
Namun bukan tujuan saya untuk mempertikaikan jawapan tersebut, tetapi jauh disudut hati saya bahawa apa salahnya pihak yang berwajib untuk menjadikan pemakaian tudung di kalangan pelajar wanita di sekolah sebagai satu seragam(untuk pelajar perempuan muslim).Ini kerana ianya merupakan satu sistem pentarbiyahan untuk memberi kefahaman kepada pelajar perempuan muslim bahawa tuntuta
n menutup aurat merupakan tuntutan yang wajib. Dan saya pasti ramai yang sudah mengetahui akan wujudnya dalil berkaitan tuntutan tersebut. Kecualilah kalau kita cuba memahami ayat tersebut mengikut pemahaman golongan "liberal' yang cuba menyalah tafsirkan ayat tersebut.

Memang tidak ada paksaan di dalam agama, tetapi kita harus memahami bahawa perintah tudung itu merupakan satu perintah wajib kepada wanita untuk menutup aurat mereka.Kita juga harus memahami bahawa pemakaian tudung dikalangan wanita merupakan tuntutan akidah. Kita juga kena memahami bahawa penyeragaman tudung di sekolah merupakan satu sistem pentarbiyahan.Dan kita perlu memahami bahawa menjadikan tudung itu sebagai seragam sekolah merupakan tuntutan yang "berhikmah" kerana untuk mendidik mereka.Tidak timbul soal paksa memaksa kerana ianya merupakan kewajipan yang perlu dituruti.Wajib kepada ibu bapa menyuruh anak perempuan mereka menutup aurat, dan wajib juga kerajaan untuk menyuruh wanita muslim untuk menutup aurat mereka dan saya merasakan di sekolahlah merupakan tempat pentarbiyahan yang terbaik dengan menjadikan tudung itu sebagai satu seragam sekolah.Ianya kerana untuk mendidik para pelajar tentang kewajipan tersebut.
wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment