Wednesday, November 29, 2006

Bila Masa Al-Arqam Mati?

Baru-baru ini 100 orang pengikut Al-Arqam ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Tangkapan itu dibuat kerana dikatakan ada usaha untuk menghidupkan kembali pergerakan itu yang diharamkan sejak 1994. Namun bagi saya bila masa pergerakan ini "mati"?

Setahu saya walaupun Al-Arqam telah difatwakan sesat pada 1994 oleh majlis agama, serta penangkapan Ketuanya Ustaz Ashaari Muhammad dibawa akta ISA serta dibuang negeri ke labuan pergerakan masih digerakkan oleh pengikut setia Ustaz Ashaari.

Bagi yang tidak cuba mengetahui mungkin menganggap bahawa pergerakan itu telah mati akibat pengharamannya, namun bagi yang memerhati pasti mengetahui bahawa pergerakan itu masih bergerak oleh pengikut setia pergerakan tersebut walaupun telah difatwakan sesat. Kalau tidak mengapa baru sekarang pihak jabatan agama baru mengetahui bahawa syarikat Rufaqa' coorperation itu milik Al-Arqam? sedangkan sudah lama syarikat itu beroperasi sehingga boleh tertubuhnya bandar rufaqa di rawang selangor.

Banyak produk-produk yang dihasilkan telah bertebaran diseluruh negara sehingga ke IPT sekalipun. Dan ada juga pelajar-pelajar di IPT menjadi pengikut setia pergerakan tersebut. Pengalaman saya juga pernah beberapa kali melawat ke bandar rufaqa' dan mempunyai beberapa orang teman yang menjadi pengikut Al-Arqam serta melihat sendiri perjalanan urusan pergerakan tersebut di sana dengan menghadiri beberapa program yang di anjurkan. Bahkan kumpulan nasyid yang ditubuhkan oleh Al-Arqam sendiri telah mendapat sambutan oleh orang ramai.

Kalau pihak jabatan agama benar-benar melakukan kerja untuk membanteras penyelewengan akidah umat islam pasti mereka dapat mengetahui bahawa Al-Arqam masih terus digerakkan oleh pengikut taksub Ustaz Ashaari Muhammad walaupun telah difatwakan sesat sejak 1994. Tepuk dada tanya iman wahai Jabatan Agama.

4 comments:

zaris said...

memang betul gerakan arqam masih belum mati.. bahkan masih ada beberapa nak menghidupkan kembalikan ajarannya tengok http://www.blogigo.co.uk/pengalamanku

Al-Amin Daud said...

al-Arqam mmg salah tp dia bawa kebaikan kpd ummat Islam..yg plg kita nmpk dlm mslh ekonomi..spatutnya kita ambik kbaikan ini..bkn buang semua..kena ada pihak2 yg betul utk mmbetulkan mrk..jgn biarkan ketam mengaja anak berjalan..PAS kan ada..mana peranan PAS??..kalau nak kira mana ada jemaah Islam yg betul 100%..kalau nak tentang..tentang yg btl2 tentang Islam..kerajaan yg kata arqam sesat pun sesat jgk..kita tentang UMNO dl sblm tentang arqam..apa mcm???just kongsi pndgn.

Al-Amin Daud said...

plg tdk arqam mencegah manusia drpd membuat maksiat pd Allah tp mgkn pendekatan dia yg salah..jd betulkan pendekatan..UMNO bawa manusia kpd kesesatan yg lbh besar bukan setakat dlm mslh furu'iyyah tp masalah aqidah sekali..
Mati UMNO!!!

Al-Amin Daud said...

susah dah nak cari org mcm ust ashaari..kita kena pakat kaji uslub da'wah dia dan kita buang yg xbtl..kejayaannya tdk blh dinafikan dlm dakwah..tanpa suara dia masih mampu berjuang..utk apa??wallhu a'laam..