Wednesday, November 29, 2006

Bila Masa Al-Arqam Mati?

Baru-baru ini 100 orang pengikut Al-Arqam ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Tangkapan itu dibuat kerana dikatakan ada usaha untuk menghidupkan kembali pergerakan itu yang diharamkan sejak 1994. Namun bagi saya bila masa pergerakan ini "mati"?

Setahu saya walaupun Al-Arqam telah difatwakan sesat pada 1994 oleh majlis agama, serta penangkapan Ketuanya Ustaz Ashaari Muhammad dibawa akta ISA serta dibuang negeri ke labuan pergerakan masih digerakkan oleh pengikut setia Ustaz Ashaari.

Bagi yang tidak cuba mengetahui mungkin menganggap bahawa pergerakan itu telah mati akibat pengharamannya, namun bagi yang memerhati pasti mengetahui bahawa pergerakan itu masih bergerak oleh pengikut setia pergerakan tersebut walaupun telah difatwakan sesat. Kalau tidak mengapa baru sekarang pihak jabatan agama baru mengetahui bahawa syarikat Rufaqa' coorperation itu milik Al-Arqam? sedangkan sudah lama syarikat itu beroperasi sehingga boleh tertubuhnya bandar rufaqa di rawang selangor.

Banyak produk-produk yang dihasilkan telah bertebaran diseluruh negara sehingga ke IPT sekalipun. Dan ada juga pelajar-pelajar di IPT menjadi pengikut setia pergerakan tersebut. Pengalaman saya juga pernah beberapa kali melawat ke bandar rufaqa' dan mempunyai beberapa orang teman yang menjadi pengikut Al-Arqam serta melihat sendiri perjalanan urusan pergerakan tersebut di sana dengan menghadiri beberapa program yang di anjurkan. Bahkan kumpulan nasyid yang ditubuhkan oleh Al-Arqam sendiri telah mendapat sambutan oleh orang ramai.

Kalau pihak jabatan agama benar-benar melakukan kerja untuk membanteras penyelewengan akidah umat islam pasti mereka dapat mengetahui bahawa Al-Arqam masih terus digerakkan oleh pengikut taksub Ustaz Ashaari Muhammad walaupun telah difatwakan sesat sejak 1994. Tepuk dada tanya iman wahai Jabatan Agama.

Monday, November 20, 2006

Cari si Pencarian

Walaupun pelbagai alasan dan halangan kepada keperluan tuntutan ilmu, namun sesungguhnya manusia memang "membutuhkan" ilmu. Sepertimana manusia memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup, begitu jugalah dengan keimanan yang amat "membutuhkan" ilmu sebagai pelengkap. Seandainya keimanan tidak di pupuk dengan ilmu, maka ibarat tanaman yang layu bahkan hancur.

Al Imam Ahmad menyatakan : "Manusia sangat memerlukan ilmu dari sekadar menyantap makanan dan minuman, kerana makanan dan minuman diperlukan oleh manusia sekali atau dua kali dalam sehari. Sedangkan ilmu diperlukan setiap saat." (Thobaqot Al Hanabilah 1/147)

Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam bersabda : "Barangsiapa yang mempelajari ilmu dari apa-apa yang dia cari dengannya wajah Allah Azza wa Jalla. Tidaklah dia belajar kecuali untuk memperoleh bahagian dari dunia, maka dia tidak akan mencium wangi syurga pada hari kiamat." (HR Ibnu Majah, Al Muqadimah 1/252 dan Ahmad, AlMusnad2/338)

Sesungguhnya diantara sifat-sifat penuntut ilmu yang diajarkan oleh rasulullah Shallallahu' alaihi wasallam adalah ikhlas dalam menuntut ilmu. Sebab dengan keikhlasan ini akan menghantarkan seseorang kepada tingkatan hamba yang sangat perlu kepada ilmu dan membentenginya dari riya' (ingin dipuji oleh orang lain) dan sebagainya.

Sesungguhnya orang yang tidak berilmu tidak mengetahui hakikat keimanan dan ketaqwaan. Dan tidak mengetahui pula jalan untuk menuju keselamatan berdasarkan ilmu dan keyakinan yang mantap. Tentu saja hal ini semakin membuka peluang bagi syaitan untuk menggiring orang tersebut kepada kemaksiatan dan kesesatan. Tatkala kebodohan telah bermerajalela, maka akan meningkat pula kemaksiatan, kriminasi, cinta kepada dunia yang malampau dan takut kepada kematian.

"Dan mereka yang berjihad pada (jalan) Kami pasti Kami berikan petunjuk kepada mereka tentang jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat baik."(Surah Al-`Ankabut: Ayah 69)

wallahua'lam

Saturday, November 18, 2006

Gemparkan Tindakan

Bukan hanya gempar dimulut tapi gemparkan tindakan

Perbahasan dan penangguhan perhimpunan agung UMNO selesai semalam. Apa yang tertarik di dalam perhimpunan tersebut ahli-ahli dan pemimpin mereka bertekad untuk mempertahankan Islam dan menolak sebarang unsur-unsur yang boleh menganggu gugat kedudukan islam.

Daripada pucuk pimpinan, sayap pemuda dan wanita, sayap puteri juga tidak ketinggalan untuk mempertahankan kesucian islam. Cara bagaimana untuk mempertahankan wallahua'lam. Dewan perhimpunan tersebut bergema dengan ucapan untuk mempertahankan Islam daripada kumpulan-kumpulan yang merendah-rendahkan.

Namun seperti diketahui umum, kegemparan ini seringkali hanya berlaku di dewan perhimpunan tersebut. Tindakan yang sepatutnya diambil belum diketahui akan berlaku seperti yang diucapkan. Kalau tidak, tidaklah isu-isu agama berlarutan sampai sekarang. Belum diketahui apa-apa jaminan untuk diambil tindakan.

Namun kita berdoa dan berharap, apa yang telah diucapkan oleh pemimpin-pimimpin dan ahli UMNO akan bertindak seperti mana yang diucapkan dengan penuh berapi sepanjang perhimpunan agung mereka. Agar tidak tergolong dalam golongan yang hanya pandai bercakap tetapi tindakannya kosong.

Wednesday, November 15, 2006

Rangkuman

Dr Asri Zainul Abidin dilantik Mufti Perlis

Tahniah di atas perlantikan Dr Asri Zainul Abidin sebagai mufti perlis yang berkuatkuasa 1 November lalu. Semestinya perlantikan beliau akan meggamitkan pelbagai reaksi oleh pelbagai pihak kerana kelantangan beliau membela sunnah Nabi sallahua'laihiwassalam dari sebarang unsur kesalahfahaman orang ramai.

Diharap beliau dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dengan mempertahankan kesucian Islam dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dan membanteras pelbagai gejala perosak seperti maksiat dan hiburan melampau yang semakin menular di negara ini.

Boleh Diharapkah UMNO untuk membela Agama dan Umat?

Perhimpunan Agung UMNO kembali untuk tahun ini. Sudah pasti menarik pelbagai pihak untuk mengikuti perkembangan yang semakin serabut di dalam parti UMNO. Sepertimana yang sedia maklum. Suara-suara kelantangan pemuda, wanita mahupun puteri sudah kedengaran dengan pelbagai isu yang dikupas.

Namun tidak dapat tidak, kita dapat perhatikan medan perhimpunan ini tidak lebih daripada medan untuk memuja dan memuji para pemimpin yang kononnya bersih dari sebarang dosa kecil mahupun besar. Sudah pasti ketiga-tiga sayap UMNO ini tidak berani untuk menegur pemimpin mereka walaupun sudah terang-terangan wujudnya kecelaruan diperingkat pemimpin mereka.

Agenda Melayu pasti dijangka hebat untuk diperbahaskan. Namun yang pasti isu yang paling mendapat perhatian besar adalah isu ekonomi semata-mata. Isu bagaimana untuk memperkayakan orang melayu walaupun yang kaya hanya pemimpin-pemimpin mereka. Isu pembelaan agama, masalah umat islam melayu, kedudukan islam dalam perlembagaan mungkin disentuh tetapi hanya sisipan sahaja untuk menyedapkan hati orang melayu, namun sudah pasti tidak diberikan fokus walha isu ini amat mengancam kedudukan orang islam/melayu.

Datuk Azhar Mansur belum umum status agamanya

Berkenaan isu pembaptisan orang islam ke dalam agama kristian masih hangat. Akhbar hari ini mengatakan Datuk Azhar Mansur telah membuat laporan ke balai polis kerana namanya dikaitkan dalam isu ini. Tetapi semenjak isu ini hangat diperkatakan beliau tidak pernah mengatakan tentang status agamanya. Kalau benar-benar beliau tidak terlibat di dalam program pembaptisan tersebut kenapa beliau tidak menafikan yang beliau telah murtad? itu yang menghairankan.

Namun isu ini bukanlah isu baru, sudah lama mufti perak mengumumkan sudah ramai orang islam di negara ini telah murtad. Namun setakat hari ini masih belum diadakan siasatan rapi untuk membendung masalah ini. Diharapkan isu pembaptisan ini adalah isu khabar angin semata-mata, namun kalau sebaliknya hendak umat islam di negara sedar dan bertanggungjawab untuk membendung masalah tersebut.

Monday, November 13, 2006

Kurang waktu!

Tidak sempat meng"update"kan blog pada waktu terdekat ini. Mungkin ada perkara yang perlu diutamakan. Namun coretan ilmiah akan terus dicoretkan selagi ada waktu dan upaya. Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai isu yang berlaku sama ada di dalam negara mahupun luar. Yang lebih menarik isu di dalam negara.

Semalam sempat saya membaca majalah I (keluaran november). Majalah I merupakan majalah yang mula mendapat perhatian kerana pelbagai isu ilmiah yang dibentangkan. Salah satunya terdapat tulisan oleh Dr Asri Zainul Abidin. Tulisan beliau banyak mencetuskan kontroversi bagi mereka yang berada di dalam bidang agama terutama mereka yang tidak sehaluan dengan pemikiran beliau. Namun bagi saya kita perlu lihat setiap ilmu dan rujukan yang diberikan oleh beliau sama ada bertepatan dengan Al-Quran dan Al-hadis serta membuat penilaian yang waras.

Bulan ini beliau mencoretkan berkaitan kesan negatif terhadap taksub mazhab. Antara hujah beliau mengatakan antara kesan negatif ialah akan menyebabkan umat islam berfikiran sempit dan jumud apabila taksub terhadap satu-satu mazhab. Bagi saya ini ada satu kebenarannya dan inilah yang sedang berlaku terhadap masyarakat kita. Masyarakat kita susah untuk menerima sesuatu hukum apabila bertentangan dengan mazhab yang dipegang walaupun hujah yang dikemukakan adalah berdasarkan nas yang soheh. Dan pelbagai lagi hujah yang dikemukan oleh Dr Asri, maka boleh dapatkan majalah I keluaran November.

Berkaitan isu pembaptisan orang Islam yang berlaku di Ipoh baru-baru ini, banyak mendapat perhatian orang ramai. Walaupun berita tersebut belum diketahui kesohehannya, namun kita perlu memberi perhatian terutama pihak berkuasa dan kerajaan. Isu ini tidak akan berhenti dengan cakap-cakap orang ramai tanpa ada tindakan oleh pihak berkuasa. Pihak kerajaan mahupun pemimpin setempat harus memberi keterangan kepada orang ramai tentang isu yang melanda umat islam di Malaysia ini.

