiri untuk mememcah-belahkan kita. Dengan cara itu mereka tidak akan memiliki kekuatan untuk menentang Zionis dan kuasa penjajah.

Bagi menyelamatkan keadaan, umat islam di segenap peringkat perlu peka terhadap perancangan jahat musuh islam yang tidak lekang dalam hidup mereka untuk melenyapkan umat islam.

1 comments:

Anonymous said...

Wahabi adalah satu kumpulan yang wajib diperangi (maksud saya, fahaman mereka)

Saya tidak faham mengapa anda menyebelahi mereka. Anda patut tahu, mereka menyalahi aqidah yang betul dalam banyak perkara. Kalau ulama sezaman mereka daripada 4 mazhab membantai (baca dengan nada lembut - menolak) dan memenjarakan ketua mereka, bahkan kalau Mufti arab saudi (sebelum Bin Baz) memberi amaran tentang bahaya Wahabi, juga kalaulah anda tahu bahawa Mazhab Hanbali menafikan penisbahan Wahabi kepada mereka, juga kalaulah anda tahu apa yang berlaku dari segi tauhid dan sejarahnya, saya rasa anda patut tarik balik semua sokongan anda pada mereka.

Harap tulisan ini berhikmah.