Tuesday, November 07, 2006

Jangan Remehkan Perkara Dalam Agama (3)

4.Jika pembahagian ini dilakukan bertujuan untuk meremehkan perkara-perkara yang mereka anggap sebagai furu'm maka ini adalah sebesar-besar kebatilan, kerana Allah memrintahkan kita untuk memeluk agama ini keseluruhan.

" Hai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi mu" (albaqarah:208)

Menafsirkan ayat di atas, ibnu Abbas berkata:" As-Silmi itu adalah Islam, sedangkan Kaafah maknaya adalah keseluruhan ". Berkata Mujahid:" Amalkanlah seluruh amalan dan seluruh kebaikan". Juga berkata Ibnu Kathir: " Allah memerintahkan kepada hamba-hambaNya yang beriman dan yang membenarkan Rasulullah Sallauhu 'alaihi Wassalam agar mengambil seluruh syariat-syariat Islam. mengamalkan seluruh perintah-perintahNy a dan meninggalkan seluruh yang dilarangNya" .

Demikianlah para ulama menafsirkan ayat di atas. yakni ambillah dari syariat islam ini secara keseluruhan. Jangan memilih-milih atau mengambil sebahagian dan meremehkan sebahagian lainnya.Kita wajib mengambilnya secara keseluruhan sebagai agama Allah yang mulia dan kita wajib menghormatinya.

wallahua'lam

Monday, November 06, 2006

Jangan Remehkan Perkara Dalam Islam (2)

2. Pembahagian ini merupakan pembahagian yang tidak asalnya. Dalam hal ini kita dengarkan ucapan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah: " Adapun pembahagian agama ini dengan istilah masalah furu' dan usul adalah pembahagian yang tidak ada asalnya. Pembahagian itu tidak berasal dari para sahabat, para tabi'in mahupun yang mengikuti mereka dengan ihsan, dan tidak pula dari para imam kaum muslimin. Istilah ini sesungguhnya diambil dari kaum muktazilah dan yang sejenis dengan mereka dari ahlul bid'ah. Kemudian istilah tersebut dipakai oleh sebahagian ahlu fiqh dalam kitab-kitab mereka, padahal pembahagian ini sangat kontradiktif " . (Masail Maridiniyah, hal. 788; Lihat Dlaruratul Ihtimam, Syaikh Abdus Salam bin Barjas, hal. 111).

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata ketika membicarakan pembahagian agama menjadi usul dan furu': " Semua pembahagian yang tidak dapat dibuktikan dengan Al-Quran dan As-Sunnah serta prinsip-prinsip syariat. Hal itu adalah pembahagian yang batil dan harus dibuang. Kerana pembahgian seperti ini adalah salah satu dari dasar-dasar kesesatan umat ". (Mukhtasar ash-Shawaiqul Mursalah, 2/415).

3. Tidak ada definisi yang disepakati oleh mereka sendiri, manakah yang dimaksudkan usul dan mana yang furu'. Seperti yang dikatakan oleh Ibnu Taimiyah di atas, pembahagian ini sangat kontradiktif. Ketika kita tanyakan kepada mereka apakah yang dianggap sebagai usul ternyata mereka sendiri berselisih pendapat. Sebahagian mereka menganggap masalah keyakinan (aqidah) sebagai usul dan masalah amaliyyah (ibadah) sebagai furu'. Kalau demikian apakah mereka menganggap bahawa solat sebagai masalah furu'? padahal seluruh umat islam mengerti bahawa solat adalah merupakan salah satu prinsip pokok ajaran islam.

Sebahagian yang lain mengatakan bahawa yang merupakan usul adalah perkara-perkara yang meyakinkan (mutawatir) sedangkan yang tidak mutawatir dianggap sebagai perkara furu' yang meragukan. Ini pun terbantah kerana masalah keyakinan itu berkaitan dengan ilmu, sehingga berbeza-beza pada setiap orang. Bagi para ulama yang mengerti ilmu hadis, mereka sangat yakin terhadap seluruh hadis sahih, apakah ia mutawatir atau tidak?

Sebahagian yang lain mengatakan bahawa perkara usul adalah perkara-perkara yang wajib. Sedangkan perkara-perkara yang tidak wajib dianggap furu'. Kalau begitu apakah boleh kita meremehkan perkara yang tidak wajib?

Sebahagian lagi mengatakan bahawa yang merupakan perkara usul adalah masalah yang disepakati oleh para ulama. Sedangkan masalah furu' adalah masalah yang diperselisihkan oleh para ulama. Bahkan sebahagian lainnya menyatakan bahawa masalah merupakan pokok agama ini adalah berjuang mencapai kekuasaan melalui sistem demokrasi sehingga mengorbankan prinsip akidah, ibadah dan akhlaq tanpa cuba untuk mengimbanginya.

Akhirnya setiap aliran yang ingin meremehkan suatu masalah akan mengatakan masalah itu adalah maslah furu' semata-mata.

bersambung...

Sunday, November 05, 2006

Jangan Remehkan Perkara Dalam Islam!

Dalam masalah penerapan sunnah sering dilontarkan syubhat-syubhat yang menyebabkan umat enggan dan tidak bersemangat untuk mengamalkannya. Diantaranya syubhat berikut ialah meremehkan masalah fiqh dan hukum-hukum syariat dan menganggapkannya perkara remeh dan simpel. Mereka menganggap pelajaran seperti tauhid uluhiyyah, fiqh syariat dan lain-lain sebagai kulit (qusyur) dan bukan inti (lubab) dari ajaran agama ini. Atau mereka menganggapnya sebagai furu' (cabang) dan bukan perkara usul (pokok).

Para ulama membantah syubhat mereka ini dari beberapa sisi:

1. Jika pembahagian tersebut bertujuan hanya untuk mementingkan yang usul dan meremehkan yang furu', maka ini adalah pembahagian yang batil. Kita katakan kepada mereka: " tidak ada dalam agama ini perkara yang remeh" seperti dikatakan oleh Imam Malik. Pada suatu saat Imam Malik pernah ditanya dengan suatu pertanyaan, kemudian beliau menjawab: " saya tidak tahu ". Mendengar jawapan ini si bertanya terheran-heran dan berkata: " sesungguhnya ini adalah masalah yang simpel, dan aku bertanya tentang hal ini semata-mata kerana ingin memberitahu kepada si Amir (penguasa) ". Melihat hal ini, Imam Malik marah lalu berkata: " Kau katakan ini masalah simpel dan remeh? tidak ada dalam agama ini perkara yang remeh! Tidakkah kau mendengar ucapan Allah ta'ala " Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (Al-Muzammil: 5)

Oleh kerana itu seluruh ilmu agama ini semuanya berat, khususnya kerana akan dipertanyakan pada hari kiamat ( Tartibul Madariq, Qadli 'lyadl 1/184; Lihat Dlarurarul Ihtimam bis Sunnatin Nabawiyyah, hal. 118)

Perhatikanlah ucapan Imam Malik di atas, bahawasanya perkara agama ini semuanya penting dan berat kerana akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. Ucapan itu cukup sebagai membantah terhadap syubhat yang membahagi-bahagikan agama ini menjadi Qusyur wa Lubab (kulit dan inti), kemudian mereka meremehkan perkara yang mereka anggap qusyur. Demikian pula sebahagian yang lain yang membahagi agama inimenjadi Usul wal Furu' (pokok dan cabang) yang memnganggap remeh masalah furu' dengan kalimat yang banyak diucapkan seperti: " Inikan masalah furu', kenapa perlu diajarkan? " atau kalimat: " Janganlah kalian sibukkan dengan masalah furu " dan lain-lain.

Ahlu bid'ah selalu sinis terhadap ahlu sunnah yang sentiasa mengkaji, mempelajari, menulis masalah-msalah fiqh seperti gerakan-gerakan solat atau masalah-masalah fiqh lainnya dan mencemohkan mereka dengan kalimat-kalimat di atas.

bersambung........

Thursday, November 02, 2006

Perjuangan Menggamit Memori!

Baru semalam sempat juga menghadiri perbincangan program ihtifal Taski ABIM daerah Besut dan beberapa program IOA. Walaupun dalam keaadan mengejar masa, dapat juga menikmati kemesraan dikalangan sahabat jemaah melalui program usrah yang paling luar biasa sifatnya. Pelbagai topik perbincangan yang secara spontan dibicarakan, dari isu negara sampailah ke peringkat antarabangsa. Cukup terhibur maklumlah ramai antara mereka sudah berbelas tahun bersama ABIM.

Di dalam kesibukan ini juga, dapat menjengah perkembangan sahabat-sahabat di UIA dulu melalui blog-blog mereka. Namun ramai yang sudah tidak terhubung. Apa khabarkah mereka? adakah masih berada dalam arus perjuangan? wallahua'lam. Namun yang pasti masih terdapat sahabat-sahabat yang tidak meminggirkan diri dari perjuangan walaupun dalam kekangan untuk memulakan kerjaya masing-masing. Dan pasti yang ada sedang membina keluarga yang bahagia.

Tiba-tiba tergamit memori bersama-sama dahulu. Di dalam menongkah permulaan mengenal erti perjuangan. Mencari kepastian hala tuju perjuangan yang perlu dibawa. Mengharungi arus onak, mehnah mahupun tribulasi. Semangat, kecewa, putus asa, bangkit dan sebagainya sudah menjadi kata-kata azimat. Perjuangan yang tidak mengenal erti undur dan berpatah aral, terus melangkah hingga ke titisan yang terakhir yang belum tahu di mana penghujungya. Memori yang sukar dilupakan bahkan menjadi panduan di masa yang akan datang. Didoakan agar terus berkekalan kepada sahabat-sahabat sekalian.

Wednesday, November 01, 2006

Kebenaran itu kucari!

Buat kali kedua diri ini terkaku membuka blog ini. Apa yang perlu kucoretkan. Kegelisahan masih terselubung disebalik perasaan. Bahkan makin kuat menjalar disegenap perasaan. Kegelisahan yang tidak pernah kuduga akan kurasai. Kegelisahan disebalik perjuangan yang berkobar-kobar. Apakah ia akan dapat mengatasi, agar terus dapat dihalusi.

Sudah dapat kuduga, perjuangan ini banyak dugaannya. Apatah lagi ditempat sendiri. Penuh dengan onak dan duri. Apatah lagi seolah rasa terasing diri. Namun akan ku terus menyesuaikan diri. Perjuangan yang Haq harus dibentengi dengan keberanian. Keberanian yang sudah sekian lama sebati di dalam diri. Namun masih perlu digilapi, agar dapat terus dijuangi.

Biarlah ada manusia tidak menyukai perjuangan ini, bahkan terasa iri hati. Kerana sedikit bertentang adat dan nafsu diri. Namun kebenaran akan terserlah kembali, mengatasi kekeliruan di hati. Akan kembali suatu hari nanti. Perjuangan yang tulus, suci dan murni berpaksikan dua wasiat Nabi. Sudah pasti Al-Quran dan As-Sunnah yang suci. Kepada Allah ku bergantung diri. Walllaua'lam

Monday, October 30, 2006

Perjalanan yang jauh..!

Terkaku bila membuka ruangan blog pada kali ini, memikirkan apa yang harus ku coretkan. Kegembiraan di aidilfitri yang lalu masih terpahat di ruangan fikiran. Kegembiraan bersama keluarga, bersama sahabat dan bersama mereka yang kurang berkemampuan. Sudah pasti pelbagai perjalanan yang ditempuhi sepanjang ramadhan yang baru lalu. Adakah masih berpeluang menjalani bulan penuh barakah ini pada tahun-tahun yang akan datang? Perjalanan yang masih jauh harus difikirkan dengan pembukaan lembaran yang lalu.

Semangat perjuangan menegakkan yang haq/benar makin berkobar-kobar di ruang kegelisahan hati. Gelisah memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik. Gelisah juga memikirkan apakah alternatif terbaik agar dapat diterjemahkan sebaik mungkin. Gelisah makin menjadi melihat konflik yang pelbagai bentuk. Apatah lagi dalam ruang lingkup yang kecil.Namun apa jua bentuknya, harus wujud perasaan yang utuh. Pada siapakah lagi kalau tidak disandarkan perjuangan ini pada yang haq? pada siapakah lagi harus diberi seluas-luasnya ruang kalau tidak pada yang benar.

Akan ku selongkar seluas-luasnya sebening lautan ilmu. Akan ku geledah selautan arus perjuangan. Akan ku curahkan setimpal mana yang mungkin. Agar setiap kegelapan yang kabus menutupi akan ditiup oleh titipan kecerahan mewarnai kehidupan yang maknawi. Perjalanan masih jauh harus disedari, agar tidak dibuai oleh makna duniawi. Perjuangan harus disedari dengan penuh makna, agar tidak terkalut oleh kekacauan yang penuh kekeliruan. Agar yang benar menutupi kekaburan yang tidak berfungsi.

Pada Allah ta'ala kusandar kebergantungan ini. Pada pesuruh-Nya kusandar bimbingan Ilahi. Dua penunjuk yang jangan dilupai. Perjuangan harus disandar pada Dua petunjuk ini. Membawa berkat bimbingan Ilahi. Agar tidak terpesong diri.Apatah lagi terpesong perjuangan ini. Agar hilang kekeliruan dihati.

Saturday, October 28, 2006

Salam......!

Assalamua'laikum dan salam sejahtera, rasanya blum terlewat nak ucapkan salam eidulfitri kepada semua mereka yang pernah membuka blog ini. sekiranya terhadap sebarang bentuk kesalahan di pohon kemaafan selama saya membuka blog ini. Dan semoga berbahagia disamping keluarga dan sanak saudara yang tercinta. wallahualam

Wednesday, October 18, 2006

Zakat Fitrah Jangan Dilupai!

Ramadhan makin ke penghujung, kepada sesiapa yang telah difardhu ke atasnya bersegeralah menunaikan kewajipannya....

Dari Ibnu Abbas radiyallahu 'anhuma, ia berkata:
"Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan kata-kata kotor serta sebagai pemberian makanan untuk orang-orang miskin.” (Hasan, HR. Abu Dawud Kitabul Zakat Bab. Zakatul Fitr: 17 no. 1609 Ibnu Majah: 2/395 K. Zakat Bab Sadaqah Fitri: 21 no: 1827 dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Dawud)

Zakat fitrah hukumnya wajib. Ini merupakan pendapat jumhur ulama, di antara mereka adalah Abul Aliyah, Atha’ dan Ibnu Sirin, sebagaimana disebutkan Al-Imam Al-Bukhari. Bahkan Ibnul Mundzir telah menukil ijma’ atas wajibnya fitrah, walaupun tidak benar jika dikatakan ijma’. Namun, ini cukup menunjukkan bahwa majoriti para ulama berpandangan wajibnya zakat fitrah.

Dasar mereka adalah hadits Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam:
Dari Ibnu Umar radiyallahu 'anhuma ia mengatakan: “Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam menfardhukan zakat fitri satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum atas budak sahaya, orang merdeka, laki-laki, wanita, kecil dan besar dari kaum muslimin. Dan Nabi memerintahkan untuk ditunaikan sebelum keluarnya orang-orang menuju shalat (Ied).” (Sahih, HR. Al-Bukhari, Kitab Zakat Bab Fardhu Sadaqatul Fithri 3/367, no. 1503 dan ini lafaznya. Diriwayatkan juga oleh Muslim)

Saturday, October 14, 2006

Bilakah Qadar......?

Ramadhan semakin ke penghujungnya, di malam sepuluh yang terakhir inilah akan terjadi suatu malam yang dinamakan malam Qadar/ Lailatul Qadar. Namun bilakah sebenarnya tanggal yang akan menentukan malam Qadar tersebut...?

Diriwayatkan dari Nabi Salallahu 'alaihi wasallam bahawa malam tersebut terjadi pada malam tanggal 21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang ada dalam masalah ini berbeza-beza, Imam Al-Iraqi telah mengarang satu risalah khusus diberi judul Syarh Shadr bidzkri Lailatul Qadar, membawakan perkatan para ulama dalam masalah ini, lihatlah).

Imam Syafi’I berkata : “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau : “Apakah kami mencarinya di malam hari?”, beliau menjawab : “Carilah di malam tersebut.”. (Sebagaimana dinukil al Baghawi dalam Syarhus Sunnah (6/388).

Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadr itu pada malam terakhir bulan Ramadhan, berdasarkan hadits ‘Aisyah Radiyallahu ‘anha, dia berkata : Rasulullah Salallahu 'alaihi wasallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda : (yang ertinya) “Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”. (HR Bukhari 4/255 dan Muslim 1169)

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, kerana riwayat Ibnu Umar (dia berkata) Rasulullah Salallahu 'alaihi wassalam bersabda (yang ertinya) : “Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya.” (HR Bukari 4/221 dan Muslim 1165).

Telah diketahui dalam sunnah, pemberitahuan ini ada kerana perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit Radiyallahu ‘anhu, ia berkata Rasulullah Salallahu 'alaihi wassalam keluar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda : “Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Laitul Qadar, tetapi fulan dan fulan (dua orang) berdebat hingga diangkat tidak boleh lagi diketahui bila lailatul qadar terjadi), semoga ini lebih baik bagi kalian, maka carilah pada malam 29,27,25 (dan dalam riwayat lain : tujuh, sembilan, lima). (HR Bukhari 4/232).

Thursday, October 12, 2006

Pernah Didengari......!

Pernah didengari Hadits-hadits ini sering kali kita dengar dibacakan di mimbar-mimbar khususnya pada bulan Ramadhan oleh para penceramah......

"Awal bulan Ramadhan merupakan rahmat, sedang pertengahannya merupakan magfhiroh ampunan, dan akhirnya merupakan pembebasan dari api neraka".
(Riwayat : Ibnu Abi Dunya, Ibnu Asakir, Dailami dll. dari jalan Abu Hurairah).

"Dari Salman Al-Farisi, ia berkata : Rasulullah SAW. Pernah berkhutbah kepada kami di hari terakhir bulan Sya'ban. Beliau bersabda : "Wahai manusia ! Sesungguhnya akan menaungi kamu satu bulan yang agung penuh berkah, bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah telah jadikan puasanya sebagai suatu kewajipan dan solat malamnya sunat, barang siapa yang beribadat di bulan itu dengan satu cabang kebaikan, adalah dia seperti orang yang menunaikan kewajiban di bulan lainnya, dan barangsiapa yang menunaikan kewajiban di bulan itu adalah dia seperti orang yang menunaikan tujuh puluh kewajiban di bulan lainnya, dia itulah bulan sabar, sedangkan kesabaran itu ganjarannya syurga.... dan dia bulan yang awalnya rahmat, dan tengahnya magfiroh (ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka..."
(Riwayat : Ibnu Khuzaimah No. hadits 1887 dll).

Darjat hadits pertama : DHOIFUN JIDDAN (sangat lemah).
Periksalah kitab : Dho'if Jamius Shogir wa Ziyadatihi no. 2134, Faidhul Qodir No. 2815.

Darjat hadits kedua:
Sanad Hadits ini DHOIF.
Kerana ada seorang rawi bernama : Ali bin Zaid bin Jud'an. Dia ini rawi yang lemah sebagaimana diterangkan oleh Imam Ahmad, Yahya, Bukhari, Daruqhutni, Abi Hatim, dll. Dan Imam Ibnu Khuzaimah sendiri berkata : Aku tidak berhujah dengannya kerana teruk hafalannya, Imam Abu Hatim mengatakan : Hadits ini Munkar !!
Periksalah kitab : Silsilah Ahaadits Dhoif wal Maudhuah No. 871, At-Targhib wat Tarhieb jilid 2 halaman 94, Mizanul I'tidal jilid 3 halaman 127.

Sunday, October 08, 2006

Masih bertebaran!

Hadis palsu mengenai kelebihan solat terawih masih lagi bertebaran dan mudah dijumpai sama ada melalui risalah, akhbar dan stesen2 radio dan tv. Walaupun sudah ada usaha2 yang dilakukan untuk memberi penerangan berkaitan hadis palsu tersebut namun masih ramai pihak yang tidak mengambil berat akan perkara ini.

Umat islam mudah lagi diulit dengan ganjaran2 yang melampau termasuk melebihi pahala yang diperolehi oleh seorang Nabi termasuklah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasslam tanpa menyemak kedudukan hadis2 tersebut. Walaupun terdapat riwayat yang soheh mengenai kelebihan yang akan diperolehi oleh mereka yang beramal ibadah di bulan puasa tetapi hadis2 palsu tersebut masih lagi disebarluaskan.

Untuk mengetahui maklumat selanjutnya anda semua bolehlah klik pada ruangan artikel tarbiyyah (hadis palsu kelebihan terawih) di dalam blog ini dan baca dengan teliti. Semoga perolehi keberkatan dan rahmat dari Allah Azza Wa jalla. wallahua'lam

Thursday, October 05, 2006

SAHUR.........

1. HikmahnyaAllah mewajibkan puasa kepada kita sebagaimana telah mewajibkannya kepada orang-orang sebelum kita dari kalangan Ahlul Kitab, Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (QS Al Baqarah: 183).

Waktu dan hukum yang diwajibkan atas Ahlul Kitab adalah tidak boleh makan, minum, dan jima' setelah tidur, ertinya jika tertidur, maka tidak boleh makan sampai malam berikutnya.

Hal itu ditetapkan juga untuk kaum muslimin, sebagaimana telah dijelaskan. Maka ketika hukum tersebut dihapuskan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan umatnya makan sahur untuk membezakannya dengan puasa Ahlul Kitab.

Dari 'Amr bin 'Ash radhiyallahu 'anhu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Pembeza antara puasa kita dengan puasanya Ahlul Kitab adalah makan sahur." (HR Muslim 1096).

Dari Salman radhiyallahu 'anhu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Barakah ada pada tiga perkara: Jama'ah, Tsarid, dan makan sahur." (HR Thabrani, Abu Nu'aim).Dari Abdullah bin Al Harits dari seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam: Aku masuk menemui Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam ketika dia makan sahur, beliau berkata, "Sesungguhnya makan sahur adalah berkah yang Allah berikan pada kalian maka janganlah kalian tinggalkan." (HR An Nasaa`i dan Ahmad).

Thursday, September 28, 2006

Ramadhan

"Rasulullah sallahu a'laihi wassalam juga pernah menjelaskan bahawa puasa itu perisai dari neraka. Ia boleh menahan diri dari pelbagai pintu keburukan yang boleh mendekatkan diri kepada neraka. Rasulullah sallahu a'laihi wassalam bersabda bahawa" Puasa adalah perisai (pelindung), seorang hamba berperisai (berlindung) dengannya dari api neraka" [Hadits Riwayat Ahmad 3/241, 3/296 dari Jabir, Ahmad 4/22 dan Utsman bin Abil 'Ash."

Ramadhan adalah bulan kebaikan dan barakah. Allah memberkahinya dengan pelbagai keutamaan dan kelebihan kepada umatnya.Allah juga menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk, ubat bagi kaum mukminin dan membimbing kepada jalan yang lurus.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah menjelaskan dalam hadis yang shahih bahawa puasa adalah benteng dari syahwat, perisai dari neraka. Puasa boleh menahan jiwa daripada syahwat dan membentengkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah. Walaupun sebahagian ahli ilmi memahami bahawa hadis-hadis tersebut merupakan penjelasan terhadap keutamaan puasa terhadap jihad dan berperang di jalan Allah, namun zahir hadis ini mencakupi semua puasa jika dilakukan dengan ikhlas.

Rasulullah sallahu a'laihi wassalam bersabda " Wahai pemuda barangsiapa di antara kamu telah mampu ba'ah hendaklah berkahwin, kerana berkahwin itu lebih menundukkan pandangan, dan lebih menjaga kehormatan. Barangsiapa yang belum mampu berkahwin, hendaklah puasa kerana puasa itu merupakan wijaa' (pemutus syahwat) baginya" [Hadits Riwayat Bukhari 4/106 dan Muslim no. 1400 dari Ibnu Mas'ud]

Rasulullah menyuruh mereka yang sudah kuat syahwatnya agar berpuasa untuk membenteng dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah seandainya mereka belum mampu untuk berkahwin. Suruhan ini adalah untuk wijaa' atau pemutus syahwat kerana puasa dapat menahan anggota badan hingga dapat mengawalnya.

Rasulullah sallahu a'laihi wassalam juga pernah menjelaskan bahawa puasa itu perisai dari neraka. Ia boleh menahan diri dari pelbagai pintu keburukan yang boleh mendekatkan diri kepada neraka. Rasulullah sallahu a'laihi wassalam bersabda bahawa" Puasa adalah perisai (pelindung), seorang hamba berperisai (berlindung) dengannya dari api neraka" [Hadits Riwayat Ahmad 3/241, 3/296 dari Jabir, Ahmad 4/22 dan Utsman bin Abil 'Ash.

Sesungguhnya ia telah jelas menunjukkan bahawa puasa itu boleh memberi perlindungan kepada orang yang berpuasa untuk menahan diri daripada ke arah keburukan. Ini kerana ia boleh memutuskan syahwat, menghancurkan kuatnya syahwat daripada mendekatkan diri ke neraka serta mampu menjadi perisai bagi mereka yang berpuasa.

Terdapat banyaknya kelebihan dan keutamaan yang di berikan oleh Allah kepada umatnya dengan mensyaria'tkan puasa. Sesungguhnya tidaklah Allah mensyaria'tkan kepada umatnya sesuatu perkara seandainya tidak ada faedah dan manfaat.Maka seharusnya kita merebut peluang ini dengan mengambil kelebihan sebagai satu benteng diri yang mampu mencapai syurga dan menjauhi neraka.

Tuesday, August 22, 2006

Kerajaan Harus Serius

Keputusan Perdana Menteri dan kerajaan untuk menyekat usaha penyebaran agama lain kepada umat islam dan mengekalkan undang2 di dalam artikel 11, dilihat mengurangkan kebimbangan terhadap permasalahan yang timbul sekarang. Amat mengejutkan lagi kenyataan daripada Menteri di jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz hari ini untuk mengesa negeri-negeri yang belum menggubal undang2 tersebut untuk bertindak segera menggubalnya. Beliau yang sebelum ini menyokong kuat terhadap penubuhan suruhanjaya Antara Agama dianggap mengejutkan oleh orang ramai terhadap kenyataan beliau itu.

Namun gesaan ini seharusnya dilakukan dengan serius oleh Perdana Menteri dan kerajaan.Tindakan undang-undang perlu diambil terhadap kelompok yang kuat untuk memansuhkan undang-undang perlembagaan tersebut dan cuba mengancam keselamatan negara dengan memainkan isu yang kononnya menuntut kebebasan beragama (terutama kpd umat islam di Malaysia). Kerajaan juga harus menangani isu murtad (100,000) yang sudah pun didedahkan oleh Mufti Perak Dato' Harussani baru-baru ini. Kerajaan juga harus mengeluarkan amaran yang keras terhadap NGO dan pertubuhan yang kononnya memperjuangkan hak asasi, kebebasan beragama, pluralisme dan liberalisme di dalam beragama.

Langkah ini seharusnya tidak terhenti setakat ini, pelbagai pihak terutama pihak kerajaan dan NGO mesti turun memberi penerangan kepada seluruh umat islam akan bahayanya pemikiran-pemikiran yang dibawa oleh kelompok 2 ini. Umat islam juga harus sedar akan situasi yang melanda umat islam di dalam negara ini. Forum-forum perdana yang banyak dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun media massa seharusnya memilih topik2 yang berkaitan isu ini untuk menyedarkan masyarakat bukan hanya dihidangkan dengan topik-topik yang sudah basi dan berulang-ulang.


Tuesday, August 08, 2006

Pertahan Kedudukan Islam- Dr Asri

"Tumpuan jihad di negara ini dalam tempoh sekarang ialah mempertahankan kedudukan Islam dalam perlembagaan negara. Tanggungjawab ini dipikul oleh setiap muslim. Hukum mempertahankannya bagaikan mempertahankan wilayah Islam dari dirampas oleh golongan kuffar. Wajib dikerahkan seluruh tenaga umat jika keadaan tidak dapat dibendung. Maka segala usaha ke arah ini yang mengikut syariat dan peraturan keamanan wajib didokong. Maka wajib setiap muslim menurunkan tanda tangannya, menyokong kaum muslimin menghadapi kelompok murtad, pro-kuffar dan kuffar yang berada di belakang mereka. Juga setiap muslim berusaha menyertai sebarang usaha mempertahankan Islam. Perbezaan politik dan kefahaman hendaklah dipinggirkan dahulu. Tanggungjawab ini tentu lebih berat dipikul oleh bahu setiap ahli undang-undang muslim. Keilmuan mereka dalam hal itu menuntut mereka menjadi benteng Islam. Adapun setiap peguam atau selain mereka yang mengaku muslim tetapi berusaha menjatuhkan Islam dalam negara ini mereka telah menjadi murtad dari Islam dengan tindakan itu". Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Sunday, July 23, 2006

Qunut Nazilah Untuk Umat Islam Di Palestin Dan Beirut

Di dalam keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh Yahudi/Israel yang sudah pasti tiada penghujungnya, seharusnya umat islam di seluruh dunia perlu mengambil tindakan yang drastik untuk mempertahankan saudara-saudara islam daripada terus di zalimi dan diceroboh.

Hilangnya ruhul jihad dan ketidakkesatuan di antara umat islam di seluruh dunia menyebabkan tidak ada pembelaan dan semangat untuk mempertahankan saudara-saudara di Palestin, Beirut mahupun di seluruh negara yang ditindas. Hilangnya pertimbangan dan kewarasan musuh-musuh Islam akan menyebabkan umat Islam dan Islam akan terus dikecam dan di pandang serong. Sesungguhnya usaha musuh-musuh Islam ini akan terus digembelingkan untuk melenyapkan umat Islam dan Islam itu sendiri.

Allah berfirman "Dan berpeganglah kalian semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati kalian, lalu jadilah kalian kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan kalian telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kalian daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kalian, agar kalian mendapat petunjuk. (Ali Imran: 103)

Di dalam suasana yang sangat genting ini, umat Islam diseluruh negara harus mengembelingkan tenaga dan upaya sedaya boleh untuk memberi perlindungan bahkan mempertahankan umat Islam daripada terus ditindas dan dizalimi. Di antara usaha yang paling tidak yang boleh dilakukan oleh umat Islam dengan melakukan Qunut Nazilah untuk umat Islam yang ditindas dan di zalimi oleh Israel/yahudi. Seperti mana yang pernah difatwakan oleh Mufti Saudi Fadhilah al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin Abdullah Aali Syeikh yang menyeru umat Islam melakukan qunut nazilah untuk umat Islam Palestin yang berdepan dengan kekejaman penjajah Israil.

Wednesday, July 12, 2006

Mufti Lain Harus Contohi Mufti Perak

Pendedahan demi pendedahan yang berani yang dilakukan oleh mufti perak Dato Harussani Zakaria seharusnya menjadi contoh dan ikutan mufti-mufti yang lain. Bermula isu pengharaman konsert sure heboh sehinggalah saranan beliau untuk mengkaji balik amalan kongsi raya seharusya perlu diberi perhatian. Baru-baru ini juga beliau mendedahkan lebih 100,000 ribu umat islam di Malaysia telah murtad. Dan berita hari ini beliau mendedahkan bahawa orang Melayu telah membelanjakan 4billion untuk minum arak dan berjudi.

Pendedahan-pendedahan ini, menunjukkan beliau berani untuk mendedahkan segala kepincangan yang berlaku di dalam negara terutamanya melibatkan kepentingan Islam dan umatnya berbanding mufti-mufti yang lain. Bahkan juga lebih berani berbanding dengan institusi-institusi yang kononnya menjaga kepentingan islam dan umatnya di dalam negara ini. Saya boleh menyifatkan bahawa badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab tehadap islam di negara ini jauh lebih lembap dan tidak bersepadu di dalam menjaga kepentingan islam dan umatnya.

Namun yang amat menyedihkan pendedahan beliau ini seolah-olah tidak diambil peduli oleh kerajaan yang kononnya betamadunkan konsep Hadhari ini. Kita dapat lihat setiap kenyataan yang diberikan oleh mufti perak ini sering kali dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan Hadhari ini. Bahkan tanpa di timbang tara dengan sewajarnya saranan mufti ini di tolak mentah-mentah. Begitulah prinsip yang cuba di bawa oleh kerajaan hadhari ini yang kononnya membela Islam.

Namun di atas kesedaran yang menunjukkan umat islam di negara ini semakin terhakis daripada ajaran islam yang tulen masih ada parti politik islam dan beberapa NGO Islam yang prihatin dan memberi sokongan terhadap pendedahan Mufti Perak ini. Sokongan yang padu daripada mereka kumpulan ini akan mempastikan kepentingan Islam dan umatnya tidak akan tergugat oleh mana-mana pihak termasuklah kerajaan yang kononnya mengamalkan prinsip Hadhari.

Sunday, June 18, 2006

Nasib Mufti Di Bawah Kerajaan Hadhari

Bingung memikirkan kesinambungan yang akan terjadi terhadap kesuciaan Islam di bawah kerajaan Hadhari sekarang. Di manakah seharusnya kita meletakkan institusi mufti dibawah kerajaan ini? Pelbagai saranan yang dikemukan oleh mufti di tolak mentah-mentah bahkan di balas balik hujah tersebut tanpa alasan yang kukuh.Bermula isu pengharaman konsert sure heboh sehinggalah saranan mufti untuk mengkaji balik amalan kongsi raya dan pelbagai isu lagi ditempis umpama bola datang bergolek tanpa ada usaha untuk mengkaji dan meniliti saranan tersebut.

Bingung juga memikirkan siapakah yang paling mendalam hal ehwal agama islam sama ada mufti ataupun pak menteri. Kalau pak menteri luas pengetahuan agama seperti para mufti tidak mengapa juga tetapi sebaliknya. Lalu apa gunanya diwujukan institusi ini? alangkah bagusnya kalau institusi ini dibenamkan begitu sahaja. kalau timbul sebarang kemusykilan hal ehwal agama maka terus merujuk kepada pak menteri tak perlu mufti. Tetapi sekiranya ini berlaku, mungkin imej kerajaan di bawah kelolaan parti " melayu" tersebut akan tercemar. Jadi wujudkan sahaja institusi ini tapi jangan diberikan kuasa, mungkin itu yang perlu direalitikan.

Apa nak jadi kerajaan hadhari? rakyat memberi mandat yang penuh untuk membela agama, bangsa dan negara tetapi perkara sebaliknya berlaku iaitu pengkhianatan terutama terhadap kesucian Islam. Kenapa tidak mahu untuk mengkaji dan meneliti terlebih dahulu agar amalan kongsi raya dikaji semula? kenapa perlu memberi keputusan terburu-buru? sebenarnya isu ini bukan isu baru, tetapi telah pun terlebih dahulu disentuh oleh seorang dua para ilmuan agar perlu dikaji semula bahkan perlu dihapuskan terus amalan ini kerana bercanggah dengan akidat islam. Bukan bermakna kita menolak perpaduan di antara kaum di Malaysia tetapi amalan ini bukan jalannya, banyak jalan yang lain boleh dijadikan asas untuk mengeratkan perpaduan tersebut.

Apakah dalil-dalil dan alasan untuk menilai semula amalan ini? adakah kerajaan mengetahuinya? sebab itu saranan untuk bermuzakarah bersama para mufti dengan pihak kerajaan perlu dilaksanakan untuk mengkaji dan meniliti seterusnya mengetahui apakah alasan-alasan dan dalil-dalil yang ingin dikemukan oleh pihak mufti. Jangan ditolak semberonok sahaja. Kerajaan Hadhari seharusnya membuka ruang yang luas kepada institusi ini untuk turut sama-sama menyumbang ke arah perjalanan Islam di negara ini dan sanggup untuk menerima sebarang saranan mahupun fatwa yang telah disepakati.kalau perkara sebaliknya berlaku janganlah kerajaan hadhari ini hairan kenapa semakin ramai umat islam di negara menolak gagasan islam hadhari di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Friday, June 16, 2006

Kongsi Raya Perlu di Kaji Semula

IPOH: Muzakarah Ulama 2006 yang berakhir di sini semalam mahu kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum Syarak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata kajian itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sudah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain, merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada syirik. “Perkara ini (keputusan Jawatankuasa Fatwa) bagaimanapun masih dalam bentuk penulisan dan belum lagi diserahkan kepada kerajaan untuk tindakan,” katanya pada majlis penutupan muzakarah berkenaan.

Muzakarah tiga hari itu diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-78. Hadir sama Mufti Johor, Datuk Noh Gadut dan Mufti Kelantan, Datuk Hasbullah Mohd Hassan. Muzakarah itu merumuskan 22 resolusi lain yang akan diserahkan kepada Sultan Perak, kerajaan negeri, Kerajaan Pusat serta Majlis Raja-raja.

Harussani yang juga Mufti Perak, berkata, antara resolusi yang diluluskan ialah meminta semua Majlis Fatwa negeri menubuhkan jawatankuasa bertindak khusus bagi menangkis hujah penganut fahaman liberalisme dan pluralisme yang menyerang akidah umat Islam. Kerajaan juga diminta menubuhkan badan pemantau dianggotai ahli akademik dan ulama bagi menyekat penyebaran fahaman Islam liberal, terutama menerusi internet.

“Saya juga difahamkan, pengikut fahaman Islam liberal sedang menunggu resolusi ini supaya mereka dapat merangka strategi baru bagi menyerang balik keputusan ini,” kata Harussani. Muzakarah itu juga mencadangkan dialog diadakan membabitkan pelbagai pihak, termasuk pengikut aliran Islam liberal dan agama lain untuk membetulkan salah tafsiran mengenai Islam serta memahami pandangan penganut agama lain.

Kerajaan juga diminta membuka dialog dengan semua pihak termasuk pengikut aliran Islam liberal dan agama lain untuk membetulkan salah tafsiran mengenai Islam serta memahami pandangan penganut agama lain. Harussani berkata, resolusi itu juga menuntut kerajaan memasukkan dalam kurikulum sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) mengenai bahaya aliran pemikiran bertentangan ajaran Islam.

“Saya sudah membangkitkan isu ini kepada Majlis Raja-Raja dua bulan lalu dan mereka bersetuju menyampaikannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri,” katanya.

Harussani berkata, itjima ulama menetapkan fahaman liberalisme yang memberi kebebasan kepada individu tanpa had serta pluralisme bahawa semua agama sama, adalah aliran berbahaya yang didalangi musuh Islam. Muzakarah itu juga meminta kerajaan mempertahankan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, menolak Suruhanjaya Antara Kepercayaan Agama (IFC) atau gagasan lain sealiran dengannya dan mengawal media.

-----------------------
sumber : berita harian

Monday, June 12, 2006

Ziarah Orang Asli

Sudah lama tidak meng"update"kan blog ni. Almaklum sibuk kebelangkangan ini. Alhamdulillah mempunyai kesempatan ini untuk diupdatekan. Pada dua hari lepas saya diberikan kesempatan oleh Allah azza wajalla untuk menziarahi saudara baru kita masyarakat orang asli di Gua Musang, Kelantan. Program ziarah ini di bawah kelolaan Angkatan Belia Islam (ABIM) Daerah Besut tempat saya menabur bakti sedaya yang ada.

Perjalanan yang penuh rintangan ini menghasilkan satu momentum baru kepada saya untuk menyelami keadaan yang dihadapi oleh masyarakat tersebut. Gembira melihat majoriti mereka beragama islam namun sedih dan kecewa melihat mereka masih lagi tidak diberikan panduan yang cukup dan sempurna. Pelbagai masalah yang dapat berkongsi bersama mereka sama ada dari segi sosial, agama mahupun ekonomi.

Namun dengan kudrat yang diberikan oleh Allah azza wa jalla saya dan rakan-rakan cuba untuk memandu mereka mencapai tahap hidup yang sempurna dari segi pegangan agama, sosial mahupun ekonomi.Mereka masih memerlukan bimbangan dan perhatian oleh semua pihak yang berwajib, kesempitan hidup yang mereka hadapi seharusnya mendapat pembelaan yang sewajarnya sama ada dari segi pengamalan hidup mahupun keadaan ekonomi mereka.

Thursday, June 01, 2006

~Setahun Sudah Berlalu~

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah azza wa jalla, sudah hampir setahun blog ini berada di alam maya ini. Semoga Allah azza wa jalla terus memberi kekuatan pada diri ini untuk berdakwah melalui penulisan di alam maya ini. Kepada sahabat-sahabat yang sudi melayari blog ini, di ucapkan ribuan terima kasih dan di doakan agar terus berada di bawah naungan yang Maha Esa. Teruskan perjuangan dengan meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan yang kuat tanpa diganggu gugat oleh mana-mana unsur yang boleh menyebabkan sebarang penyelewengan akidah yang tulen. Wallahu'alam.

Thursday, May 25, 2006

Institusi Ulama, Mufti Terus Diperlekehkan

Betapa sedih dan malunya apabila mendengar slogan-slogan menyatakan bahawa negara kita (Malaysia) merupakan negara islam contoh yang harus menjadi ikutan negara-negara islam yang lain. Sedangkan tidak ada daya usaha untuk mempertingkatkan institusi-institusi ulama dan mufti untuk sama-sama menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang bertamadun islam yang tulen. Bahkan dapat dilihat institusi ini terus diperlekehkan-lekehkan. Saranan-saranan bahkan boleh dikategorikan sebagai fatwa terus tidak diendahkan oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab.

Sebagai contoh dapat dilihat 2 tahun dahulu mufti perak telah mengharamkan konsert sure heboh yang dianjurkan oleh satu saluran tv swasta kerana boleh melalaikan mereka yang hadir menyaksikan konsert tersebut. Namun adakah fatwa ini diambil sebagai iktibar? tidak dan tidak sama sekali. Bahkan ianya terus dianjurkan lagi tanpa ada kekesalan dan pengawalan daripada mana-mana pihak yang bertanggungjawab. Pada kali ini nama sureheboh ditukar kepada jomheboh. Ingatkan programnya juga akan ditukar ke arah lebih baik, namun ianya masih tetap sama malah makin lalai dan melalaikan. Hari ini sekali lagi mufti yang sama mengeluarkan fatwa bahawa ianya haram walaupun ditukar namanya kerana melalaikan penontonnya. Kita pasti bahawa fatwa ini juga akan terus tidak diendahkan bahkan tidak akan dipandang langsung.

Hari ini sekali lagi masyarakat yang kononnya bercita-cita membentuk tamadun islam hadhari dijamukan dengan pelbagai bentuk hiburan. Ditambah lagi penganjuran satu lagi konsert lalai iaitu 'pesta hurra" yang kononnya meraikan kedatangan "bala dunia" iaitu world cup. Bukan itu saja, masyarakat ini juga akan mengalami satu demam yang amat disukai iaitu konsert "Akademi Fantasia' yang akan berlangsung tidak lama lagi. Bahkan banyak lagi bentuk hiburan yang akan dinikmati oleh masyarakat yang bercita-citakan tamadun islam hadhari ini tanpa diendahkan langsung saranan yang dikeluarkan oleh seorang mufti pun.

Di dalam negara yang bercita-citakan ke arah pembentukan tamadun islam hadhari tidak sewajarnya perkara ini berlaku. Seharusnya institusi ini harus diberikan kuasa yang sama untuk menyumbang bakti di dalam pembentukan masyarakat islam yang tulen, tetapi kenapa perkara sebaliknya berlaku. Pihak pemerintah seharusnya meningkatkan taraf dan diberikan peluang kepada institusi ini untuk sama-sama memberi sumbangan terhadap pemerintahan negara bukan sekadar diberi ruang dalam ruang lingkup yang kecil semata-mata. Rugi dan amat merugikan sekiranya institusi ini terus diperkecilkan sedangkan kita hebat melaungkan slogan negara ini merupakan negara islam contoh kepada negar islam yang lain. Tidak malu kah kita?

Monday, May 22, 2006

Teguh pada Ahlusunnah wal Jama'ah

Segala puji bagi Allah ta'ala yang memberi petunjuk dan hidayah serta menunjuk jalan cahaya islam yang benar. Kita bermohon kepada-Nya agar terus memberikan hidayah dan petunjuk hingga akhir hayat dan jauhi segala kesesatan. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad sallahua'laihiwassalam yang di utuskan membawa rahmat bagi sekalian alam. Wa ba'du.

Melihatkan pelbagai bentuk penyelewengan yang menyerang umat Islam sekarang ini telah mengetarkan jiwa-jiwa para dai’e untuk bekerja keras bagi memikirkan jalan terbaik untuk mengatasinya. Tidak cukup dengan serangan berbentuk fizikal yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, umat Islam juga turut di serang dari segi akidahnya juga. Segala bentuk penyelewengan akidah yang dilakukan oleh dajjal-dajjal untuk menyesatkan umat Islam daripada memahami ajaran Islam yang sebenar yang di bawa oleh Rasulullah sallahua'laihiwassalam dan di sambung oleh para sahabat beliau Radiyallahu a'nhum sudah dapat dilihat di mana-mana.

Maka sudah pastilah ianya akan menyebabkan umat Islam terpaksa membentengkan diri dengan bentengan yang kuat agar dapat menepis segala bentuk serangan yang ada. Kita bermohon pada Allah ta’ala agar diberikan jalan petunjuk sehingga akhir hayat, seperti mana Firman-Nya, "Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan Islam". (Ali-Imran: 102). Begitu juga kita bermohon agar dijauhi segala bentuk kesesatan setelah menerima hidayah-Nya, Firman Allah ta'ala, "Ya Allah, janganlah engkau palingkan hati-hati kami setelah engkau memberi kami hidayah". (Ali Imran: 8).

Maka sudah pastilah umat Islam diseru agar kembali kepada prinsip-prinsip akidah ahlusunnah wal jama'ah yang dijamin oleh Rasulullah sallahua'laihiwassalam agar tidak terpesong dari jalan kesesatan, sepertimana yang diterangkan oleh Rasulullah kepada para sahabat di dalam sebuah hadis, sabda Rasulullah "Telah berpecah kaum Yahudi menjadi tujuh puluh satu golongan, dan telah berpecah kaum Nasara menjadi tujuh puluh dua golongan, sedang umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, semuanya akan masuk neraka kecuali satu. Maka kami (sahabat) pun bertanya, siapakah yang satu itu ya Rasulullah ..? , beliau menjawab: iaitu barangsiapa yang berada pada apa-apa yang aku dan para sahabatku jalani hari ini". (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi 5/2641 dan Al-Hakim di dalam Mustadraknya I/128-129)

Peringatan yang diberikan oleh Rasulullah sallahua'laihiwassalam di dalam hadis di atas tersebut agar berpegang teguh kepada ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah sallahu'alaihiwassalam dan dilalui oleh para sahabat baginda sudah pasti menjamin jalan yang selamat yang jauh dari segala bentuk kesesatan. Inilah yang yang telah digariskan oleh para ulama Ahlusunnah wal Jama'ah yang menyeru kepada umat Islam untuk berpegang teguh dengan ajaran yang mengikuti ajaran Rasulullah shallalllahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya baik dalam hal keyakinan, amalan mahupun ucapan.

Kita juga haruslah bersatu di atas Al-Quran dan Assunnah kerana ianya merupakan perintah Allah ta'ala dan Rasulullah sallahua'laihiwassalam. Firman Allah ta'ala, "Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah seluruhnya dan jangan kalian berpecah belah ...” surah Ali Imran ayat 103. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Aku tinggalkan sesuatu untuk kalian. Bila kalian berpegang teguh dengannya maka kalian tidak akan tersesat selamanya, yaitu Kitabullah dan Sunnahku” (HR Imam Malik). Maka di dalam memahami Al-Quran dan As-sunnah kita juga harus memahami dengan pemahaman Salaful Ummah.

Untuk memahami pemahaman Salaful Ummah ini maka hendaklah kita merujuk ulama-ulama yang berpegang dengan prinsip ahlu sunnah wal jama'ah yang berdiri di atas Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sallahu 'alaihi wassalam, dan juga pemahaman para sahabat radiyallahu ''anhum. Sepertimana sabda rasulullah sallahu 'alaihi wassalam “Sesungguhnya barang siapa yang masih hidup sepeninggalku nanti, ia akan melihat perbezaan prinsip yang banyak sekali, untuk itu wajib bagi kalian mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa Arasyidin yang mendapat petunjuk, peganglah erat-erat dan gigitlah dengan gigi geraham dan jauhilah perkara baru dalam agama, kerana setiap perkara baru dalam agama itu bid’ah dan setiap bidah itu sesat.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi). Inilah prinsip persatuan umat yang harus dijadikan sebagai pegangan.

Oleh itu, hendak kita dan umat Islam keseluruhan mengoreksi diri kembali. Bentengilah diri dengan benteng yang menjamin keselamatan di dunia dan akhirat. Jauhilah dan banteraslah segala bentuk ajaran yang membawa kepada kesesatan. Kembalilah merujuk kepada Al-Quran dan As-sunnah dengan pemahaman yang sebenar dengan merujuk kepada para ulama yang berpegang teguh dengan prinsip yang dinyatakan tadi. Kita berdoa pada Allah ta'ala agar diberikan petunjuk dan hidayah agar dapat kita kembali kepada -Nya dengan berada pada jalan yang diredhai-Nya. wallahua'lam.

Friday, May 19, 2006

Poster Menarik Dan Tertarik

Ana terjumpa satu poster yang agak menarik di dalam beberapa web yang menulis mengenai penubuhan suruhanjaya antara agama (IFC). Nampaknya isu perkataan "bodoh" yang dikeluarkan oleh menteri berkenaan terhadap demonstrasi membantah penubuhan IFC mengundang kemarahan umat islam yang tidak mahu IFC terus ditubuhkan. Penubuhan IFC akan menyebabkan kedudukan syariat islam akan tergugat apabila ia dibenarkan campurtangan oleh orang bukan islam. Sesungguhnya umat islam di Malaysia ini harus bangkit bagi membantah penubuhan IFC yang akan mengugat kedudukan islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Tuesday, May 16, 2006

Sahut Kempen Bantah IFC!

Umat Islam Dituntut Bantah IFC (Sumber dari: al-qayyim.net)

IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: Agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

Wajib ke atas umat Islam menentang dan mendesak supaya dibatalkan penubuhan IFC. Umat Islam diseru supaya bersatu untuk menentang penubuhan IFC, yang jelas bertentangan dengan aqidah Islam. Wajib ke atas umat Islam berusaha membantah dan mendesak dibatalkan penubuhan IFC ini dengan segala cara yang dibenarkan oleh undang-undang.

Bersetuju dengan penubuhan IFC dalam apa cara sekalipun adalah suatu perbuatan yang JELAS PENGHARAMANNYA.
Wassalam.

Monday, May 15, 2006

Kumpulan Tubuh IFC Makin Berani!

Nampaknya isu penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) belum reda. Malah mereka dilihat semakin berani mencabar kewibawaan umat islam dengan terus menganjurkan program ke arah penubuhan badan tersebut. Menurut sumber dari harakahdaily semalam satu demonstrasi bantahan dilakukan secara aman bagi mendesak pihak-pihak yang terlibat agar memberhentikan niat mereka untuk menubuhkan suruhanjaya tersebut. Antara laporan tersebut ialah;

GEORGETOWN, 14 Mei (Hrkh)
- Bantahan aman selama dua jam bermula 8.45 pagi semalam yang diketuai bersama oleh Pengerusi Badan Anti IFC (Badai) Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Hafiz Nordin dan Presiden Teras Keupayaan Melayu (Teras), Haji Azmi Abdul Hamid akhirnya berjaya membatalkan majlis mendapatkan tandatangan menyokong Suruhanjaya Antara Agama oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Aliran Kesedaran Negara (Aliran).

Program tersebut yang dijangkakan bermula jam 9.00 pagi terpaksa ditangguhkan ke jam 9.40 pagi ekoran mendapat nasihat daripada pasukan polis yang tidak mahu suasana tegang menyelubungi perkarangan hotel berkenaan.
Kira-kira seribu umat Islam berkumpul sejak pukul 7.30 pagi di hadapan Hotel Cititel untuk mengatakan bantahan terbuka ekoran tindakan Aliran mengadakan program yang mencabar sensitiviti umat Islam sejagat.

Antara ahli panel forum terbuka bertajuk 'Federal Constitutions Protection For All' itu ialah Executive Director Awam, Honey Tan Lay Ban; Presiden Aliran, P.Ramakrishnan; Profesor Undang-undang Univesiti Institut Teknologi Malaysia (UiTM), Prof Shad Saleem Faruqi; Lawyer On Constitutional Matters, Malik Imtiaz dan Ahli Parlimen Kota Bahru, Zaid Ibrahim.

Pihak polis beberapa kali terpaksa turun naik lif untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan maruah masyarakat Islam sejak kebelakangan ini.
Tambahan lagi pihak Aliran cuba meminta polis memberikan masa untuk mereka melaksanakan tuntutan rakyat berbilang bangsa terhadap isu yang menyentuh peristiwa M.Morthy, Nyonya Tahir dan Shamala.

Manakala masyarakat Islam yang sedang berdemontrasi mendesak supaya program itu dibatalkan atau membenarkan 20 orang wakil naik ke tingkat tiga bagi mencari penyelesaian.

Namun penganjur berjaya juga mengadakan program kira-kira sejam bilamana tiga ahli panel iaitu, Honey Tan Lay Ban, P.Ramakrishnan dan Malik Imtias berhujah.
Belum sempat pun Zaid Ibrahim memulakan ucapan pihak polis mengarahkan agar program itu dihentikan serta merta.

Apabila mendapat tahu program tersebut dihentikan pada pukul 10.20 pagi semua umat Islam yang setia menanti keputusan melaungkan 'Allahu Akhbar' dengan diikuti doa sebagai tanda syukur kerana berjaya memberhentikan majlis yang mencabar kewibawaan setiap individu umat Islam.
Sebelum itu, kehadiran 200 anggota pasukan polis dan Pasukan Gerak Am (PGA) menambahkan ketegangan apabila mereka mendesak umat Islam yang berkumpul untuk bersurai kerana menyertai perhimpunan haram tetapi akhirnya bertindak bijak dengan membenarkannya sehingga proses perundingan selesai.

Kebanyakan peserta forum pulang hampa kerana tidak sempat mendengar hujah dari ke semua ahli panel serta mengambil peluang dalam sesi soal jawab.
Tetapi, bagi peserta yang terlibat dengan demonstrasi merasakan satu kemenangan besar kerana berjaya menghentikan majlis yang julung kali diadakan di negeri ini.

Wednesday, May 03, 2006

Perjuangan Bahasa Harus Disesuaikan!

Saya tertarik apabila kita memperkatakan soal perjuangan memartabatkan bahasa, apatah lagi bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Ianya merupakan isu yang sensitif sebagai bangsa yang mempunyai semangat mempertahankan bahasa sendiri. Bahkan ianya bukan menjadi isu sekolompok sahaja tetapi menjadi isu nasional. Badan bukan kerajaan (NGO), badan-badan kerajaan mahupun badan gerakan-gerakan pelajar serius memperkatakan perlunya memartabatkan bahasa ibunda kita. Saya juga sering kali mendengar apabila menghadiri beberapa muktamar gerakan pelajar, gegaran perjuangan memartabatkan bahasa ini begitu menghangatkan suasana.

Saya juga apabila ditanyakan tentang perjuangan bahasa ini bersetuju perlunya kita perjuangkan demi melihat bahasa kita bersih daripada unsur-unsur yang boleh merosakkan bahasa. Namun, saya juga ingin memberi satu pandangan dari sudut yang lain yang mana memungkinkan kita yang terlibat di dalam "harakah dakwah" mengambil satu pandangan yang sedikit berbeza. Pertamanya, saya bukan tidak bersetuju perlunya kita menaikkan perjuangan memartabatkan bahasa. ianya penting, namun sebagai golongan yang terlibat dalam gerakan misi dakwah kita harus menyesuaikannya. Di sini saya ingin memperkatakan soal perjuangan bahasa dalam konteks "harakah dakwah" ataupun dalam konteks menyeru orang lain ke arah kebaikan ( amar ma'ruf)

Saya dapat melihat kita yang terlibat di dalam gerakan dakwah seolah-olah terlalu menjadikan isu ini sebagai satu perkara yang perlu kita dahulukan (aula). Sehinggakan dalam segala aspek kita harus menjaga bahasa yang ingin digunakan itu agar tidak bercampur baur dengan bahasa2 lain. Memang betul ianya merupakan satu langkah ke arah memartabatkan bahasa, tetapi sehingga kita "memayahkan" atau menyukarkan kita untuk berinteraksi dengan "mudah" dan "senang" untuk difahami.

Di dalam kontes dakwah, kita harus menggunakan bahasa yang senang difahami oleh mad'u kita. Walaupun bahasa yang kita gunakan itu berbaur "rojak" atau bercampur baur dengan bahasa lain ianya lebih baik sekiranya ia senang untuk difahami oleh mad'u tersebut. Kalau kita terlalu untuk menjaga penggunaan bahasa sehingga menyukarkan oleh orang lain untuk faham, adakah isi yang disampaikan itu akan dapat diterima dengan baik? saya mempertikaikan kerana dapat dilihat kita yang terlalu menjaga penggunaan bahasa ini menimbulkan satu ruang yang agak sukar untuk difahami sama ada dari segi penyampaian mahupun penulisan. Ini tidak bermakna bahasa melayu merupakan bahasa yang sukar, tetapi penggunaan gaya bahasa tersebut yang sedikit menyukarkan untuk "terus" difahami.

Kadangkala juga kerana terlampau inginkan mengindahkan bahasa yang digunakan kita menyebabkan para pendengar mahupun pembaca mengambil masa yang berjela-jela untuk difahami bahkan juga terpaksa diulang-ulangkan. Apa salahnya kalau kita mencampurkan dengan bahasa lain kalau ianya senang untuk difahami? apa salahnya kalau kita mengunakan bahasa "rojak" kalau ianya senang untuk difahami oleh mad'u? bagi saya ianya tidak menjadi satu kesalahan, kerana yang pentingnya ialah isi kandungan penyampaian tersebut. Kita juga dapat melihatkan suasana sekarang orang ramai banyak menggunakan bahasa interaksi yang mudah untuk difahami. Oleh itu apa salahnya kalau kita menyampaikan sesuatu itu dengan bahasa interaksi yang juga mudah difahami oleh orang ramai, walaupun ada sedikit bercampur dengan bahasa lain.

Sesungguhnya bukan niat saya untuk memperlekehkan perjuangan bahasa ini. bahkan saya berdiri teguh dibelakang orang yang memperjuangkan bahasa. Tetapi seperti saya perkatakan tadi, di dalam konteks dakwah, kita gunalah perkataan mahupun penyampaian yang mudah untuk difahami. Ianya lebih bermakna untuk setiap ilmu yang disampaikan itu cepat dan mudah untuk ditangkap oleh orang yang mendengarnya. Itulah yang terbaik dalam konteks menyeru ke arah kebaikan (ma'ruf).

wallahua'lam

Sunday, April 30, 2006

BEDAH BUKU

Islamic Guidelines For Individual and Social Reform
Author: Shaykh Muhamutmad Jameel Zeeno.
Published: (01-Jan-96)
Pages: 190pp (Hardback)

Description:
In this book, Shaykh Muhammad Jameel Zeeno has produced text mainly from the Qur’aan and Sunnah upon various important issues and aspects of Islaam which concern all the Muslims in their day-to-day life. His selection of topics has been so vital that the book gained immense popularity in almost all the Arab Countries. Because of its usefulness, we are presenting the English translation for our readers so that they may also get benefited in matters of religion.

Monday, April 24, 2006

Mahasiswa Mula Beralih Arah II

Pengaruh Politik Semasa
Tidak dapat dinafikan juga suasana politik semasa yang berlaku di arus perdana banyak memberi impak kepada gerakan pelajar islam. Walaupun terdapat golongan yang menafikannya, namun realitinya dapat dilihat dengan jelas. Apatah lagi dapat dilihat bahawa kelompok politik Malaysia dapat dibahagikan kepada dua. Iaitu kelompok yang kurang mempertahankan islam dengan kelompok yang kuat mempertahankan islam. Sudah pastilah dapat dilihat kebanyakkan gerakan-gerakan pelajar islam jelas kecenderungan mereka terhadap kelompok yang kuat mempertahankan islam. Senario ini adalah petanda yang baik menunjukkan mereka juga cuba membawa mesej amar- ma'ruf di dalam semua aspek termasuk juga politik.

Pengaruh-pengaruh yang dinyatakan di atas terus berjalan sehingga sekarang. Setiap perancangan program-program yang berbentuk tarbiyyah masih beroperasi sampai sekarang. Sistem usrah, ta'lim, liqa tafaqquh fi deen terus dijalankan. Respon terhadap pergolakkan yang berlaku di dalam arus politik sekarang masih juga dilakukan oleh 'sekelompok" mereka. Walaupun "kelompok" ini semakin mengecil, namun kita tidak dapat menafikannya. Walaupun kita dapat melihat suasana suram yang menyelubungi mahasiswa sekarang tetapi usaha-usaha yang dilakukan oleh sebahagian kelompok yang kecil ini masih berlaku.

Mengapa Mahasiswa Sekarang di Cop Sebagai Lesu?
Sesungguhnya saya tidak menafikan akan suara-suara yang mengatakan mahasiswa sekarang ini lesu. Sedikit sebanyak ianya dapat dilihat dengan jelas. Kurangnya suara-suara mahasiswa terhadap pelbagai isu yang melibatkan masyarakat. Meterialisme dan hedonisme sedikit sebanyak menyumbang kepada kelesuan mahasiswa. Fenomena 'cinta anta dan anti' juga banyak menular dikalangan mahasiswa yang terlibat dengan gerakan-gerakan pelajar islam. Sesungguhnya fenomena ini sedikit sebanyak memberi kesan negatif terhadap gerakan pelajar islam. Berapa ramai dapat dilihat mereka yang dulunya kuat berbicara soal perjuangan akhirnya tewas apabila terjebak ke dalam fenomena ini. Sedih amat menyedihkan. Namun itulah realitinya. Walaupun kita dapat lihat mahasiswa lesu di dalam memberi respon terhadap isu masyarakat, namun majlis terbiyyah ilmiah masih terus berlangsung walaupun di dalam bilangan yang kecil.

Budaya ilmu masih terus diaktifkan walaupun dalam kelompok yang kecil. Perbincangan ilmiah, bicara fi deen masih terus berlangsung. Kitab rujukan ulama-ulama ''haraki" masih terus dijadikan rujukan. Perbincangan tentang agama yang merangkumi semua aspek masih hangat diperbahaskan. Tindak balas terhadap arus politik negara dikurangkan dengan menitik beratkan perbincangan berbentuk ilmu.

Mahasiswa Sekarang Banyak Bicara Soal Ilmiah
Dapat dilihat sekarang perbincangan berbentuk ilmiah dikalangan mahasiswa makin rancak diperbahaskan. Bukan untuk menafikan mahasiswa terdahulu tidak banyak berbincang soal ilmiah, namun seolah-olah dapat dilihat tercetusnya satu momentum baru yang berlegar dikalangan mahasiswa masa kini. Perbincangan dari perbahasan hukum fiqh, ibadah sehinggalah skop yang lebih besar termasuk gerakan mencari kebenaran di dalam agama makin hangat diperkatakan.Kalau dahulu dapat dilihat mahasiswa hanya berlegar dalam skop gerakan ikhwanul muslimin di Mesir dan juga soal arus politik negara semata-mata, kini tercetusnya satu lagi fenomena iaitu gerakan "mencari kebenaran di dalam agama".

Apa yang dimaksudkan gerakan "mencari kebenaran di dalam agama" ini? kalau dahulu mahasiswa banyak berbicara soal kebenaran dan keadilan di dalam konteks politik, sosial dan juga harakah, kini dapat dilihat mereka juga mencari kebenaran dalam soal yang berkaitan hukum fiqh, ibadah sehinggalah dalam skop yang lebih besar seperti yang dinyatakan tadi. Perjuangan yang meletakkan al-Quran dan as-Sunnah banyak membuka mata dan minda untuk mencari jalan yang mendekatkan mereka kepada dua sumber besar tersebut.

Pengaruh Gerakan Salafi Dikalangan Mahasiswa
Kalau pada awal lagi saya berbicara soal pengaruh gerakan ikhwanul muslimin dan juga politik semasa dikalangan mahasiswa, kini dapat dilihat wujudnya satu pengaruh yang semakin menular dikalangan mahasiswa iaitu gerakan yang mengajak kepada mengikuti jejak salafus soleh dengan meletakkan kebenaran al-Quran dan as-Sunnah sebagai prioritinya. Rujukan kepada ulama-ulama yang lebih muktabar keilmuannya di dalam memperkatakan soal 2 sumber terbesar ini tanpa mengecil-kecilkan ulama-ulama yang lain makin banyak dijadikan rujukan.

Kalau dahulu mahasiswa kurang untuk mengenali kesohehan sesuatu yang berkaitan tentang agama, kini mereka lebih berminat dan berhati-hati di dalam setiap penerimaan dan juga penyampaian. Apatah lagi kalau berbicara soal petikan dan juga penafsiran al-Quran dan juga hadis Nabi sallahua'laihiwasalam. Setiap perbincangan ilmiah bahkan seminar-seminar yang berkonsepkan kepada "mencari kebenaran " ini ramai dihadiri oleh mahasiswa yang berminat dengan hujah-hujah yang dikemukan.

Pengaruh ini bukan sahaja merebak dikalangan mereka yang mengikuti pengajian islam, bahkan mereka yang mengambil pengajian sains, engineering, undang-undang, arkitekture dan sebagainya. Dan dapat dilihat juga mereka yang bukan berlatarkan pengajian islam ini juga lebih menunjukkan minat daripada mereka yang mengambil bidang dalam pengajian islam. Inilah satu fenomena yang mula mengalih pandangan mahasiswa yang terlibat dalam harakah.

Walaupun banyak suara-suara yang memandang serong oleh sebilangan mahasiswa terhadap pengaruh ini, namun inilah hakikat yang semakin membara dikalangan mahasiswa sekarang. Pelbagai cop yang cuba disebarluaskan oleh golongan tertentu seperti cop "gerakan wahabi" yang menyesatkan cuba untuk mengelirukan pandangan orang ramai. Namun disebabkan hujah-hujah yang kuat dikemukan oleh para penceramah yang banyak mempengaruhi mahasiswa ini, perkara tidak dapat mengubahkan keaadaan.Pengaruh ini makin kuat melebarkan sayapnya dikalangan mahasiswa.

Penutup
Inilah antara pengaruh yang banyak menyebabkan mahasiswa sekarang mula beralih arah. Ianya juga banyak menular di dalam gerakan-gerakan pelajar islam. Fenomena baru ini juga banyak membuka mata dan minda sebahagian mahasiswa yang ingin betul-betul memperjuangkan al-Quran dan as-Sunnah dengan mengarah ke arah kebenaran. Ianya juga satu perkembangan yang positif yang banyak membantu budaya ilmu dikalangan mahasiswa yang semakin berminat dengan perbincangan ilmiah yang lebih terbuka. Pengaruh ini juga banyak mengeluarkan minda mahasiswa untuk sedikit keluar dari kepompong sendiri. Kalau dahulu budaya ilmu hanya berlegar di dalam skop mereka sahaja, kini mereka lebih terbuka kepada perbincangan yang lebih membuka minda.

Wallahua'lam

Sunday, April 16, 2006

Mahasiswa Mula Beralih Arah I

Mukadimah
Kali ini ingin saya berbicara berkaitan senario perkembangan mahasiswa. Walaupun keadaan sekarang ini dapat kita perhatikan bahawa mahasiswa kita semakin suram perkembanganya dari hari ke hari, namun tidak dapat dinafikan mereka masih lagi menyelitkan diri ke dalam arena dakwah. Ramai memberi pendangan bahawa mahasiswa semakin "lesu". Namun buat saya mahasiswa bukan lesu dari semua aspek, malah perkembanganya semakin menarik kalau dilihatkan dari satu aspek. Dari aspek mana? insyaAllah akan diperbincangkan nanti.

Terlebih dahulu saya ingin mengemukakan satu pandangan mengenai label "mahasiswa lesu". Bagi saya mereka yang melabelkan mahasiswa sekarang ini "lesu" adalah tidak berapa objektif. Ini kerana kalau dilihatkan sejarah yang lepas iaitu selepas zaman 60-70 an, mahasiswa sudah mengalami zaman kelesuannya. Mungkin benar kalau ada yang mengatakan bahawa mahasiswa di zaman 60 dan 70 an adalah zaman kegemilangan mahasiswa. Namun bagaimana pula mahasiswa zaman 80-90 an pula? tidak ada sejarah terukir pada zaman tersebut. Tidak ada pembukuan mengenai mahasiswa pada era tersebut.

Ini menunjukkan bahawa mahasiswa mengalami zaman kelesuannya sejak zaman tersebut lagi hinggalah sekarang ini. Fikirkanlah sudah hampir lebih 20 tahun. Dan antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku, apabila mahasiswa diberi tekanan dari pelbagai aspek termasuklah dengan terbentuknya perlembagaan yang sudah pasti menyekat idealisme tersebut seperti (AUKU).

Adakah Mahasiswa Lesu?
Bagi saya tidak sesuai kita melabelkan mahasiswa "lesu". Ini kerana masih ada lagi mahasiswa yang tergolong dalam golongan yang begitu mengambil berat perkembangan semasa. Mereka bukan sahaja bergelomang dengan dunia "keintelektualan" namun juga turut terlibat di dalam arena dakwah. Walaupun mereka ini seolah-olah tidak diberikan perhatian oleh masyarakat, namun hakikatnya tidak dapat dinafikan.

Kembali kepada tajuk di atas, kenapa saya mengatakan mahasiswa sudah beralih arah? Beralih arah dari sudut mana? adakah dari sudut keintelektualannya? atau pun dari sudut keterlibatan dalam arena politik? mahupun dari sudut uslub dakwah mereka? insyaAllah dengan beberapa 'observation " yang dilakukan bersama dengan beberapa orang teman, saya akan huraikan. Mungkin "obeservation yang dilakukan tidak merangkumi semua aspek dan keadaan namun diharapkan ianya dapat dikongsi bersama. insyAllah ianya akan dihuraikan dengan seberapa ringkas.

Nasionalis & Harakah Islamiyyah
Dapat kita perhatikan bahawa, mahasiswa di era 70 an dan 80 an mahupun 90 an boleh dibahagikan kepada dua gerakan. Pertama mereka yang terlibat dalam gerakan yang bersifatkan "nasionalis" iaitu yang bersifatkan kebangsaan, terutamanya apabila memperkatakan ke"melayu"an. Kedua mereka yang terlibat dalam gerakan yang bersifatkan "haraki". Mereka ini melabelkan sebagai "harakah islamiyyah" ataupun gerakan Islam. Saya tidak akan memperkatakan mereka yang bersifatkan "nasionalis" kerana ianya tidak berapa sesuai diperkatakan di sini, namun tumpuan utamanya pada mereka yang terlibat di dalam gerakan islam atau secara khususnya boleh diberikan sebagai gerakan pelajar islam.

Gerakan pelajar islam ini banyak memberi perkembangan yang sihat di dalam dunia dakwah di Malaysia ini, merekalah yang banyak memperkatakan tentang islam kepada masyarakat, selain parti politik yang bersifatkan islam dan juga para penceramah yang ramai kelulusannya dari tanah Arab. Suasana yang banyak dipengaruhi oleh pelbagai gerakan islamiyyah di dunia islam yang lain banyak memberi kesan kepada uslub dakwah yang di bawa oleh gerakan pelajar islam ini.

Pengaruh Ikhwanul Muslimin
Pengenalan sistem "usrah", "liqa tafaqquh fi deen" perbincangan yang berbentuk ilmiah banyak direalisasikan di kampus-kampus yang ada. Rujukan yang berteraskan kepada gerakan harakah islamiyyah terutamanya rujukan daripada gerakan ikhwanul muslimin di Mesir terus diperbincangkan. Pengasas kepada ikhwanul muslimin iaitu Hassan al-Banna dijadikan idola. Para Cendikiawan terutamanya mereka yang berkelulusan dari Universiti al-Azhar, Mesir banyak dijadikan rujukan oleh gerakan pelajar islam ini. Buku-buku yang dihasilkan oleh para cendikiawan terutamanya mereka yang terlibat di dalam "ikhwanul Muslimin" banyak dijadikan rujukan terutamanya di dalam perbincangan usrah. Gerakan haraki ala "ikhwanul muslimin" cuba diterapkan pada setiap program yang dijalankan. Ianya juga cuba diterapkan mengikut suasana dan keaadan yang ada di Malaysia.Selain ianya merebak di dalam suasana politik dan juga gerakan islam di Malaysia, ianya juga merebak meluas di kampus-kampus yang kebanyakkan dipelopori oleh gerakan-gerakan pelajar islam di setiap kampus.

Bersambung...

Monday, April 10, 2006

Menarik Dalam Harakah (16-30 April '06)

Muhammad Abd Wahab Tiada Kaitan Wahabi

Oleh: Ustaz Abd Ghani Shamsudin

Saya keliru dengan beberapa pendekatan gerakan Wahabi dari sudut pengamalan dalam ilmu fiqh dan pegangan akidahnya. Adakah gerakan ini terkeluar daripada ajaran islam? -soalan-
.................................................................................................................

Dalam konteks ini saya pinjam jawapan seorang sahabat dari seberang yang menjelaskan: Istilah Wahabi sebenarnya bukan istilah baru dalam literatur islam. Dan pengindektifikasian Wahabi kepada sebahagian umat islam pun kurang objektif.

Istilah "Wahabi " bila kita rujuk dari asal katanya mengarah kepada tokoh ulama besar di tanah Arab, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi Al-Najdi (1115-1206 H atau 1703-1791 M). Beliau lahir di Uyainah dan belajar islam dalam mazhab Hanbali.

Beliau menghafal al-Quran sejak usia 10 tahun. Dakwah beliau disambut baik ketika beliau datang di Dir'iyah bahkan beliau dijadikan guru dan dimuliakan penguasa setempat Amir Muhammad bin Su'ud (1139-1179). Dakwah dan pendekatan yang beliau perkenalkan di tengah masyarakat yang dilihat semakin jauh dari garisan islam sebenar maka ia diteriman dengan baik. Akhirnya menjadi semacam gerakan nasional di seluruh wilayah Arab Saudi hingga kini.

Dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab menjadi perintis kepada gerakan islam (reformasi) yang mincul menjelang zaman kemunduran dan kebekuan pemikiran dunia islam sekitar 3 abad yang lampau atau tepatnya pada abad ke 12-hijriyah. Dakwah dan gerakan ini menyeru agar akidah islam dikembalikan kepada pemurnian dalam konteks menjauhkan tauhid dari sebarang bentuk syirik dengan segala manifestasinya. Sementar fenomena umat saat itu sungguh memilukan. Mereka menjadikan kuburan menjadi tempat pemujaan dan meminta kepada selain Allah. Kemusyrikan bermaharajalela.

Bidaah, khurafat dan tahayyul menjadi makanan sehari-hari. Dukun, ramalan, sihir, ilmu ghaib seolah menjadi alternatif untuk menyelesaikan pelbagai persoalan hidup umat islam. Muhammad bin Abdul Wahhab saat itu bangkit mengajak dunia islam untuk sedar atas penyelewengan akidah itu. Beliau menulis beberapa risalah menyedarkan masyarakat. Slah satunya adalah kitab tauhid yang hingga kini menjadi rujukan banyak ulama akidah. Dakwah Muhammad bin Abd Wahhab ini kemudian melahirkan gerakan umat yang aktif membanteras segala bentuk khurafat, syirik, bidaah dan segala macam hal yang menyeleweng dari ajaran islam yang asli.

Mereka melarang mendirikan bangunan di atas kuburan atau memasang lampu di dalamnya. Mereka juga melarang orang meminta kepada kuburan, orang yang sudah mati, dukun, peramal, tukang sihir dan tukang tenung nasib. Mereka juga melarang bertawassul dengan menyebut nama orang soleh seperti kalimat bi jaahi rasul atau keramatnya syeikh fulan bin fulan. Dakwah beliau lebih tepat dikatakan sebagai dakwah salafiyyah. Dakwah ini membangunkan umat islam dalam bidang akidah yang telah lama jumud dan beku akibat kemunduran dunia islam.

Mereka melakukan pemantauan terhadap setiap pengajaran dan pendidikan umum untuk serta merangsang para ulama untuk kembali membuka literatur kepada buku induk dan sumber rujukan yang muktabar, sebelum menerima sesuatu pemikiran. Mereka tidak mengharamkan taqlid namun meminta agar umat ini lebih jauh meneliti dan merujuk kembali kepada nas dan dalil dari Kitabullah dan sunnah Rasulullah serta pendapat para ulama salafus soleh. Dim antara tokoh ulama salaf yang sering dijadikan rujukan adalah:

:
Imam Ahmad bin Hanbal (164-241 H)
: Ibn taimiyyah (661-728 H)
: Muhammad bin Qayyim al-Jauziyyah (691-751 H)

Dalam penghebohan jenama yang kurang tepat, gerakan ini sering diberi gelaran dengan Wahhabi. Namun istilah ini tidak pernah diterima oleh mereka yang ikut mengembangkan dakwah salafiyyah. Sebenarnya musuh-musuh islam dengan licik cuba melaga-lagakan umat islam dengan mencipta istilah yang diberi nama tertentu dan makna yang buruk lalu dilagakan sesama sendiri untuk mememcah-belahkan kita. Dengan cara itu mereka tidak akan memiliki kekuatan untuk menentang Zionis dan kuasa penjajah.

Bagi menyelamatkan keadaan, umat islam di segenap peringkat perlu peka terhadap perancangan jahat musuh islam yang tidak lekang dalam hidup mereka untuk melenyapkan umat islam.